Memiliki suami yang penyayang dan bertanggungjawab, cahayamata yang sihat dan sempurna, keluarga yang baik, kesenangan hidup serta maju dalam perniagaan antara kurniaan rezeki yang dinikmati oleh usahawan muda berjiwa besar berusia 27 tahun ini.
Walaupun Emira memiliki kelulusan dalam bidang komunikasi namun minat yang terlalu mendalam terhadap perniagaan mengatasi segalanya. Emira juga bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan suami, Ajwad Khan.
“Suami banyak berkorban masa dan tenaga. Suami juga sanggup berhenti kerja untuk bersama-sama saya menguruskan perniagaan. Saya suka berniaga kerana ia memberi kepuasan kepada saya dan suami.
Alhamdulillah setakat ini sambutan yang kami terima sangat bagus, permintaan juga sentiasa meningkat. Allah SWT mengurniakan rezeki buat kami dalam masa yang cukup pantas.
KESAN PANDEMIK COVID-19
Emira mengakui turut terkesan dengan situasi pandemik ketika ini. Ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu, sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap perniagaan Emira.
Pun begitu, Emira kekal positif dan berdoa agar segala kesulitan beransur pergi. Berbekalkan pengalaman pernah merasai jatuh dan bangun dalam perniagaan menjadikan Emira seorang yang sentiasa bersedia dan terus berjuang.
Saya turut memperkukuhkan platform digital kerana ia adalah kunci kekuatan. Saya merancang untuk menjangkau pasaran ke tahap maksimum. Saya percaya kita tidak boleh memberi tumpuan hanya pada satu perkara saja.
NASIHAT BUAT GOLONGAN MUDA
Nasihat saya buat golongan muda yang mahu berjaya dalam bidang bisnes, usah terlalu terburu-buru. Kumpul duit dulu dan cari mentor atau penasihat yang dapat membantu kita ke arah yang betul. Dunia bisnes tak selalunya indah, banyak liku dan cabaran yang perlu ditempuh.
Kredit Foto: Instagram Emira Khan
This website uses cookies.