Sejuk mata memandang personaliti popular Aida Khalida. Nama aktres wanita veteran ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Berpuluh-puluh tahun menjadi anak seni, bakat lakonan Aida Khalida masih diiktiraf dan menerima banyak tawaran sampai ke hari ini.
Siapa sangka, dalam usia lewat 60an namanya tetap utuh di persada seni.
Sinonim menjayakan watak ibu, pemilik nama Khalidah Adibah Ahmad ini meniti usia 66 tahun. Cukup berdisiplin dalam karier, jelitawan ini bukan hanya ibu kepada dua anak malah sudah pun bergelar nenek.
Tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran.
Bahkan jika tiada shooting, aktres ini mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Ads
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini.
Dalam usia 66 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pembedahan muka.
Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Berkongsi amalan kecantikan, Aida menerusi sebuah portal mendedahkan dia menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air.”
Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.
Moga semangat dan kerja keras Aida menjadi sumber inspirasi kepada golongan wanita agar terus aktif mengejar impian hidup.
Anda memiliki better career, better money, better shoes… Tetapi, bagaimana dengan kepuasan di ranjang? Tahukah anda bahawa intimasi juga boleh mempengaruhi good mood days or bad days?
Ada ketikanya anda akan berkata “Wow, Sayang hebat sekali!” tapi ada juga hari di mana selesai melakukan hubungan seks, anda hanya terbaring kaku di atas ranjang dan menatap wajah suami kembali.
Lalu bertanya dalam hati, “Apakah tadi itu seks? Saya tidak merasa nikmatnya…”
Lazim kita dibelenggu dengan pelbagai masalah seperti tekanan kerja, masalah kewangan, kenaikan berat badan dan sebagainya yang boleh mempengaruhi hubungan seksual suami isteri.
Nona ingin berkongsi tip agar hari-hari anda terus menjadi good days dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang anda sebagai pasangan suami isteri. Let’s have a very sexy time, shall we?
Tip 1
Tinggalkan rasa malu-malu jika ingin menjadi wanita yang memiliki seks terbaik di dunia. Jika tidak, peranan anda di ranjang akan selalu menjadi biasa-biasa sahaja, suami mungkin akan bosan.
Jangan hanya menjadi wanita yang hanya menunggu diajak bercinta atau lebih parah lagi hanya diam sahaja seperti sayur ketika beraksi panas. Anda harus bergerak dan mengambil alih, memberi tahu pasangan, “Hey, saya sudah bersedia untuk beraksi di atas ranjang!”
Bukan cuma ‘pleasing him’ tetapi ‘teasing him’. Anda ingin tahu satu rahsia, bagaimana seorang wanita yang mempercayai diri dengan kehidupan seksualnya itu, sukar ditinggalkan suami? Kerana lelaki suka digoda.
Luahkan rasa keghairahan anda ketika di ranjang. Jika perlu mendesak, menjerit dan memberi pesona wajah penuh ghairah. Buktikan anda benar-benar inginkan kepuasan. So SCREAMMMMMM!
Tip 2
Mungkin bunyinya agak mementingkan diri! Mempunyai sedikit sikap ego dalam menerima kepuasan. Anda ingin mendapatkannya – bukan sekadar memberi. Kala anda benar-benar inginkan seks, jangan peduli perkara lain kecuali kepuasan anda. Lelaki mungkin sahaja mudah untuk mencapai klimaks, biarpun mereka juga ego di ranjang! Jadi sesekali perlu pentingkan diri.
Masalah yang sering kali terjadi, wanita hanya terkulai dan membiarkan lelaki bergerak sesuka hati. Hal ini harus berhenti ya! Anda harus ikut bergerak bersamanya, mengarahkan ke mana kepuasan anda terletak. Suami harus mengetahui di mana g-spot isteri dan sebagai isteri anda perlu memberitahu suami bahagian-bahagian yang anda suka.
Tip 3
Moto yang mungkin terbaik buat anda, “LAKUKAN SEKS SEOLAH-OLAH INI HARI TERAKHIR ANDA MELAKUKANNYA!”
Practice makes perfect. Suami isteri lakukan seks sekerap mana mungkin. Ia boleh menjalinkan rasa cinta yang seiring selamanya.
Boleh sahaja anda menganggap seks seperti fast food, anda boleh lakukan di mana dan bila-bila masa (Syaratnya anda telah sah menjadi suami isteri). Mungkin anda stuck di tengah-tengah acara keluarga yang membosankan, anda memilih untuk pulang dan bercinta? We say go with your guts!
Ikut rasa hati, berani untuk menjadikannya kenyataan. Mungkin anda mempunyai imaginasi sendiri, luahkan kepada suami. Sekarang masa untuk mulut anda berbicara, “I need you now.”
Anda akan lebih menikmati seks jika mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Selalu merasa cantik dan seksi ketika di ranjang. Berhenti untuk berfikiran buruk tentang tubuh anda. Percaya diri akan membuatkan anda mengecap kepuasan sebenar.
Afterplay, 10 Rahsia Cinta Anda
Ibarat sepotong kek coklat setelah disantap, afterplay menjadi penutup manis pemuas selera yang dapat membuatkan menjadi pasangan sempurna. Kepuasan tercapai dengan terjalinnya rasa cinta berpanjangan.
Setelah selesai bertanding di ranjang, manjakan diri dengan makan buah-buahan seperti mangga atau strawberi yang baik untuk menggantikan tenaga yang hilang sebentar tadi.
