Sopan dan Modest Cutting, itulah yang boleh digambarkan tentang koleksi The Sporty dUCk yang baharu sahaja dilancarkan ini.
Koleksi ini dilancarkan bagi memenuhi keperluan buat mereka yang gemar melakukan aktiviti riadah.
Menjalani gaya hidup sihat sememangnya perlu sementelah kehidupan sekarang yang terdedah dengan pelbagai anasir luar. Memilih pakaian yang sesuai ketika beriadah sangat penting agar tubuh terus sihat dan sejahtera.
Bertemu dengan Ketua Produk The dUCk Group, Amirah Rozi dan Pengarah Kreatif The dUCk Group, Jacky Hussein telah merungkaikan keistimewaan koleksi yang sopan dan modest cutting ini.
Apakah fabrik yang terbaik untuk menyerap peluh ketika melakukan aktiviti riadah terutama wanita bertudung?
“Untuk koleksi Sporty dUCk ini, kami menggunakan fabrik performance-enhancing yang mempunyai kelebihan seperti, cepat kering, anti-odor, anti-bakteria dan memantulkan sinaran UV agar dapat melindungi kulit. Selain itu, fabrik yang dipilih mempunyai ‘cooling effect’ demi keselesaan wanita ketika beriadah dalam cuaca yang agak panas. Ciri-ciri ini sedikit sebanyak dapat membantu dari segi pengeringan peluh dengan cepat ketika melakukan aktiviti riadah,” kata Amirah Rozi, Ketua Produk The dUCk Group.
Tip mencuci pakaian riadah agar tahan lama dan bebas bau
“Fabrik memainkan peranan penting di dalam menghasilkan koleksi pakaian riadah. Ini kerana kebanyakan fabrik mempunyai ciri-ciri dan fungsi untuk menangani masalah ketika beriadah. Sudah tentu pakaian riadah harus dijaga dengan baik agar pakaian mampu kekal lebih lama.
Untuk mengelakkan pakaian riadah bebas bau, wanita disarankan untuk tidak menyimpan atau melambatkan proses membasuh pakaian riadah selepas penggunaan,” kata Amirah Rozi, Ketua Produk The dUCk Group.
Antara tip-tip pengendalian pakaian Sporty dUCk yang boleh diamalkan oleh semua wanita adalah:
- Dry clean atau basuh dengan tangan menggunakan sabun pencuci kain jenis lembut.
- Gantung pakaian sehingga kering dan elakkan pengunaan mesin pengering (dryer).
- Elak daripada menggunakan peluntur kain.
- Jika perlu, seterika dengan suhu yang rendah.
Apakah cara yang sesuai untuk mencari tudung terbaik untuk memudahkan Muslimah bersenam?
“Setiap wanita muslimah mempunyai cita rasa dan keperluan tersendiri untuk mencari tudung yang sesuai untuk bersukan mahupun beriadah. Untuk memastikan wanita muslimah mempunyai pilihan yang sesuai, selain berfungsi sebagai baju sukan atau riadah, dUCk menitik beratkan beberapa faktor lain seperti stail, keselesaan dan juga kelestarian alam sekitar. Antara ciri-ciri penting yang dititikberatkan adalah:
- Bentuk yang sopan seperti paras baju menutup punggung (modest cutting)
- Kain bercirikan performance enhancing – yang mudah menyerap peluh (quick dry), anti-bakteria dan anti-odor
- Non-slip band – untuk mengelakkan tudung daripada jatuh ketika beriadah
- Skaf pelbagai guna – 3 dalam 1
Ciri-ciri penting ini bukan sahaja dapat membantu wanita Muslimah di luar sana untuk bersukan malah, mengekalkan keselesaan sepanjang beriadah,” kata Jacky Hussein, Pengarah Kreatif The dUCk Group.
Apakah kelebihan The Sporty duck?
“dUCk sentiasa berusaha untuk ke arah kelestarian alam sekitar. Buat pertama kalinya, kami mengaplikasikan teknologi S.Cafe pada pembuatan tudung Sporty dUCk dan secara tidak langsung menjadi jenama pertama di Malaysia yang mengaplikasikan teknologi S.Cafe ini.
Fabrik yang terhasil menerusi teknologi S.Cafe ini menggabungkan serbuk dan gentian kopi terbuang pada permukaan benang dengan menggunakan proses suhu rendah, dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan tinggi dan menjimatkan tenaga elektrik.
Selain itu, koleksi ini juga mementingkan fungsi keseluruhan bagi wanita Muslimah apabila kami menawarkan:
- Skaf 3 dalam 1.
- Headband dengan non-slip material yang memastikan rambut dan tudung dalam keadaaan rapi.
- Adjustable dynamic scarf – yang boleh dipakai dengan pelbagai cara – sama ada menutup dada atau diikat kemas ke belakang,” Jacky Hussein, Pengarah Kreatif The dUCk Group.
Berkenaan pemilihan saiz pula, adakah wanita Muslimah perlu memilih saiz ketat atau sedikit longgar?
“Kebanyakan wanita Muslimah sering kali rungsing dengan pemilihan pakaian riadah yang ditawarkan oleh jenama di luar sana; ketat dan tidak labuh. Oleh sebab itu mereka terpaksa memilih saiz besar supaya pakaian riadah mereka tampak longgar dan kekal sopan.
Saiz dan keselesaan adalah faktor yang amat penting dalam pemilihan pakaian riadah supaya kita merasa bebas untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang diingini.
Menerusi koleksi Sporty dUCk, wanita muslimah kini boleh beriadah dengan pakaian yang sopan dan selesa dengan pelbagai pilihan saiz yang ditawarkan bermula daripada XS sehingga ke 3XL. Menerusi fabrik yang menyejukkan ini juga, wanita Muslimah tidak perlu memakai baju berlapis-lapis ketika beriadah di dalam cuaca beriklim tropika ini,” Jacky Hussein, Pengarah Kreatif The dUCk Group.
View this post on Instagram
Baca juga; Erra Fazira Cantik & Aktif, 9 Jenis Sukan Selebriti Usia 48 Ini Dah Cuba