Usahawan kewangan, Dr Siti Zainab Mohd Zain yang mesra digelar Bochi ini amat bertuah kerana dikurniakan seorang suami penyayang, matang dan bertanggungjawab biarpun jarak usia mereka 19 tahun.
Usahawan berusia 47 ini bertemu jodoh kali kedua dengan seorang kontraktor, Muhammad Majidee Rajhan berusia 28 tahun.
PERTEMUAN PERTAMA
“Saya mengenali suami pada March 2018. Ketika itu suami datang ke kelas saya untuk belajar bagaimana untuk menguruskan kewangan.
Tak sangka pula dalam dia datang training
tu tiba-tiba suatu hari dia ajak saya solat sama-sama, dia pula menjadi imam. Saya terkedu sebab sebelum ini tiada seorang pun yang ‘berani’ datang ketuk pintu bilik pejabat saya untuk ajak solat sama-sama. Bermula saat itulah saya rasa dia istimewa.Dalam masa 4 bulan perkenalan suami sudah melamar. Memang sangat cepat dan berani. Tapi sebab jarak umur kami yang jauh, saya minta dia beri masa untuk kami saling mengenali hati budi masing-masing.
DIDUGA KANSER
Allah sebaik-baik Perancang. Bulan Oktober 2018 saya didiagnos kanser payudara tahap awal (early stage). Waktu itu memang sukar untuk membuat keputusan tentang perhubungan kami. Saya ada memintanya agar tak meneruskan perhubungan sebab saya tidak mahu susahkannya.
Saya tahu saya akan menerima pelbagai prosedur rawatan. Tetapi suami sangat penyayang, dia tetap berkeras untuk terus berada di sisi. Begitulah perancangan Allah, bersama dugaan yang Dia beri. Satu hikmah yang sangat besar. Saya percaya kepada qada’ dan qadar. Akhirnya saya terima lamaran suami.
Terdetik di hati, bila Allah duga dengan perpisahan dahulu kemudian ‘dijodohkan’ dengan lelaki lebih muda, Allah nak saya merasai perjalanan usia dengan minda dan semangat muda. Sangat dahsyat ketentuanNya!
Saya juga bersyukur kerana keluarga dan anak-anak sangat sayangkan suami. Mereka mulanya terkejut juga kerana beza usia kami. Tapi suami bersungguh-sungguh ambil hati anak-anak sebagai kawan. Akhirnya mereka dapat menerima suami dan melihat kesungguhannya menjaga saya ketika sakit.
SUAMI SENTIASA DI SISI
Kami diijab kabul pada April 2019 iaitu setelah saya selesai menjalani rawatan kimoterapi yang ke-6 dan sebelum pembedahan. Sepanjang kimoterapi memang saya lemah. Saya banyak berehat di rumah. Kadang-kadang alahan seperti muntah yang agak teruk.
Suami seorang yang sangat caring. Sebelum berkahwin, suami sanggup mencari rumah yang berdekatan dengan rumah saya yang jaraknya dalam beberapa minit saja agar dapat menjenguk saya pada waktu pagi sebelum dia pergi kerja. Dan memastikan saya sudah makan dan saya OK.
Dia juga pernah tak tidur 3 hari ketika pergi tengok site di Pantai Timur, Kedah kemudian balik semula ke Kuala Lumpur. Sampai Kuala Lumpur dia sempat jenguk saya dulu.
Dia jugalah yang sering menghantar saya untuk ke setiap rawatan termasuk menunggu dan berurusan dengan doktor serta pihak hospital. Suami banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat agar saya terus berjuang dan kembali sihat.
Antara kata-kata semangat dari suami ialah “Kita cari ubat, kita ikut cakap doktor”. Suami turut membawa saya bertemu sahabat baik saya, Dr. Nor Aniza yang juga seorang pejuang kanser bagi bertanyakan pendapat dan nasihat. Doktor saya pernah kata, kalau dia stay
sampai selesai treatment memang jodoh.”Berkat semangat yang tinggi kini Dr Siti Zainab mampu tersenyum apabila disahkan sembuh sepenuhnya daripada kanser payudara.
PESANAN BUAT WANITA
“Kena work life balance. Curahkan masa dan kasih sayang di rumah. Itu paling utama. Perlu bijak mengurus diri termasuk menyayangi diri dan keluarga. Bila Allah duga, Allah nak naikkan martabat kita dengan cara mencari ilmu untuk menangani dugaan. Kemudia ajar dan didik orang lain pula untuk kongsi manfaat.”
Semoga Dr Siti Zainab dan suami kekal bahagia sampai ke syurga. Dr Siti Zainab merupakan pengasas Elite Group of Consultants dan Elite Wealth Advisors. Beliau juga salah seorang finalis Anugerah Wanita Cemerlang Nona.
Kredit Foto: Instagram Dr Siti Zainab
This website uses cookies.