Nama Alha Alfa bukan suatu yang asing dalam dunia solekan. Namanya mekar seiring dengan mekap artis selebriti yang lain.
Sentuhan magis jemari jurusolek yang satu ini kala berkarya mampu menaikkan seri wajah mempelai dan sentiasa menjadi pilihan selebriti terkenal seperti pelakon adik-beradik Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose.
Pernah suatu ketika menjadi tular kerana bersolek menyerupai pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan. Kuasa solekan yang diadunnya atas wajah mencetus impak luar biasa dan menjadi momen terindah untuk dikenang.
APAKAH GAYA SOLEKAN YANG MENJADI PERMINTAAN PADA TAHUN 2017?
Gaya solekan 2017 lebih kepada natural, sweet style dan tidak terlalu mengubah wajah pengantin. Melalui teknik yang betul pengantin nampak lebih minimalis tetapi dipengaruhi sentuhan solekan Barat.
APAKAH RAMALAN ANDA GAYA SOLEKAN PENGANTIN 2018?
Andaian saya bakal pengantin 2018 lebih kepada solekan super natural menggunakan teknik effortless yang bermaksud sangat ringkas. Beralih kepada gaya English Wedding Style.
Contohnya kening tak lukis sangat, tiada eyeliner tebal-tebal dan tanpa bulu mata. Solekan lebih kepada natural beauty. Perkembangan ini bagus untuk industri mekap di Malaysia kita nampak penambahbaikan.
Suatu masa dahulu menggayakan solekan berwarna-warni, beralih kepada solekan mata mengikut warna baju, kemudian kepada mekap doll pengaruh Korea dan sekarang beralih kepada solekan natural.
Saya juga telah mencipta solekan natural mengikut gaya saya yang tidak terlalu heavy dan pengantin nampak manis. 2018 solekan akan jadi lebih pemalas, tanpa bulu mata, kening bersepah-sepah dan shading pun tidak beriya sangat. Effortless dan penuh gaya solekan wanita Barat.
Do & Dont’s
DO
DONT’S
BOLEH BERI TIP BUAT BAKAL PENGANTIN UNTUK TAMPIL BERSERI-SERI PADA HARI BAHAGIA MEREKA?
Bakal pengantin perlu menjaga bahagian dalaman dan tidak membuat persiapan saat akhir. Buat kerja last minute ini akan ganggu emosi kita menjelang tarikh perkahwinan nanti. Kalau boleh seminggu sebelum majlis segala persiapan telah siap dan masa untuk berehat.
Serahkan tugas yang berbaki kepada keluarga atau wedding planner. Stres akan memberi kesan yang tidak cantik dan tidak naik seri pada wajah. Waktu sedang mekap sediakan masa untuk mekap sahaja. Jangan dicampuradukkan dengan perkara lain.
SOLEKAN BEGITU PENTING BUAT PENGANTIN WANITA. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMILIH MEKAP ARTIS?
Cari mekap artis yang anda sendiri pernah lihat sendiri hasilnya. Bukan melalui media sosial yang telah ditapis atau menggunakan aplikasi nampak lebih cantik. Jangan menilai solekan lebih-lebih lagi solekan selebriti kerana mereka memang sudah sedia cantik.
Sebaliknya tengok look pada selebriti tersebut. Contohnya kalau selebriti tu suka mekap heavy kita teliti hasil solekannya begitu juga kalau selebriti itu suka solekan natural kita amati cara solekannya. Kemudian bagaimana touch
mekap artis tersebut kepada orang lain.Tidak salah sekiranya mintak kebenaran pengantin (kawan-kawan) sekejap untuk melihat cara mekap artis bekerja. Kalau jauh tidak berkesempatan untuk melihat cara mekap artis bekerja boleh mencari foto ‘tagged’ di Instagram lebih-lebih lagi foto daripada jurufoto rasmi mereka.
Pengantin mesti menetapkan sendiri look yang mereka kehendaki. Kena study sikit look yang bersesuaian dengan wajah sendiri.
GAYA SOLEKAN YANG SESUAI UNTUK PENGANTIN?
Lebih kepada trend. Kunci solekan yang sesuai untuk pengantin adalah minimalis. Look apa sekalipun yang dipilih cuba minimalis look tersebut. Minimalis merangkumi stail dan jenis mekap. Hamizatul Maizan Mohamed
This website uses cookies.