Trend solekan Thai kini sedang menjadi ikutan kerana hasilnya yang natural serta mudah untuk diaplikasikan. Ramai beranggapan ciri-ciri solekan Thai lebih kurang sama dengan solekan Korea. Tetapi jika dilihat lebih dekat, ia sebenarnya sangat berbeza.
Ads
NONA kongsikan beberapa perbezaannya:-
Satin Finish
Jika solekan Korea mempunyai kemasan dewy, solekan Thai pula mempunyai kemasan seperti satin. Wanita Thailand memilih untuk memakai asas separa matte untuk menghasilkan kulit wajah yang maksimum.
Untuk kesan yang sempurna dan bercahaya, mereka menambah highlighter pada beberapa titik wajah. Hasilnya, sudah tentulah cantik tanpa cela!
Kening Tebal
Hujung kening sengaja dibuat sedikit ke atas untuk memberi kesan menawan dan anggun. Bentuk kening yang tebal tetapi tidak terlalu padat ini serupa dengan trend kening Korea. Teknik yang diaplikasikan dalam solekan kening ini memberikan kesan yang natural dan tidak keterlaluan.
Solekan Mata Yang Tegas
Wanita Thailand memilih solekan mata smokey untuk menjadikannya kelihatan lebih hidup. Manakala pilihan warna pembayang mata kebanyakannya warna lembut. Untuk kesan yang lebih menarik, kebiasaannya mata akan ditambah dengan bulu mata palsu dengan ketebalan yang sederhana agar kelihatan asli dan natural.
Ads
Untuk celak pula, kebanyakannya membentuk mata yang nipis untuk kesan yang lebih lembut dan tidak terlalu tajam.
Blush On Yang Samar-Samar
Sama seperti solekan Korea, solekan Thai untuk pembayang pipi agak ringan. Kebanyakan mereka memulakan pemerah pipi mengikut bentuk tulang pipi dan disapu ke atas arah pelipis. Cara sapuannya lembut dan perlahan supaya hasilnya nampak samar-samar dan flawless.
Ads
Kontur Pada Hidung
Solekan wanita Thailand dan kontur sememangnya tidak boleh dipisahkan. Mereka memakai kontur pada hidung untuk memberi kesan yang lebih tajam atau mancung.
Solekan Bibir Penuh
Trend solekan Thai kebanyakannya lebih berkiblatkan kepada solekan Barat. Mereka selesa dengan bentuk bibir yang penuh dan merona. Untuk itu, mereka sering memakai lipstik melebihi garis bibir. Maka, bibir akan terlihat tebal dan penuh. Jika anda mahu mencubanya, boleh menggunakan lip pencil dan sempurnakannya dengan lip matte atau lip gloss.
Highlighter Sebagai Sentuhan Glowing
Untuk kesan yang berseri, wanita Thailand sering memakai highlighter di kebanyakan titik wajah. Selalunya bahagian yang disapu dengan highlighter adalah di bawah kening, tulang pipi dan hidung untuk kesan bibir yang lebih menyerlah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lima tahun yang lalu, pelakon Hollywood jelita, Cameron Diaz berkahwin dengan pemuzik Benji Madden. Selepas itu, dia mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan kerjaya indahnya sebagai pelakon walaupun ketika itu Cameron berada di puncak kariernya.
Jelas Cameron, sewaktu itu dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk kembali aktif berlakon selepas muncul dalam filem terakhir lakonannya, Annie yang diterbitkan pada tahun 2014. Dia juga mengakui seronok menjaga sendiri anak perempuannya, Raddix yang dilahirkan pada Disember 2019.
Namun selepas lapan tahun, Cameron membuat kenyataan mengejutkan bahawa dia akan kembali berlakon. Akur dengan hakikat bahawa kemunculannya masih lagi dinanti-nantikan, Cameron akan membuat kemunculan semula dengan membintangi sebuah filem untuk tayangan Netflix tidak lama lagi.
Menariknya, penampilan semula pelakon berusia 49 tahun itu ke gelanggang seni bertitik tolak daripada pujukan aktor terkenal, Jamie Foxx. Ketika ditemu bual dalam program Entertainment Tonight, pelakon kulit hitam berusia 54 tahun itu mengakui memujuk dan meyakinkan Diaz untuk kembali berlakon, sekali gus bergandingan bersamanya dalam filem Back In Action.
Pelakon yang membuat debut pertamanya menerusi filem The Mask pada tahun 2014 itu berkata, persaraanya dalam bidang seni bukan semata untuk menguruskan keluarga dan perniagaan, namun lebih kepada ‘self-healing’.
Ini berikutan pengalaman Cameron sendiri yang menceritakan bahawa bagaimana piawaian kecantikan yang sangat tidak realistik memberikan kesan pada kesihatan mentalnya.
