Suami Isteri Kena Tiru 25 Tip BAHAGIA Ini Agar Rumah Tangga Kekal Harmoni!

Apa itu bahagia? Kalau diajukan soalan ini kepada sesiapa sahaja pasti bermacam-macam jawapan dapat di dengar. Namun yang pasti, setiap orang menginginkan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. Meraih kebahagiaan menjadi impian setiap pasangan. Kebahagiaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha.

Pilihan di tangan anda sendiri sama ada untuk merasa bahagia atau sebaliknya. 25 tip berikut boleh dijadikan panduan buat anda dan pasangan untuk hidup bahagia:

  1. Tunjukkanlah sokongan emosi kepada pasangan anda.
  2. Khabarkan dan nikmatilah kisah-kisah kejayaan bersama.
  3. Selalu setia kepada pasangan anda.
  4. Ciptakan satu suasana yang harmoni dan tenang di kediaman anda berdua.
  5. Sentiasa menghormati dan menjaga hak privasi pasangan.
  6. Sentiasa memanggil pasangan dengan nama sebenarnya.
  7. Jadikan pasangan sebagai orang kepercayaan anda. Jangan mudah menceritakan rahsianya kepada orang lain.
  8. Memberikan kad ucapan, hadiah atau sekadar ucapan sebagai tanda ingatan di hari ulang tahun perkahwinan anda berdua.
  9. Sentiasalah berada di sisi pasangan tika susah mahupun senang.
  10. Berbicaralah dari hati ke hati dengan pasangan tentang perasaan masing-masing. Selesaikan masalah bersama-sama secara berhemah.
  11. Maklumkan kepada pasangan tentang jadual kerja mahupun perjalanan anda.
  12. Menerima rakan-rakan pasangan dengan baik.
  13. Jangan mencela pasangan di khalayak ramai.
  14. Mintalah nasihat mahupun pandangan daripada pasangan anda.
  15. Banyakkan berbicara soal agama, politik, seks dan kematian bersama pasangan.
  16. Tataplah mata pasangan saat anda berbicara dengannya.
  17. Sentiasa berbincang soal kewangan bersama pasangan.
  18. Sentiasa memberikan sentuhan kepada pasangan.
  19. Sentiasalah bergurau senda dan saling menggoda pasangan bagi menyemarakkan perasaan cinta dan kasih.
  20. Mintalah pertolongan daripada pasangan jika anda memerlukan.
  21. Tunjukkan kepada pasangan jika anda sedang bersedih, risau atau kecewa.
  22. Sentiasa bersedia memberi pertolongan mahupun pujian kepada pasangan.
  23. Usahlah diungkit kisah lalu apatah lagi yang negatif. Apa pun, segala yang sudah terjadi telah selesai!
  24. Buang rasa cemburu yang tidak bertempat. Cemburu ibarat racun yang boleh membunuh hubungan anda berdua secara senyap. Mencintai adalah memiliki rasa percaya terhadap pasangan.
  25. Jaga komitmen antara satu sama lain. Menjaga kepercayaan dan saling menghormati adalah bentuk komitmen dari sebuah hubungan yang sihat. Usah berjanji jika anda tidak mampu memenuhinya. Ia akan mengurangkan rasa hormat pasangan terhadap anda.
Share
Published by
KR