Pemilik nama penuh, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama pentas Sophia Albarakbah merupakan pendatang baru dalam industri seni tanah air, sepanjang enam tahun berkecimpung namanya meledak secara kontroversi apabila terpalit cinta lokasi bersama aktor sensasi Aliff Aziz.

Bagaimanapun, NONA enggan menyentuh kisah peribadi yang pernah dikaitkan dengan wanita anak kelahiran Kuala Lumpur ini.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian Nona adalah Sophia bukan sekadar cantik dan menggoda, namun mempunyai latar belakang pendidikan yang memberangsangkan. Beauty with brain! Jadi ini beberapa fakta menarik tentang diri Sophia Al Barakbah yang tidak ramai tahu.
SOPHIA AL BARAKBAH Inspirasi Wanita Cantik Dan Bijak! Rupanya Graduan Universiti Perubatan AntarabangsaLatar Belakang Jelitawan Sophia Al Barakbah!

 

1. Sophia AlBarakbah memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.

2. Berumur 28 tahun dan lahir di Kuala Lumpur, Sophia mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.

3. Aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Sophia memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian. Kemudian mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.

4. Filem pertama Sophia adalah Mimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.

SOPHIA AL BARAKBAH Inspirasi Wanita Cantik Dan Bijak! Rupanya Graduan Universiti Perubatan Antarabangsa SOPHIA AL BARAKBAH Inspirasi Wanita Cantik Dan Bijak! Rupanya Graduan Universiti Perubatan Antarabangsa

 

5. Pernah tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33).

6. Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu. Beliau juga turut dikenali dengan nama lain Sophia Koshka.

7. Ibunya merupakan pemenang tempat pertama satu pertandingan kecantikan pada 1980.

8. Sophia mula dikenali ramai selepas membawa watak Cahaya Malaika menerusi lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz, diikuti  watak Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.

SOPHIA AL BARAKBAH Inspirasi Wanita Cantik Dan Bijak! Rupanya Graduan Universiti Perubatan Antarabangsa SOPHIA AL BARAKBAH Inspirasi Wanita Cantik Dan Bijak! Rupanya Graduan Universiti Perubatan AntarabangsaUntuk rekod, pada tahun lalu, Sophia dikategorikan sebagai penyondol rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah apabila mulai akrab dan terjebak dengan cinta lokasi babaggi penggambaran Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Perkara berkenaan meledak apabila Bella mendedahkan bahawa Sophia menghubungi suaminya setiap hari dan memohon maaf kerana telah jatuh cinta kepada suaminya.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber Foto: Instagram Sophia Koshka

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI