Gaya Hidup

Solekan Khir Khalid Serlah Seri Pengantin Afifah Nasir, Tampil Bak Puteri Dalam Gaun Mewah Zuhair Murad!

Terpegun peminat melihat kejelitaan adik kepada pelakon, Anzalna Nasir ini. Tak dinafikan solekan Khir Khalid berjaya menyerlahkan seri pengantin Afifah Nasir. Bukan hanya wajah yang berseri-seri, persalinan pengantin juga menarik perhatian ramai!

Bakat solekan Khir yang terkenal dalam kalangan selebriti dan golongan VVIP tidak perlu dipertikai lagi. Solekannya yang fresh dan bertaraf antarabangsa menjadi rebutan individu wanita ternama.

Antara wajah-wajah figura terkenal yang pernah mendapatkan khidmat Khir termasuklah Datin Seri Camelia Khan, Dayang Nurfaizah, Scha Alyahya, Neelofa dan Mira Filzah.

Terbaharu, Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir tidak ketinggalan mengambil khidmat solekan Khir untuk hari bahagianya pada 5 Mei lalu.

Kredit Instagram @khirkhalid
Kredit Instagram @afifahnasir93
Kredit Instagram @afifahnasir93

Ternyata pilihan anak keempat daripada lima beradik perempuan ini memilih Khir Khalid sebagai makeup artist di hari pernikahan dan persandingan mendapat pujian peminat.

Terus naik seri pengantin Afifah Nasir!

Afifah yang kini berusia 31 tahun sah bergelar isteri kepada Syed Hariz dengan sekali lafaz di hotel bertaraf lima bintang, St. Regis Kuala Lumpur!

Artikel https://www.nona.my/seri-bergelar-tunangan-orang-afifah-nasir-terima-sebentuk-cincin-berlian-jam-tangan-rolex/

Kisah percintaan Afifah dan suami mula mendapat perhatian ramai selepas foto jelitawan ini dilamar pada 24 Februari bertebaran di media sosial.

Malah, dia turut menerima sebentuk cincin berlian jenama mewah, Tiffany & Co.

Namun yang paling mengejutkan ialah persalinan mewah yang digayakan Afifah ketika majlis pernikahan.

Kredit Instagram @afifahnasir93
Kredit Instagram @afifahnasir93
Kredit Instagram @afifahnasir93

Bukan calang-calang, pelakon Melastik Ke Hatimu tersebut menyarung busana perkahwinan pereka terkenal dunia, Zuhair Murad!

“Flew by air and arrived at the very last minute! Costed a fortune but my dream was to wear Zuhair Murad and it was granted.

Received tremendous DMs, whatsapp , calls but I am so sorry haven’t been able to reply to all. Sistur penat.”

Artikel https://www.nona.my/ada-2-degree-pelajar-pintar-afifah-nasir-anak-seni-berpendidikan-tinggi/

Kredit Instagram @afifahnasir93
Kredit Instagram @afifahnasir93
Kredit Instagram @afifahnasir93

Rekaan Zuhair Murad pernah digayakan selebriti antarabangsa seperti Jennifer Lopez, Pengiran Anak Anisha Rosnah dan Taylor Swift.

Sementara itu, pada majlis persandingan pula Afifah anggun dalam persalinan Yaralis Kothor.

Semoga ikatan suci yang terbina di antara Afifah dan Syed Hariz diberkati Allah SWT dan berkekalan sampai syurga.

 

Share
Published by
Suzi