Bertuahnya penghuni syurga ini! Walau hasrat untuk bergelar pengantin di hari perkahwinan tidak kesampaian, namun Allah ganjarkannya dengan sesuatu yang lebih besar yang mungkin tidak pernah kita terfikir dapat mengakhiri hayat di muka bumi ini dengan kesudahan yang begitu indah. Sampai terdetik di hati, apa amalan yang telah dilakukan hingga diberi ‘keistimewaan’ sebegitu?
Menceritakan kembali kisah yang sarat dengan pengajaran dan ketaatan kepada Allah di bumi Arab itu suatu masa dulu, Datuk Dr Prof Muhaya turut terpanggil mengajak kaum wanita agar lebih peka dan mengambil iktibar dengan perkongsian tersebut.
Kongsi Prof Muhaya di dalam ceramahnya, ia adalah kisah benar yang telah diceritakan kembali seorang ustaz ketika berlangsungnya majlis perkahwinan. Biarpun pengantin perempuan sudah siap disolek cantik dan rombongan pengantin lelaki sudah tiba… laungan azan yang berkumandang waktu itu membuatkan pengantin perempuan tadi sanggup melengahkan majlis hanya kerana mahu menyahut ‘panggilan’ Yang Maha Esa terlebih dulu.
Cerita Prof Muhaya, “Dia cakap, “Mak, Allah call me.” Mak dia marah sebab orang semua dah lama tunggu. Namun pengantin tadi dengan tenang beritahu, “Tak mengapalah mak, Allah is big.” Dia terus sembahyang dengan penuh nikmat hingga saat sujud, dia meninggal. MasyaAllah, Allah ambil dia jadi ‘pengantin’ di akhirat… dalam sujud, dalam keadaan paling cantik.”
Tambahnya lagi, “Tanda Allah sayang apa dia? Allah beri kelembutan, Allah beri kefahaman dalam agama, Allah beri kita suka nak belajar agama. Tidak dipilih Allah, orang yang paling malang. I just give you a guide, if you want to know where is your level with Allah… lihat tahap kecintaan kepada majlis-majlis yang menyeru dekat pada Allah.
And if you want to know how big is your iman, look at how fast u can achieve. Kalau dengar terus nak ubah, maknanya tinggilah iman. Kalau dengar, nak tengok dulu dan tunggu mati… rendah imannya.
Kualiti kehidupan bergantung kepada kualiti kesedaran ketuhanan. Kita ada dua iaitu keegoan dan ketuhanan. Nak tahu ego, bila bercakap semuanya “Saya, saya, saya… kereta saya, rumah saya, anak saya”. Jumpa orang tak ada nak cakap lain.
Dalam Facebook pula sibuk update, upload, check in, check out, feeling awesome, feeling blessed… kalau you all like this, young girl… jangan asyik nak selfie, mekap berebut-rebut. Asal buat live make up tu, ramai yang pergi. Ingat, fizikal kita ni 1 percent je. 99 percent lagi is your heart.”
Kredit: Instagram Prof Muhaya