Tindakan Wan Emir Astar kongsi foto Mira Filzah masa kecil sempena birthday pelakon cantik itu baru-baru ini nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata mereka mengakui wajah anak mereka iaitu Wan Khair Amir seiras ibunda tersayang!
Kalau amati betul-betul foto Mira Filzah masa kecil, memang Wan Khair miripnya. Comel sangat!
2 April lalu merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-31 buat bintang Pujaan Hati Kanda ini. Seiring pertambahan usia, jelas terserlah kematangan Mira Filzah. Apatah lagi selepas bergelar isteri dan ibu.
Berkongsi sambutan hari lahir di samping keluarga di media sosial, kelihatan pengasas jenama hijab Mira Filzah tersebut anggun dalam persalinan peach. Sementara suami dan anak tersayang pula segak berkemeja putih sedondon.
Menerusi perkongsian Wan Emir, anak sulung kepada Datuk Mastura Yazid ini tidak ketinggalan menitipkan ucapan hari lahir buat isteri tercinta.
“My love Nur Amirah Filzah, kekasihku dunia dan akhirat, syukur alhamdulillah; another year another birthday of you. Wiser and even more graceful than ever before; and I say this because I am a witness to the amazing mother and loving wife that you are. Truly Ya Rabb, I am grateful to have her as my companion in life.
Setiap tahun, lebih-lebih lagi pada hari kelahiranmu, harus dititipkan rasa penghargaan yang tak ternilai buat Mak dan Abah kerana membawa Angah ke muka bumi ini, dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Terima kasih Mak Abah, kami sayang Mak Abah.
Kepada Allah SWT ku pohon, agar diriMu sentiasa berada dalam perlindungan, rahmat, dan keredhaanNya.
Saya juga memohon kebaikan sahabat semua agar mendoakan Mira — moga panjang umur, kesihatan berpanjangan, selamat dan berjaya di dunia dan akhirat bersama keluarga, aamin YRA. Selamat Ulangtahun Kelahiran Kekasihku Mira Filzah.”
Selebriti jelita ini mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.
This website uses cookies.