Memiliki suami yang penyayang dan bertanggungjawab, cahayamata yang sihat dan sempurna, keluarga yang baik, kesenangan hidup serta maju dalam perniagaan antara kurniaan rezeki yang dinikmati oleh usahawan muda berjiwa besar berusia 27 tahun ini.

Ads

“Suami Banyak Berkorban Masa & Tenaga, Termasuklah Berhenti Kerja Untuk Sama-Sama Uruskan Perniagaan” EMIRA KHANPuteri Emira atau mesra disapa sebagai Emira merupakan pemilik jenama modest fashion terkenal, Losravelda. Wajar dijadikan inspirasi khususnya buat golongan muda, Emira berjaya meletakkan Losravelda sebaris dengan jenama-jenama terkenal di Malaysia.

“Suami Banyak Berkorban Masa & Tenaga, Termasuklah Berhenti Kerja Untuk Sama-Sama Uruskan Perniagaan” EMIRA KHANJIWA BERNIAGA
Walaupun Emira memiliki kelulusan dalam bidang komunikasi namun minat yang terlalu mendalam terhadap perniagaan mengatasi segalanya. Emira juga bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan suami, Ajwad Khan.

“Suami banyak berkorban masa dan tenaga. Suami juga sanggup berhenti kerja untuk bersama-sama saya menguruskan perniagaan. Saya suka berniaga kerana ia memberi kepuasan kepada saya dan suami.

“Suami Banyak Berkorban Masa & Tenaga, Termasuklah Berhenti Kerja Untuk Sama-Sama Uruskan Perniagaan” EMIRA KHAN
“Suami Banyak Berkorban Masa & Tenaga, Termasuklah Berhenti Kerja Untuk Sama-Sama Uruskan Perniagaan” EMIRA KHANLebih-lebih lagi hasil titik peluh sendiri tanpa bergantung kepada keluarga atau bekerja di bawah orang lain. Detik jatuh bangun kami jadikan sebagai pembakar semangat untuk terus lakukan yang terbaik dalam perniagaan.

Alhamdulillah setakat ini sambutan yang kami terima sangat bagus, permintaan juga sentiasa meningkat. Allah SWT mengurniakan rezeki buat kami dalam masa yang cukup pantas.

“Suami Banyak Berkorban Masa & Tenaga, Termasuklah Berhenti Kerja Untuk Sama-Sama Uruskan Perniagaan” EMIRA KHANSaya juga menjadikan bapa mertua, Nasir Khan sebagai mentor. Beliau memang seorang business minded. Setiap kali rasa tertekan atau down dalam perniagaan saya akan dapatkan nasihat daripada beliau.”

KESAN PANDEMIK COVID-19
Emira mengakui turut terkesan dengan situasi pandemik ketika ini. Ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu, sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap perniagaan Emira.

Ads

Pun begitu, Emira kekal positif dan berdoa agar segala kesulitan beransur pergi. Berbekalkan pengalaman pernah merasai jatuh dan bangun dalam perniagaan menjadikan Emira seorang yang sentiasa bersedia dan terus berjuang.

“Suami Banyak Berkorban Masa & Tenaga, Termasuklah Berhenti Kerja Untuk Sama-Sama Uruskan Perniagaan” EMIRA KHAN“Saya terlibat dalam industri fesyen. Kesannya memang sangat dirasai terutama dari segi permintaan. Ketika itu orang lebih mengutamakan keperluan asas. Satu ujian yang sangat berat namun saya percaya ada hikmah di sebalik ujian ini. Sebagai usahawan, masa itu emas. Setiap masa sangat berharga. Justeru, saya didik pelanggan untuk create demand.

Saya turut memperkukuhkan platform digital kerana ia adalah kunci kekuatan. Saya merancang untuk menjangkau pasaran ke tahap maksimum. Saya percaya kita tidak boleh memberi tumpuan hanya pada satu perkara saja.

Ads

“Suami Banyak Berkorban Masa & Tenaga, Termasuklah Berhenti Kerja Untuk Sama-Sama Uruskan Perniagaan” EMIRA KHANPerlu mencuba cabang-cabang perniagaan lain bagi menjana aliran pendapatan berganda. Wang yang datang dari pelbagai sumber memberi manfaat kepada usahawan kecil seperti saya agar aliran wang tidak terhenti.

NASIHAT BUAT GOLONGAN MUDA
Nasihat saya buat golongan muda yang mahu berjaya dalam bidang bisnes, usah terlalu terburu-buru. Kumpul duit dulu dan cari mentor atau penasihat yang dapat membantu kita ke arah yang betul. Dunia bisnes tak selalunya indah, banyak liku dan cabaran yang perlu ditempuh.

“Suami Banyak Berkorban Masa & Tenaga, Termasuklah Berhenti Kerja Untuk Sama-Sama Uruskan Perniagaan” EMIRA KHANDalam bisnes juga perlu ada sokongan kuat sebab kita akan selalu kena ‘pukul’. Yang memukulnya ramai tapi kita kena bangun sendiri. Kena sentiasa kuat dan jangan mudah putus asa.”

Kredit Foto: Instagram Emira Khan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI