
Hubungan persahabatan dua pelakon Bollywood termasyhur, iaitu Shah Rukh Khan dan Salman Khan sememangnya diketahui ramai. Kedua-dua mereka mula berkawan rapat selepas membintangi filem blockbuster Karan Arjun pada 1995, malah mereka pernah berkongsi skrin dalam filem Har Dil Jo Pyar Karega dan Om Shanti Om.
Walaupun persahabatan mereka sering mengalami pasang surutnya, kes Aryan Khan baru-baru ini bagaimanapun telah membawa mereka dan keluarga masing-masing menjadi semakin rapat lebih dari dulu.
Memetik laporan India Today, Salman Khan dikatakan adalah selebriti pertama yang melawat rumah Shah Rukh Khan selepas penahanan anaknya itu.
Dan semalam, bersempena hari ulang tahun kelahiran yang ke 57, Shah Rukh Khan turut hadir memenuhi jemputan majlis yang diadakan di rumah Salman.
Menerusi video dan gambar yang tular, terserlah kemesraan kedua-dua aktor hebat itu yang saling berpelukan beberapa kali ketika Salman menghantar Shah Rukh Khan pulang menaiki kereta mewahnya.
Rata-rata ramai yang teruja dengan persahabatan dan ‘brotherhood’ yang ditonjolkan oleh kedua-duanya dan memuji sikap rendah diri masing-masing walaupun mereka berdua kekal bersaing secara sihat dalam pentas filem Bollywood.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Gah, Bertaraf Antarabangsa, Diterangi Lampu LED & Laser, STADIUM SULTAN IBRAHIM Jadi Tumpuan!

Kagum melihat kemegahan Stadium Sultan Ibrahim. Tersergam indah di Iskandar Puteri, Johor, stadium yang dilancarkan secara rasmi pada Februari 2020 menjadi tumpuan peminat sukan baru-baru ini apabila pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyambut kejuaraan Liga Super 2022 di stadium berkenaan!
Diterangi cahaya laser dan lampu-lampu LED yang diletakkan di dalam serta luar stadium, Stadium Sultan Ibrahim nyata menjadi kebanggaan rakyat khususnya di Johor. Malah ia juga bertaraf antarabangsa kerana mempunyai pelbagai fasiliti mewah dan terkini.
Stadium Sultan Ibrahim dibina dengan kos RM200 juta ringgit di atas tanah berkeluasan 28.3 hektar juga sebahagian dari Bandar Sukan JDT yang menempatkan hotel, pangsapuri, pusat beli-belah, padang ragbi, gelanggang tenis dan beberapa fasiliti sukan moden.





Ia juga dikatakan sebagai stadium dengan kemudahan bertaraf dunia selain mampu memuatkan sehingga 40 ribu orang. Stadium tersebut juga dibina bagi menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Semalam, kerajaan Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa sempena kejayaan pasukan JDT dan pencapaian cemerlang negeri itu dalam kejohanan sukan tahun ini. Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani berkata pemberian cuti khas itu sebagai tanda meraikan kejayaan pasukan JDT menjuarai Liga Super Malaysia buat kali kesembilan berturut-turut dan memenangi 10 piala dalam kejuaraan lain yang disertai tahun ini.
Lebih meriah, selebriti antarabangsa iaitu Jason Derulo turut diundang membuat persembahan di Stadium Sultan Ibrahim.



Cuti khas itu juga sebagai tanda meraikan kejayaan cemerlang Negeri Johor menjuarai Kejohanan Sukan SUKMA Edisi Ke-20 buat pertama kalinya semenjak dianjurkan pada tahun 1986.


Kerajaan Negeri Johor dalam pada itu turut memberi penghargaan kepada beberapa acara sukan lain yang disertai pasukan negeri yang mencatatkan kecemerlangan dan merangkul kejuaraan sepanjang 2022 seperti bola jaring dan menjuarai Sooka Netball Super League (NSL) 2022.
Juga, pasukan sepak takraw yang beraksi cemerlang menjuarai Piala Tun Ali pada Ogos lalu dan pasukan ragbi yang menempa kejayaan menjuarai Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan Bawah 21 tahun.
“Dulu Menang Award Pun Gaji Tak Sampai 10K,” Linda Onn Ulas Tak Pernah Dapat Gaji Lumayan Seperti Didakwa!

Isu gaji penyampai radio atau DJ yang dikatakan mencecah hingga ratusan ribu ringgit sebulan menjadi topik hangat di media sosial beberapa hari ini. Salah seorang penyampai radio senior iaitu Linda Onn turut terpalit dengan isu itu dan didakwa meraih pendapatan lebih RM40,000.
Terkejut dengan khabar tersebut, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn tampil memberi penjelasan. Sebagai antara penyampai radio popular tanah air, Linda sendiri tidak pasti dengan hakikat gaji yang diperoleh seorang DJ hari ini.
“Haish… Pandai-pandai je awak cakap gitu. Bestnyalah hai kalau betul dapat gaji gitu. Mana Linda pernah dapat gitu. Sampai ke sudah pun tak pernah dapat tinggi gitu.
Dulu menang award pun nama tengah gah pun gaji tak adalah sampai 10k. Bertuah penyampai radio zaman sekarang sampai jejak 50k – 100k-150k sebulan. Kalaulah bakatku dihargai dulu sampai dapat sebegitu. Bestnya.”



