Pemerintah Arau Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud mengeluarkan arahan membenarkan solat terawih dilakukan di dua masjid suci di bandar itu iaitu Masjidil Haram di Mekah dan Masjid An Nabawi di Madinah.

Ads

Suasana Solat Terawih Berbeza di Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi Tahun Ini

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Presiden untuk Hal Ehwal Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, Sheikh Abdul Rahman  a-Sudais dalam satu kenyataan. Ia susulan arahan larangan solat terawih di dua masjid suci umat Islam dalam usaha mengekang penularan COVID-19 yang dikeluarkan.

Suasana Solat Terawih Berbeza di Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi Tahun Ini

Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz meluluskan perkara mengenai solat terawih di dua masjid suci diadakan tanpa kehadiran jemaah awam dan akan dipendekkan dari biasa. Dalam pada itu, Arab Saudi merancang untuk melonggarkan perintah berkurung di beberapa bandar pada bulan Ramadan bagi membolehkan orang ramai membeli barang keperluan dalam kejiranan mereka. Waqlau bagaimanapun, larangan kemasukan jemaah awam masih berkuatkuasa.

Suasana Solat Terawih Berbeza di Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi Tahun Ini

Menurut kenyataan itu lagi, iktikaf turut dibatalkan di kedua-dua masjid terbabit, manakala ibadat umrah pula masih digantung sehingga makluman lanjut.

Bagi umat Islam yang pernah merasakan nikmat berpuasa dan mengerjakan solat terawih di Masjid Nabawi dan masjidil Haram pasti merindui suasana mengerjakan terawih dalam suasana  yang sukar digambarkan melalui kata-kata.Suasana Solat Terawih Berbeza di Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi Tahun Ini

 

Ads

Meskipun imam solat tarawih di tanah suci membaca sebanyak satu juzuk sehari namun makmum tidak merasa lama kerana ayat-ayat al-Quran itu dibaca dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Walaupun situasi di masjid nampak sesak tetapi ada sahaja ruang yang kosong untuk umat Islam melakukan beribadah. Semoga masalah pendemik COVID-19 segera menemui noktahnya agar umat Islam dapat mengunjungi Madinah dan Mekah untuk mengerjakan umrah dan ibadat haji pada masa akan datang dalam suasana yang selesa dan bebas dari wabak penyakit. Terdahulu, Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID-19 diketahui.

Suasana Solat Terawih Berbeza di Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi Tahun Ini

Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah.

Ads

Pada awal bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah haji atau umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ke bandar-bandar suci Islam.

 

Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini. Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.

Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Untuk rekod, ibadat Haji merupakan sumber pendapatan yang besar bagi kerajaan Arab Saudi.

Sumber: BERNAMA.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI