MashaAllah, luar biasa bisnes Wan Nur Syuhada Wan Norzie sepanjang Ramadan! Baru saja melancarkan koleksi kosmetik edisi raya, pelanggan setia SoBella sudah tak keruan mendapatkan produk berkenaan. Pendek kata, apa saja koleksi baharu yang dikeluarkan SoBella pasti laris di pasaran!
Ketika ditemu bual Nona sekitar tahun 2021, Wan Nur Syuhada atau mesra disapa Syu memberitahu waktu itu dia mempunyai 8,000 squad SoBella dibawahnya dan menjana pendapatan sendiri hingga ada yang sudah bergelar jutawan. Nona percaya angka squad SoBella kini mencecah puluhan ribu orang.
Pelbagai kejayaan berjaya dilakar saban tahun dan selesai mengadakan SoBella Magical Fairy Night, Syu menerusi media sosialnya baru-baru ini berkongsi sambutan hangat peminat SoBella terhadap edisi raya tahun ini. Berkotak-kotak stok tiba di kedai Syu dan paling mengagumkan kesemuanya sudah pun ada pembeli!
“Setiap kali Ramadan, kami macam nilah. Dia datang sebak, penat, stress semua serentak. Start je Raya Edition release, demand 5-6 kali ganda naik dari biasa. Orang dah tau dah. Nak raya, koleksi raya SoBella lah paling ditunggu-tunggu.
Terima kasih ye semua sebab still percayakan SoBella. Tanpa support dari customers and team, mana mungkin SoBella masih lagi menjadi brand pilihan dan kemestian di setiap pagi raya kalian. Dan semestinya semua dengan izin Allah.”
Ujarnya lagi, “Syu orangnya tak pernah ada istilah give up dalam hidup. Through up and down SoBella, walau apa pun orang nak kata pada SoBella, walau team silih berganti, walau penat nak melayan kerenah team kadang-kadang, walau pening kepala nak adapt dengan marketing semasa.
Tapi tetaplah berdiri seketul Syuhada dengan steady sebab bagi Syu, tanggungjawab I pada keluarga dan masyarakat lagi besar kalau nak dibandingkan dengan segala masalah yang ada. So for that, I tak pernah ada istilah quit dalam hidup ni.
Stok sampai ke siling, semua dah milik orang. Pening sebab batch 2 banyak lagi pending tak settle tapi kita usaha ya. Alhamdulillah.”
Bukan sekadar permintaan melonjak tinggi, Syu juga kreatif mempelbagaikan pemasaran produk dan menariknya Februari lepas usahawan kelahiran Kelantan ini berjaya mengeluarkan vending machine SoBella untuk koleksi Liptint Dalam Tin. Tahniah!
“Mula-mula Syu nak buat packaging liptint kali ni dalam tin untuk ambil inspirasi air buah dalam tin since kita punya flavours adalah perisa buah-buahan. Watermelon, Papaya and Rambutan.
Then, kalau packaging pun dalam tin so mestilah kena ada mesin gedegang dia kan? Barulah feel air tin tu.
View this post on Instagram
InshaAllah SoBella tak pernah buat something biasa-biasa. Kita memang akan all out for every edition supaya SoBella Lovers rasa special everytime dorang terima parcels from SoBella or SoBella Squad.”
Moga kejayaan Wan Nur Syuhada menjadi inspirasi kepada golongan wanita untuk berjaya kelak. Syu yang juga penerima Nona Top Beauty Entrepreneur ini seorang wanita yang berjiwa besar, kreatif dan berani mencuba pelbagai perkara baru demi memastikan perniagaannya memenuhi cita rasa semua lapisan umur.