Stres Dengan Masalah Gigi Kuning? Cuba Cara SELAMAT & NATURAL Ini Agar Senyuman Putih Berseri Bak Fazura

Senyuman menawan adalah senyuman yang diberi penuh keikhlasan. Namun, terdapat faktor penyumbang yang menjadikan senyuman itu sesuatu yang cukup bernilai iaitu keputihan gigi.

Sebagai wanita, kebersihan gigi perlu menjadi keutamaan. Mungkin para lelaki juga perlu menitikberatkan soal kebersihan gigi kerana saat komunikasi pasti menjadi lebih selesa dan menyenangkan.

Penyebab Gigi Kuning

  • Malas menggosok gigi atau cara menggosok gigi yang salah.
  • Tabiat minum kopi dan teh menyebabkan gigi menjadi kuning.
  • Bagi si perokok, efek nikotin membuat gigi menjadi kuning.
  • Pemakaian ubat titis mata secara berlebihan.
  • Sering mengambil minuman suplemen atau minuman penambah energi.
  • Memakai ubat pemutih gigi yang tidak sesuai.

Bagaimana cara memutihkan gigi secara semua jadi, cepat dan mudah?

Menggosok gigi dengan ubat gigi saja tidak memadai. Sebenarnya anda perlu mengelakkan tabiat buruk yang boleh menyebabkan gigi menjadi kuning. Selain itu lakukan beberapa cara tradisional atau natural ini untuk memutihkan gigi.

(a) Kayu sugi

Rawat gigi dengan kayu sugi. Kayu sugi adalah sejenis dahan atau akar pokok yang digunakan untuk membersihkan gigi, gusi dan mulut. Cara ini sudah lama digunakan oleh umat Islam terdahulu serta menjadi sunat yang dilakukan baginda Rasulullah SAW.

(b) Arang

Walaupun kedengaran agak pelik kerana arang berwarna hitam tetapi cara ini amat berkesan utnuk menghilangkan warna kuning pada gigi. Tetapi anda juga harus berhati-hati memakai arang kayu kerana jika digunakan secara berlebihan boleh merosakkan gigi dan menyebabkan gigi berasa sakit.

(c) Kulit limau

Siapa sangka, kulit limau yang dibuang boleh berfungsi sebagai pembersih gigi. Gunakan bahagian dalam kulit limau yang berwarna putih untuk menggosok gigi yang kuning. Lakukan secara teratur setiap hari dan gigi boleh kelihatan putih secara semula jadi. Hati-hati buat anda yang bergigi sensitif kerana kandungan vitamin C yang terkandung di dalamnya boleh memudaratkan gigi anda.

(d) Strawberi

Selain enak dimakan, strawberi juga berkhasiat untuk memutihkan gigi secara alami. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti strawberi, epal dan saderi bermanfaat untuk memutihkan gigi. Anda tidak perlu membuat ramuan khusus, hanya makan buah-buahan ini selain untuk menjaga kesihatan.

(e) Daun salam/bay leaves

Sediakan daun salam dan kulit limau kemudian jemur sehingga kering. Tumbuk sehingga halus dan tambahkan air. Adun sebati sehingga menjadi pes. Gunakan ubat gigi ini untuk menggosok gigi setiap hari atau berselang hari.

(f) Lemon dan garam

Buat ubat gigi sendiri dari bahan semula jadi iaitu dari jus yang ditambah sedikit garam. Ubat gigi begini boleh membantu memutihkan gigi anda tetapi anda ditegah menggunakannya setiap hari kerana garam boleh menyebabkan lapisan gigi anda rosak.

(g) Soda bikarbonat

Soda bikarbonat mampu menghilangkan noda-noda yang ada pada gigi namun jika ia sering digunakan, ia boleh merosakkan lapisan gigi. Gunakan sebulan sekali. Caranya mudah, hanya sapukan soda bikarbonat ke seluruh permukaan gigi dan biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian, gosok gigi menggunakan ubat gigi biasa.

(h) Berhenti merokok

Semua rokok menyimpan tar dan campuran tembakau yang menjadikan gigi anda kuning. Apabila berhenti merokok, anda bukan sahaja boleh memelihara kebersihan gigi malah boleh menjamin kesihatan.

(i) Biji buah pinang

Biji buah pinang bermanfaat untuk merawat gigi. Caranya, bakar biji buah pinang sehingga hangus. Gosok biji buah pinang pada gigi dengan menggunakan sabut pinang dua minggu sekali. Biji pinang juga boleh menguatkan gigi.

(j) Pengambilan susu

Beberapa produk susu yang berada di pasaran seperti keju dan yogurt mengandungi kalsium tinggi dan sangat baik untuk membantu memutihkan dan menguatkan gigi. Banyakkan makan makanan yang mengandungi kalsium tinggi. KR

Share
Published by
Norzalina