Terinspirasi dengan semangat Muabellaz dan suami tercinta dalam berniaga. Selagi ada kudrat dan sambutan daripada pelanggan, selagi itu mereka berusaha untuk jana pendapatan. Tak hairanlah rezeki pasangan suami isteri ini sentiasa mengalir laju.
Asalkan halal, Muabellaz dan Anuar Ahmad tak segan berniaga. Dari produk kosmetik dan kini menceburi bidang makanan, dah macam-macam jenis produk mereka jual. Laris pula tu!
Ads
Baru beberapa bulan lepas pasangan ini menjual Karipap Cinta Bellaz dan Cucur Badak. Terbaharu, mereka buat menu pencuci mulut Baby Tapak Kuda Debab Muabellaz.
Masih ingat lagi penangan luar biasa peminat dan pelanggan setia usahawan Kedah ini yang sanggup berbaris panjang di Penang Starvendors Foodstival Auto-City Juru November lepas.
Berkongsi aktiviti jualan di media sosial, jelas Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini, “Siap dah 200biji Baby Tapak Kuda Debab Muabellaz. Cerita dia Bellaz nak jual dekat beg kuning TikTok malam ni tapi Bellaz ingat nak jual dekat page Bellaz dulu.
Fresh baru keluaq dari oven. InsyaAllah puas hati gebu lembut ya amat lemak semua ada. Nak habaq juga dekat Penang nanti insyaAllah Bellaz all out sediakan stok lagi. Weh sticker tak tau tak dan siap lagi. Berat tak masuk kotak 180 gram. Harga RM18 1 debab tu.”
Selorohnya lagi mengenai produk makanan baharu tersebut, “Dia tak kecil, tak panjang tapi debab macam Wara (anak bongsu).”
Kagum betul tengok suami Bellaz siapkan dessert untuk jualan sampai pukul 2 pagi. Lebih bermakna, mereka sibuk menyiapkan juadah tersebut ketika ulang tahun perkahwinan ke-11 pada 25 Disember lepas.
“Syukur alhamdulilah. Tiap-tiap tahun karang ayat untuk dia. Tapi tahun ni tak tahu karang ayat apa dah apa-apa pun syukur alhamdulillah.
Tapi saya sebagai seorang isteri sentiasa mendoakan cinta kita sampai ke akhir hayat. Tipulah kalau tak ada dugaan di alam rumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan suami isteri. Love you, Mat Nuart.”
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.
Moga apa saja bisnes yang diusahakan Bellaz berkembang maju dan menjadi inspirasi kepada golongan wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peritnya menanggung rindu pada yang tersayang yang telah pergi buat selamanya. Itulah gambaran tepat yang dapat disimpulkan buat Salamiah Hassan yang menyatakan kerinduannya selepas 10 hari suaminya meninggal dunia. ‘Saya rindukan kamu’. Berikut merupakan ungkapan yang ditulis penyanyi veteran itu di Instagram Story nya semalam yang amat merindui suaminya, Allahyarham Gerry Hughes yang meninggal dunia di Tasmania, Australia pada 4 November lalu.
Menerusi hantaran tersebut, kelihatan Salamiah agak sugul duduk di sebelah pusara alamiah akhirnya memuat naik gambar ketika dia melawat pusara Gerry dengan ditemani anaknya, Atilia Haron.
Baru dua bulan mereka bergelar suami isteri sejak 1 September lalu selepas 15 tahun saling mengenali, Gerry pergi menghadap Ilahi akibat kanser kolon. Menjengah ke ruangan Instagram Atilia pula, dia yang baru dua hari berada di Australia telah datang ke negara tersebut untuk menemani ibunya termasuklah bertemu dengan anak-beradik tirinya di sana. Atilia juga turut memuatnaik gambar ibunya di pusara ayah tirinya dengan kespsyen “The Love Of Her Life”
Salamiah yang bergelar penyanyi sejak 1971 dengan menyertai program Bakat TV terbitan RTM, hidup sendirian sejak 35 tahun lalu selepas berpisah dengan Allahyarham suaminya, Raja Haron Raja Aziz pada 1986, dan dikurniakan dua anak iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah. Raja Haron meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wabak Covid-19 sememangnya memberi impak yang mendalam buat seluruh dunia. Malah ramai selebriti yang cukup prihatin dengan penularan wabak ini sekaligus menyalurkan sumbangan kepada pihak yang memerlukan.
Aktor terkenal Hollywood James McAvoy juga tirut tidak terlepas memberi derma wang sejumlah £275,000 (kira-kira RM1.48 juta) kepada Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan (NHS) dalam usaha membantu usaha membendung pandemik koronavirus.
Bintang filem X-Men itu menyumbang kepada kempen pendanaan awam (crowdfunding) yang dicetuskan oleh kumpulan doktor untuk digunakan bagi membeli sut perlindungan peribadi (PPE) buat petugas perubatan.
Kempen itu telah pun meraih sebanyak £440,000 melepasi sasaran awal £200,000 yang kini telah dinaikkan kepada £500,000.
McAvoy sebelum itu turut membantu menguar-uarkan kempen tersebut dalam beberapa video Instagram miliknya. Mulia betul hati actor kacak ini. Semoga bantuan beliau dapat meringankan beban pihak yang terlibat dan sekaligus mengurangkan wabak berbahaya ini yang sedang melanda seluruh dunia, insyaallah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali datang bulan pasti mengundang berbagai rasa kurang selesa pada sesetengah wanita. Selain senggugut satu lagi ketidakselesaan yang sering mengganggu ialah masalah perut kembung. Kira-kira 85% wanita mengalami perut kembung semasa haid.
Walaupun keadaan ini normal tetapi penting untuk anda mengetahui puncanya serta mencari cara bagaimana untuk mengatasi. Salah satu puncanya ialah pengaruh estrogen di mana kadarnya sering turun naik sehingga menyebabkan berlebihan air dalam badan seterusnya perut menjadi kembung.
Punca seterusnya ialah gangguan pencernaan yang boleh menjejaskan nafsu makan sepanjang haid. Kajian menunjukkan peningkatan dan penurunan kadar estrogen mempengaruhi sistem pencernaan sehingga menyebabkan sembelit dan perut kembung.
Lakukan 4 cara berikut untuk mengatasi masalah perut kembung semasa haid.
ELAK MAKANAN BERLEMAK
Sepanjang kedatangan haid sebaiknya elakkan mengambil makanan berlemak kerana ia sukar dicerna. Sebaiknya gunakan sedikit minyak sahaja ketika memasak bagi mengelakkan pengambilan lemak yang tidak perlu.
KURANGKAN GARAM & GULA
Jika boleh elakkan makanan bergaram kerana ia cenderung menyerap kelembapan dan air. Badan akan lebih mudah menyimpan air menyebabkan perut terasa kembung. Jauhi juga makanan bergula bagi mengelakkan berat berlebihan.
MAKAN BANYAK SAYURAN & BUAH
Sayuran berserat seperti bayam serta buah-buahan segar seperti pisang, tomato, anggur, limau dan avokado sangat bagus untuk mengurangkan gejala kembung perut ketika haid.
SENAMAN RINGAN
Membantu mengurangkan rasa perut kembung dan gas berlebihan. Secara tidak langsung anda akan merasa lebih baik. Cubalah naik turun tangga beberapa kali bagi mengurangkan masalah perut kembung semasa haid.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...