Jelas Cameron dalam salah satu temubual bersama Michelle Visage memaklumkan, “Dek piawaian kecantikkan tertentu, saya mula mengadili dan menilai diri sendiri berdasarkan pemesejan subliminal – tentang perkara yang dianggap kecantikan ideal. Dari situ saya mula mempersoalkan semuanya, ‘mengapa saya beradi di sini’ ‘cantikkah saya’ dan lain-lain.
Yang pasti, ramai yang merindui untuk menyaksikan lagi lakonan Cameron, betul tak?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amboi Faz, sejak berkahwin makin berseri-seri. Tanda sedang meniti saat bahagia barangkali. Penampilannya bertambah manis bila bertudung litup kebelakangan ini. Memang terserlah keayuan Fazura.
Meskipun bukan pertama kali figura ini mengenakan hijab di khalayak, tetapi auranya tetap bersinar dan mencuri perhatian ramai. Tambahan pula ketika pelancaran koleksi Fazbulous baru-baru ini.. sedap mata memandang tatkala isteri kepada Fattah Amin ini mengenakan tudung berwarna ungu lembut. Malah, ramai peminat gembira dan mendoakan agar Fazura mengekalkan imej sebegitu kelak.
Mengamati gaya hijabnya, selebriti ini dilihat selesa menggayakan tudung jenis bawal atau square dan polos tanpa sebarang corak. Sesuai mengenakan apa jua rona hijab memandangkan mempunyai kulit yang cerah, Fazura lebih menyerlah dengan sentuhan rona pastel dan lembut seperti merah jambu, kelabu dan champagne.
Sementara itu, mengambil keberkatan Ramadan aktres cantik ini turut menitipkan mesej istimewa kepada semua peminat dan seluruh umat Islam. “Dengan rasa penuh rendah hati, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran kata atau perbuatan yang telah melukakan hati anda.
Saya juga berdoa semoga Ramadan ini akan membawa seribu kemaafan, ketenangan, kasih sayang di antara kita, kesabaran serta keberkatan dalam setiap amalan. InshaAllah.”
Pertama kali menyambut Ramadan sebagai isteri, Fazura sempat menikmati sahur bersama suami tercinta pada 1 Ramadan lepas. Namun terpaksa berjauhan selama beberapa hari demi tuntutan tugas di luar negara. Dengar khabar, Fazura berada di Singapura untuk bertemu peminat selain menghadiri mesyuarat di sana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi pastinya mengundang perasaan kurang enak bukan sahaja kepada individu terlibat malah orang di sekeliling. Selain menimbulkan reaksi tidak selesa, sisa makanan yang tidak dibersihkan dengan sempurna juga boleh mengakibatkan masalah bau mulut. Keadaan bertambah teruk apabila kotoran ini terus mendap dan sukar dibersihkan dengan hanya memberus gigi.
Sebelum menjadi karang gigi, praktikkan cara membersihkan sisa yang terlekat di celah gigi dengan flos pergigian iaitu sejenis benang yang unik. Walaupun berbentuk seperti benang tetapi ia tahan lasak dan tidak mudah terputus. Tujuan flos ini adalah untuk membersih kawasan di celah-celah gigi.
Disebabkan kedudukan gigi yang sangat rapat, memberus gigi biasanya tidak dapat membersihkan kawasan sempit ini. Oleh itu, penggunaan flos sangat berkesan untuk mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang sukar ditanggalkan ketika memberus gigi.
JENIS-JENIS FLOS GIGI
Flos berlilin atau tanpa lilin
Flos berperisa (lazimnya pudina) atau tanpa perisa
Pita gigi
Super flos
Kebiasaannya, amalan menggunakan flos dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari terutamanya sebelum tidur.
CARA MENGGUNAKAN FLOS
Ambil flos sepanjang lebih kurang 18 inci. Kemudian, lilit di kedua-dua jari tengah dan tinggalkan jarak kira-kira 1 inci di antara kedua-dua jari tadi. Regangkan flos
Masukkan flos di celah gigi dan gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali. Seterusnya di sekeliling permukaan gigi di aras garisan gusi
Bersihkan juga permukaan belakang bagi gigi yang paling belakang
Perlahan-lahan buka lilitan di jari untuk mendapatkan bahagian flos yang bersih dan ulang langkah sama
GUSI BERDARAH KETIKA FLOS?
Ada beberapa sebab terjadi keadaan ini. Salah satunya adalah kerana teknik yang tidak tepat hingga menyebabkan gusi tercedera. Selain itu, pendarahan kecil berlaku kerana petanda gusi kurang sihat (gingivitis). Jika pendarahan masih berlaku selepas seminggu menggunakan flos, berjumpalah doktor pergigian.
SUMBER: www.myhealth.gov.my
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...