Solekan Nampak Gebu, Natural Macam Selebriti Thailand. Boleh Cuba 7 Teknik Mudah Ini

Trend solekan Thai kini sedang menjadi ikutan kerana hasilnya yang natural serta mudah untuk diaplikasikan. Ramai beranggapan ciri-ciri solekan Thai lebih kurang sama dengan solekan Korea. Tetapi jika dilihat lebih dekat, ia sebenarnya sangat berbeza.

NONA kongsikan beberapa perbezaannya:-

Satin Finish
Jika solekan Korea mempunyai kemasan dewy, solekan Thai pula mempunyai kemasan seperti satin. Wanita Thailand memilih untuk memakai asas separa matte untuk menghasilkan kulit wajah yang maksimum.

Kredit Foto: Instagram Chalida Wijitvongtong

Untuk kesan yang sempurna dan bercahaya, mereka menambah highlighter

pada beberapa titik wajah. Hasilnya, sudah tentulah cantik tanpa cela!

Kening Tebal
Hujung kening sengaja dibuat sedikit ke atas untuk memberi kesan menawan dan anggun. Bentuk kening yang tebal tetapi tidak terlalu padat ini serupa dengan trend kening Korea. Teknik yang diaplikasikan dalam solekan kening ini memberikan kesan yang natural dan tidak keterlaluan.

Kredit Foto: Instagram Davikah

Solekan Mata Yang Tegas
Wanita Thailand memilih solekan mata smokey untuk menjadikannya kelihatan lebih hidup. Manakala pilihan warna pembayang mata kebanyakannya warna lembut. Untuk kesan yang lebih menarik, kebiasaannya mata akan ditambah dengan bulu mata palsu dengan ketebalan yang sederhana agar kelihatan asli dan natural.

Kredit Foto: Instagram Davikah

Untuk celak pula, kebanyakannya membentuk mata yang nipis untuk kesan yang lebih lembut dan tidak terlalu tajam.

Blush On Yang Samar-Samar
Sama seperti solekan Korea, solekan Thai untuk pembayang pipi agak ringan. Kebanyakan mereka memulakan pemerah pipi mengikut bentuk tulang pipi dan disapu ke atas arah pelipis. Cara sapuannya lembut dan perlahan supaya hasilnya nampak samar-samar dan flawless.

Kredit Foto: Instagram Natapohn T.

Kontur Pada Hidung
Solekan wanita Thailand dan kontur sememangnya tidak boleh dipisahkan. Mereka memakai kontur pada hidung untuk memberi kesan yang lebih tajam atau mancung.

Kredit Foto: Instagram Natapohn T.

Solekan Bibir Penuh
Trend solekan Thai kebanyakannya lebih berkiblatkan kepada solekan Barat. Mereka selesa dengan bentuk bibir yang penuh dan merona. Untuk itu, mereka sering memakai lipstik melebihi garis bibir. Maka, bibir akan terlihat tebal dan penuh. Jika anda mahu mencubanya, boleh menggunakan lip pencil

dan sempurnakannya dengan lip matte atau lip gloss.
Kredit Foto: Instagram Davikah

Highlighter Sebagai Sentuhan Glowing
Untuk kesan yang berseri, wanita Thailand sering memakai highlighter di kebanyakan titik wajah. Selalunya bahagian yang disapu dengan highlighter adalah di bawah kening, tulang pipi dan hidung untuk kesan bibir yang lebih menyerlah.

Kredit Foto: Instagram Natapohn T.
Share
Published by
Amy Mohd