Apakah definisi suami yang mithali? Suami yang sempurna, imam untuk isterinya atau pasangan yang melengkapi kekurangan anda? Semua itu betul.
Tapi karakter seorang suami dan bapa terbaik boleh dilihat sewaktu isterinya berpantang. Tugas mereka bukan setakat memeluk dan mencium si kecil, tapi mengambil alih tugas seorang ‘ibu’ bagi membolehkan isteri beristirahat dengan tenang.
Wanita selepas bersalin memerlukan tempoh pemulihan yang panjang sebelum boleh bergerak cergas seperti biasa. Meskipun sering mendakwa sudah sihat untuk menjaga anak, tapi tergamakkah anda membiarkan isteri yang baru ‘mengorbankan’ rahim dan lapisan demi lapisan kulitnya, untuk keseorangan menguruskan segala-galanya? Dia bukan superwoman!
Ya, menjaga bayi kecil itu bukan tanggungjawab isteri anda seorang. Ini perkara remeh yang jarang lelaki ambil tahu tapi sebenarnya beban yang mesti digalas bersama. Ingat, ia bukan one-woman task jadi sediakan sistem sokongan terbaik buat permaisuri hati anda.
Bersempena World Breastfeeding Week 2017 bermula 1 – 7 Ogos ini, para suami mesti semak pesanan Philips AVENT ini sebagai sokongan untuk isteri tersayang.
(a) Jaga bayi anda selepas selesai penyusuan
Ambil daripada tangan isteri anda dan cuba tidurkan anak yang sudah kekenyangan, memandikan atau menukarkan lampin baru. Anda boleh dapatkan bantuan pengasuh atau ibu untuk membantu menjaga si kecil.
(b) Pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih seperti yang disukai oleh isteri anda
Jangan biarkan dia stres sekaligus mengganggu fikirannya untuk beristirahat.
(c) Jangan peningkan isteri anda dengan tugas memasak
Ambil alih tugas ini atau upah seseorang untuk membuatnya. Selain itu, usah memaksa isteri memakan sesuatu yang tidak disukainya kerana itu boleh menjejaskan penghasilan susu badan.
(d) Isteri anda perlu mengamalkan diet sihat dan nutrisi secukupnya untuk kembali sihat
Penyusuan ibu saja menuntut sekitar 500 kalori sehari jadi ambil berat soal pemakanannya.
(e) Sambil isteri beristirahat, berikan dia snek berkhasiat
Berikan snek sihat dan makanan kaya zat besi seperti daging, telur kuning masak dan sayuran berdaun hijau untuk mengurangkan keletihan. Manakala vitamin C membantu tubuhnya menyerap zat besi itu, maka berikan buah-buahan sitrus, tomato dan kentang juga.
(f) Dalam tempoh berpantang, anda boleh membantu isteri membuat stok bekalan susu buat si manja
Sediakan peti sejuk khas untuk penyimpanan susu, pam susu dan aksesori yang diperlukan untuk tujuan ini. Penggunaan produk Philips AVENT antara pilihan ramai ibu bapa yang mementingkan produk penyusuan yang berkualiti sejak zaman berzaman.
(g) Cari tempat mesra penyusuan
Jika membawa isteri dan bayi kecil keluar, carilah tempat yang mesra penyusuan atau mempunyai ruang khas untuk memerah susu. Norzalina Mohd Alias
This website uses cookies.