Solekan Yang Tepat Apabila BERTUDUNG HITAM, Teknik Lukis Kening Tu Paling Susah Nak Buat

Ramai yang menyangka, bila bertudung hitam maknanya kita boleh mengadunkan semua jenis warna dalam solekan.

Memang benar warna tudung hitam boleh menyerap semua warna yang diaplikasikan dalam solekan tetapi kombinasi yang paling menyerlah adalah mempertegaskan solekan mata.

Satu tip Nona, pembayang mata rona gelap benar-benar menyerlah untuk penampilan seperti ini. Ikuti tip solekan ini agar penampilan anda dalam tudung hitam tampak lebih menawan.

  1. Pelembap kulit merupakan asas kepada solekan sempurna. Kulit yang lembap dari dalam menyerlah solekan di luar. Jangan sekali lupa sapu pelembap sebelum bersolek. Risau kulit berminyak selepas bersolek? Sapu pelembap dalam gerakan bulatan arah lawan jam.
  2. Inovasi dalam solekan memudahkan tugas bersolek. Sediakan wajah dengan semburan primer yang berasaskan bahan-bahan semula jadi. Hasilnya solekan sama rata dan tidak berbelak-belak nanti.
  3. Bedak asas yang sering menjadi pilihan wanita hadir dalam bentuk stick. Mudah dibawa ke mana-mana dan senang disapu. Aplikasi sempurna bedak asas bentuk ini diperoleh dengan sapuan berus khusus agar sempurna dan sekata.
  4. Sembunyikan cela pada wajah dengan penyamar noda. Titipkan penyamar noda pada daerah yang dikehendaki dan tepuk lembut menggunakan tangan agar tidak bercapuk solekan yang telah tersedia.
  5. Teknik kontur boleh membantu membentuk wajah atau menyempurnakan wajah seseorang. Sapu highlighter pada atas tulang pipi atau bawah mata jika mahu kesan segar dan berseri. Boleh juga meruncingkan bentuk pipi dengan sapuan gelap pada tulang rahang.
  6. Cipta soket mata dengan mengikut alis mata yang terbuka. Kemudian ratakan rona biru gelap agar lebih sempurna. Eksperimentasi dengan rona keemasan disapu sempurna demi sebuah gaya yang menggoda.
  7. Bentuk kening membawa seribu satu makna, benar begitu? Melukis kening memerlukan latihan yang rapi. Jika mengikut cara solekan kening orang Korea, lebih gemar kening yang mendatar. Lukis kening dan penuhkan ruangan kosong dengan sapuan lembut pengalit kening.
  8. Tidak salah mengoles lipstik merah cili walau solekan mata sudah mendominasi solekan. Sapu pelembap bibir sebelum lipstik agar kelembapan kulit bibir terus terpelihara. Ratakan dengan sempurna pada bibir kemudian oles pengilat bibir agar lebih tahan lama. Hamizatul Maizan Mohamed
Share
Published by
Norzalina