Ramai yang mahu penyanyi bersuara emas ini menjadi juara AJL 35 walaupun hakikatnya penyanyi ini tidak bertanding pada malam tersebut. Misha Omar telah bergandingan dengan Akim & The Majistret mendendangkan lagu Potret ‘Mash Up’ Sampai Bila melalui persembahan Interlude. Kelunakan suara wanita yang berasal dari Kelantan ini sememangnya boleh menggetarkan jiwa.
Berjaya menjulang takhta sebagai pemenang Vokal Terbaik AJL 33 dan berjaya menempatkan lagu Sampai Bila di tangga ketiga, rupanya Misha Omar mempunyai kisah yang tersendiri di pentas nyanyian tersebut dua tahun yang lalu.
“Sebenarnya AJL 33 terlalu peribadi bagi saya sebab susah payah saya untuk kembali selepas apa yang saya lalui. Selepas melahirkan Idris saya mengalami masalah pada suara.
Bila dengar suara sendiri, terfikir, suara ni kenapa ya, mendap jer. Sebenarnya perubahan suara ini berlaku ketika mengandung lagi. Mungkin proses mengandung membuatkan suara saya stres. Jadi menyanyi perlu guna beberapa otot yang penting untuk menyokong vokal. Sehingga saya kena pergi sekolah vokal belajar dengan Dato’ Shafinaz Selamat.
Untuk kembali beraksi di pentas AJL 33 bukan mudah bagi saya dan penampilan terakhir saya dekat AJL secara solo pada tahun 2010. Kiranya momen menyertai AJL 33 memang sangat istimewa bagi saya.
Sebenarnya pernah suatu waktu dalam hidup saya, saya dah tak nak buat benda ni lagi. Sebab itu saya break lama sedikit. Tapi sebab lagu Sampai Bila orang suka, kita jadi macam faham dan tiba-tiba saya rasa peminat saya mahu jadikan saya seperti pahlawan.
Kadang-kadang kita buat benda bukan untuk diri sendiri. Dalam masa yang sama saya mahu menguji diri sendiri mampu atau tidak lagi untuk menggalas cabaran ini selepas kehilangan suara, dengan membesarkan anak pra matang dan 9 tahun dah berehat dari AJL secara solo,” bicara Misha Omar.
Misha Omar sangat mengagumi dan menyanjungi guru vokalnya dan pernah berkongsi perasaannya bahawa Dato’ Shafinaz Selamat. Guru vokalnya ini telah mengajar tentang ilmu vokal dan mendidik sifat sabar. Selain itu, Dato’ Shafinaz menitikberatkan adab dalam belajar tak boleh cepat berpuas hati dengan ilmu yang diperolehi. Nasihantnya, terus belajar, apabila tahu satu dua teknik, rupanya banyak lagi yang tak tahu. Mana boleh terus pandai semua dalam masa yang singkat.
This website uses cookies.