Pun begitu, Linda tidak menolak kemungkinan tersebut memandangkan perubahan zaman dan kehendak pendengar masa kini berbanding ketika era kegemilangannya suatu ketika dulu.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/reunion-25-tahun-era-terpegun-tengok-wajah-cantik-linda-onn-usia-45/
“Maybe penyampai zaman sekarang kualitinya berbeza, approachnya berbeza, kehendak pendengar berbeza, kehendak station pun berbeza berbanding dengan zaman Linda dulu. Tambahan pula orang yang dah ada nama dipanggil jadi penyampai radio. Lagilah berharga.
Dulu nak dapat naik gaji pun kena lalui appraisal, tengok KPI, tengok performance sebagai penyampai dan tengok komitmen kita untuk on ground event bagi station tu. Bukan senang eh.
Yelah, back to zaman dulu lain. Maybe juga zaman dulu ada yang dapat 40k – 100k. Tapi nope, Linda tak dapat. Kita terima jelah. Mungkin standard Linda tak sampai tahap tu.”



Bagaimana pun, pengusaha restoran My Mom’s Chicken Rice ini menzahirkan rasa syukur dan gembira jika ada di antara rakan sejawatannya menerima bayaran lumayan seperti yang diuar-uarkan.
“Happy juga dengar gaji penyampai dah ratus ribu sekarang. Wow, masyaAllah banyaknya!! Kadang terfikir kenapa dulu Linda tak dapat gitu eh? Haa, itu maknanya sudah tertulis rezekiku sebegitu saja. Kepada penyampai sekarang yang dapat gaji sebulan 50k – 100k -150k, tahniah!”
Berpengalaman lebih 20 tahun sebagai DJ, Linda pernah berkhidmat di stesen radio Kool FM, Era FM, Sinar FM dan Suria FM.



Berkongsi minatnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Linda menerusi media sosial mendedahkan dia mula berjinak-jinak mendalami pembuatan minyak wangi.
Siapa sangka bermula dengan hobi dan niat mengisi masa terluang waktu PKP telah membuka peluang kepada usahawan berusia 45 tahun ini untuk menceburi bisnes minyak wangi berasaskan kayu gaharu atau lebih dikenali sebagai Oud.
Linda mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Johor iaitu Ungku Azhar Ungku Maznan pada 27 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ungku Zara.
Kerana Covid-19, RONALDO Sanggup Sewa Rumah Lebih RM18 Ribu Seminggu!

Ternganga bila dapat tahu amalan gaya hidup mewah bintang bola sepak ternama ini ketika pandemik Covid-19 melanda ke serata pelusuk dunia. Mana tidaknya, disebabkan
mahu lebih privasi dan ruang yang luas, Cristiano Ronaldo meninggalkan rumah agamnya untuk berpindah sementara ke sebuah rumah sewa berhampiran perkampungan nelayan
yang sunyi.
The Sun UK melaporkan kediaman sewa tersebut berharga 3,500 Pound atau kira-kira RM18,854 seminggu! Itu baru seminggu, kalau sebulan… cecah lebih RM75 ribu. Bintang kelab terkemuka Juventus itu dikhabarkan memilih rumah berkenaan kerana ia memiliki halaman yang luas untuk dia menghabiskan masa bersama tunangnya, Georgina Rodriguez dan empat anak mereka yang masih kecil.
Menerusi laporan Akhbar Portugal iaitu Correio da Manha pula, Ronaldo berpindah ke rumah sewa lima bilik berdekatan perkampungan nelayan di Canical yang terletak di timur Madeira. Difahamkan rumah yang didiami mereka ini dilengkapi dengan bilik permainan, gimnasium, kolam renang dan taman bagi membolehkan anak mereka, Ronaldo Jr, Eva, Mateo dan Alana Martina bermain.
View this post on InstagramMy beautiful training partner!🏃🏻♀️💪🏽 #stayactive #stayhome
A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on
Sumber itu turut berkata, “Ronaldo memerlukan ruang dan rasa terkurung di dalam apartment. Tempat barunya ini mempunyai taman yang luas dan lebih privasi. Ronaldo juga sudah biasa menjalani kehidupan yang sunyi.”
Sebelum berpindah ke rumah sewa di timur Madeira tersebut, Ronaldo mendiami kompleks apartment tujuh tingkat yang menghadap pemandangan Lautan Atlantik di Madeira yang dianggarkan bernilai 7 juta Pound atau RM35.7 Juta. Ia juga menjadi tempat Ronaldo sekeluarga menjalani tempoh kuarantin dalam mencegah wabak coronavirus. Pemain bola sepak berusia 35 tahun ini telah diminta menjalani kuarantin diri selepas rakan sepasukannya dari kelab Juventus disahkan positif Covid-19.