Selepas bersama di ranjang, keluar seketika dari kamar. Duduk di luar sambil menikmati udara segar dan sinar bulan, udara yang segar mampu membuatkan keghairahan kembali muncul.
Mengapa suami lebih cepat tidur selepas melakukan hubungan seks? Wanita seperti air, lambat mendidih dan lambat dingin, sebaliknya lelaki ibarat api yang cepat menyala dan cepat pula padam. Bagi yang belum mencapai klimaks pertama biasanya inginkan seks di babak kedua. Jadi sebelum suami penat dan terus tidur, peranan waktu afterplay perlu diberi perhatian.
Memuji pasangan selepas bersama amat meninggalkan kesan yang sengat romantis.
Hot shower akan menjadikan tubuh lembap berpanjangan. Air yang suam mampu merangsang peredaran darah dan membuatkan tubuh anda kembali ghairah.
Kalimat pendek ‘I love you’ amat mujarab untuk membuatkan afterplay bermakna. Sertai dengan pelukan dan ciuman pada lengan dan dahinya. Ini boleh membuatkan suami dihargai dan perasaannya melayang.
Tempoh afterplay antara 10-20 minit, namun berbeza mengikut individu. Yang penting, rasa kasih sayang sudah dicurahkan dan anda tidak merasa seperti pelepas hasrat sahaja.
Kritik dilarang sama sekali ketika afterplay. Apa lagi jika anda mengkritik tentang persembahannya. Lebih baik utarakan keinginan atau fantasi anda di telinganya, pasti terdengar lebih indah.
Jangan terburu-buru memakai baju selepas hubungan kelamin. Usaha ini bagi menimbulkan suasana romantis dan percaya kepadanya. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tertawan dengan keayuan Nelissa Senrose. Bukan hanya mempunyai raut wajah manis dan sedap mata memandang bahkan wanita ini juga anggun dalam kelas tersendiri. Penampilannya yang cantik berhijab dan tidak keterlaluan dalam berfesyen membuatkan sesiapa sahaja rasa senang dengan peribadi kakak kepada adik-beradik selebriti popular berkenaan.
Bersandarkan statusnya sebagai kakak sulung kepada Datin Nelydia, Uqasha Senrose dan Raysha Rizrose, tidak hairanlah Nelissa tidak terkecuali daripada tempias dunia glamor adik-adik kesayangan.
Nelissa Senrose Tak Tumpang Populariti Adik-Beradik
Pun begitu, dia enggan menumpang populariti adik-beradik. Jauh sekali menceburi industri seni dan hiburan tanah air.
Sebaliknya Nelissa Senrose selesa berdikari dan menjalani kehidupan biasa.
Menerusi perkongsian di media sosial, pemilik nama Nik Zaris Nelissa ini memuat naik rutin dan momen di samping keluarga tersayang.
Difahamkan Nelissa berkhidmat sebagai pramugari di Amal by Malaysia Airlines. Sebuah anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation (MAG) yang menawarkan perkhidmatan penerbangan khusus untuk ibadah haji dan umrah.
YouTuber dan Vlogger terkenal, FaaFirds yang berusia 24 tahun ini sering menjadi perhatian kerana sering berkongsi koleksi video menarik berkaitan kecantikan, fesyen dan kosmetik khususnya berjenama antarabangsa.
FaaFirds atau sebenarnya, Nurfarhanah Ahmad Firdaus mula aktif berkongsi video di socmed sejak usianya 19 tahun. Bagi FaaFirds ia bukan sekadar memberi kepuasan terhadap minatnya sendiri malah dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat sebagai seorang instafamous terkenal.
“Saya seorang yang berani mencuba perkara baru seperti gaya solekan dan fesyen. Saya sering katakan kepada diri sendiri, kalau bukan sekarang bila lagi nak mencuba? Kita tak akan selamanya muda, bukan? Inilah masanya dan selagi ia mengikut syariah serta tak keterlaluan bagi saya tiada masalah.
Untuk kekal cantik, saya ada mengamalkan rutin penjagaan wajah tersendiri. Setiap malam saya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk lakukan 13 step wajib sebelum tidur.
Belajar dari pengalaman, sebelum ini wajah dan mata saya pernah bengkak macam kena tumbuk gara-gara mengambil mudah soal penjagaan wajah sehingga terpaksa dimasukkan ke emergency room (ER). Doktor kata ada reaksi alergi kerana saya mencuba terlalu banyak produk dalam satu masa.
Disebabkan itu, saya terpaksa berehat selama tiga bulan,” kongsi FaaFirds yang turut mengamalkan petua bedak sejuk yang dikongsi oleh Mamanya yang berketurunan Cina. FaaFirds mengamalkannya sejak berusia 12 tahun.
Manakala inspirasi fesyen saya ialah Scha Al-Yahya. Walaupun gayanya ringkas namun very edgy. Stail Scha memang chill dan fashionable. Pakai apa pun tetap nampak cantik dan terletak. Idola luar negara pula ialah instafamous kelahiran Arab, Maria Alia yang gemar menyarungkan turban.
Seorang lagi idola saya ialah Lina Alghouti yang sering tampil dengan imej ‘maskulin’ melalui keunikannya berpakaian,” kongsi anak sulung daripada enam beradik ini yang fasih berbahasa Mandarin.
Kredit Foto: Instagram FaaFirds
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.