Solekan Masih Bersisa, Tips Mudah Cipta Pembersih Solekan Secara Alami

Kebanyakkan wanita memang suka bersolek tapi hanya segelintir saja yang rajin membersihkan solekan sebelum tidur. Bagi yang beragama Islam, sejauh mana pula solekan anda dibersihkan sebelum mendirikan solat?

Baru-baru ini Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad memberi penjelasan melalui Facebook Live berkenaan wuduk dengan kesan eyeliner yang masih bersisa.

Kelopak mata atas adalah sebahagian anggota wuduk dan wajib dibersihkan supaya wuduk kita sah.

Bagi wanita Islam, rajin atau malas, kita wajib membersihkan solekan sebelum mengambil wuduk. Jika anda tidak mahu menggunakan pembersih solekan yang mempunyai bahan kimia, anda boleh juga bereksperimen dengan bahan semula jadi.

Susu

Susu sangat baik untuk kulit dan ia kaya dengan kandungan protein dan lemak. Ia menanggalkan kulit mati tanpa perlu skrub, memberi dehidrasi kulit dan memberikan kelembapan yang sesuai. Lagipun, susu lebih murah berbanding produk lain!

Cara: Tuangkan susu ke dalam mangkuk dan rendamkan kapas. Perahkan lebihan susu pada kapas dan sapu pada wajah. Boleh ulang sehingga solekan anda bersih. Jangan lupa cuci wajah dengan air suam!

Extra virgin olive oil

Minyak zaitun ini sesuai dengan semua jenis kulit dan mudah menanggalkan solekan tebal. Lagipun, minyak zaitun ini membuatkan kulit anda lebih lembap.

Cara: Selain cara mudah menyapu sedikit minyak zaitun pada wajah, anda juga boleh mencampurkan satu sudu teh minyak zaitun dan syampu bayi ke dalam segelas air. Sebatikan dan guna mengikut kesesuaian anda.

Air mawar

Di samping baunya yang harum, air mawar adalah pembersih solekan terbaik unutk kulit anda. Malah ia juga menambah seri pada kulit.

Cara: Mudah saja! Hanya lembapkan bebola kapas dengan air mawar dan sapu pada wajah.

 

Timun

Banyak produk kecantikan menggunakan timun sebagai salah satu bahan semula jadi, lebih-lebih lagi untuk kenyamanan kulit. Sebab itu ia sesuai digunakan sebagai pembersih wajah.

Cara: Ekstrak sedikit jus timun ke dalam mangkuk dan masukkan ke dalam botol semburan. Semburkan pada wajah dan biarkan seketika. Cuci bersih dan nikmati kesegarannya.

Avocado

Magis sebiji avocado pada bahagian mata tentunya berita baik untuk anda. Vitamin A, D dan E serta lemak ikan Omega-3 cukup dalam avocado bertindak sebagai krim mata efektif untuk anda.

Cara: Belah avocado ranum kepada dua bahagian. Gunakan kapas dan calit sedikit avocado untuk memudahkan anda menyapukannya pada bahagian mata. Akhir sekali, bilas dengan air bersih.

Aloe vera

Untuk mengelakkan kulit wajah ‘disimbahi’ bahan kimia, gunakan aloe vera sebagai bahan semula jadi untuk menanggalkan solekan. Gel licin pada aloe vera memudahkan ia meluncur pada wajah dan menanggalkan solekan.

Cara: Potong aloe vera kepada beberapa bahagian dan gunakan gelnya untuk di sapu pada wajah. setelah selesai, cuci bersih dan oles losen sebelum tidur. Rasai kesegaran wajah sebaik anda bangun dari tidur.

 

Share
Published by
KR