Solekan 5 Minit Buat Anda Terus Cantik Sebelum Keluar Rumah!

Biasanya waktu pagi adalah masa paling sibuk untuk wanita lebih-lebih lagi apabila sudah bergelar ibu. Lebih mencabar, jika ia adalah anak pertama kerana baru si ibu nak membiasakan diri dengan rutin baru.

Akhirnya, si ibu akan ke pejabat tanpa solekan dan separuh siap! Tapi jika anda tahu bagaimaan untuk menggunakan ruang masa singkat untuk bersiap, tentu anda masih kelihatan cantik. Jom cuba trik ini.

Bedak asas : 30 saat

No-makeup” look adalah pilihan utama kini. Solekan tipis yang masih memberi seri pada wajah anda. Caranya: Hanya gunakan tinted moisturizer  dari jenama pilihan anda. Atau boleh juga menggunakan cecair bedak asas dan sapu rata menggunakan berus.

Pemerah pipi: 30 saat

Jika anda seorang yang pantas bersolek, gunakan bronzer dan pemerah pipi secara berasingan. Boleh juga menggunakan pemerah pipi saja supaya wajah tidak kelihatan pucat. Sapuan sekata pada tulang pipi boleh menampakkan wajah lebih berseri dan runcing.

Ada juga yang menggunakan pemerah pipi dari jenis stick. Ia mudah dan tidak melecehkan. Biar apa pun bentuk pemerah pipi yang anda gunakan, pastikan jangka masanya hanya 30 saat untuk sapuan ringkas dan kemas!

Tightline : 1 minit

Disebabkan memakai penggaris mata mengambil masa lama dan merumitkan, trik tightline ini pula membolehkan mata anda masih kelihatan besar dan cantik tanpa terlalu work hard. Gunakan  berus atau pensel mata kalis air dari rona hitam atau coklat gelap. Paling penting; waterproof

!

Anda hanya perlu berdiri di hadapan cermin dan tambahkan penggaris mata tepat di atas bulu mata atas. Ia akan menciptakan garisan halus yang kemas agar mata tampak lebih besar.

Maskara : 30 saat

Masakara adalah produk wajib yang akan memberi impak besar dalam solekan. Hanya 30 saat, mata anda tiba-tiba kelihatan terbuka luas. Sapuan maskara perlu teliti, supaya tidak comot dan mencacatkan solekan ringkas anda.

Jika maskara yang anda miliki mudah membuatkan solekan comot, tukarlah kepada jenama lain yang lebih sesuai. Tak perlu mahal, asalkan selesa untuk dipakai.

Penyamar cela atau concealer : 30 saat

Masalah paling besar wanita adalah lingkaran gelap bawah mata. Walaupun sudah mencuba kaedah alami dengan menekap timun pada mata namun kesan gelap masih kelihatan. Sapuan concealer

pada bahagian tersebut boleh menyembunyikan titik ‘kelemahan’ anda.

Ada yang suka menggunakan jari untuk sapuan rata concealer tetapi ada juga yanglebih selesa menggunakan berus. Jika mengguankan berus, anda boleh menjimatkan masa untuk mencuci saki baki sapuan pada tangan!

Warna bibir : 30 saat

Akhiri solekan ringkas anda dengan gincu bibir. Boleh juga menggunakan pelembap bibir yang berwarna supaya titik kecantikan lebih terserlah. Jangan biarkan bibir kering dan pucat. Dan jangan pula over do dan salah memilih warna gincu.

 

Share
Published by
KR