Selamat melahirkan anak kedua pada 1 Februari lalu, selebriti romantis Amyra Rosli dan Amar Baharin sepakat menamakan cahaya mata perempuan mereka, Ayra Aryssa. Pendedahan itu dibuat selepas genap seminggu aktres cantik berkenaan melahirkan puteri sulungnya. Alahai, sedap nama anak. Pandai Amyra dan Amar pilih!
Ads
Pada hari tersebut juga pasangan suami isteri ini telah mengadakan majlis akikah puteri kesayangan mereka. Selain mendedahkan nama anak mereka dan berkongsi wajah terkini Ayra, difahamkan pasangan ini turut membuka akaun khas Ayra Aryssa di Instagram. Meskipun baru memuat naik lima posting namun jumlah pengikut Ayra sudah mencecah lebih 40 ribu followers.
Mengintai Instagram Amyra, ibu muda berusia 28 tahun ini sempat berkongsi wajah bayi perempuan comelnya yang dipangku adik-beradik dan ibu Amyra sendiri.
Mengimbas kembali berita kehamilan kedua Amyra, selebriti ini membuat kejutan mengenai pengesahan kehamilannya pada sambutan ulang tahun suami tercinta yang
ke-34 pada Ogos tahun lalu. Malah, Amyra turut berharap dapat bersalin pada tanggal 2 Februari 2020.
Ads
Ads
Namun terpaksa akur dengan kelahiran Ayra sehari sebelum tarikh cantik tersebut.
Apa-apa pun Nona berharap agar ibu dan bayi perempuan comel ini sentiasa diberi kesihatan yang baik dan membesar menjadi anak solehah.
Kredit: Instagram Amyra Rosli
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejayaan pemain beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Rumsani merangkul gelaran Naib Juara Kejohanan Badminton Asia pada 14 April lalu berjaya melonjakkan nama mereka di pentas dunia. Tak ketinggalan, peminat sukan tanah air yang turut memberikan perhatian kepada gandingan tersebut baru-baru ini.
Walau tidak berpeluang menjulang gelaran Asia namun kesungguhan dan gandingan mantap mereka mendapat pujian ramai. Apatah lagi bersaing dengan beregu lelaki nombor tiga dunia dari China.
Sejak kejayaan itu, Nur Izzuddin atau disapa Adin menjadi perhatian masyarakat. Peminat sukan badminton tanah air mahu mengenali figura ini dengan lebih dekat dan latar belakang atlet berkenaan.
Meninjau media sosial Nur Izzuddin, atlet kelahiran Johor berkenaan dilihat seorang yang cukup menjaga privasi diri. Selain posting mengenai karier sukannya, dia turut memuat naik gambar di samping keluarga tercinta.
Lebih bermakna pada tanggal 22 September 2023, Nur Izzuddin selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan yang dikenali sebagai Mawar Mutiara Abdul Razak.
Biarpun bergelar public figure namun dia bijak ‘menyimpan’ kemas privasi diri. Tahu-tahu je, dah selamat mendirikan rumah tangga.
Nur Izzuddin sah bergelar suami kepada wanita cantik berkenaan ketika karier sukannya berada di puncak dan berusia 25 tahun.
Sempena hari bahagia miliknya, Nur Izzuddin menitipkan ucapan romantis buat isteri tercinta. “Tahun 2023 tahun penuh ujian, tahun jatuh bangun tapi dalam ujian itu ada hikmahnya. Kadang Dia sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan.
Dalam kita tertanya-tanya mana perginya matahari Dia datangkan pelangi. Isteri saya, seseorang yang Dia hadirkan untuk melengkapi dan menyinari hidup saya bagai sebutir MUTIARA.
Just like her name, my wife is the epitome of love, purity, and wisdom, who is worthy of nothing less than an eternal love and wholehearted commitment that I will vow to her until the end of time as encapsulated in our beautiful diamond rings which we have handpicked from Venessa Diamonds.”
Atas kejayaan rangkul Naib Juara Asia, Nur Izzuddin Rumsani – Goh Sze Fei naik empat anak tangga untuk berada di kedudukan ke-15 dunia.
Menerusi kemas kini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada 16 April lalu mencatatkan Sze Fei dan Nur Izzuddin lonjak empat anak tangga di kedudukan ke-15 dunia sekali gus mencatatkan kedudukan tertinggi mereka dalam tempoh 13 bulan.
Mereka berdua turut tersenarai dalam pemain saingan Piala Thomas, di Chengdu, China.
Dalam perlawanan Piala Thomas, skuad Malaysia tewas 1-3 di tangan juara 10 kali China pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone.
Nur Izzuddin dan Sze Fei yang menjadi harapan negara selepas ketinggalan 1-2 terpaksa akur apabila tewas dalam pertarungan tiga set di tangan He Ji Ting- Ren Xiang Yu.
Bagaimana pun skuad badminton Malaysia berjaya meraih pingat gangsa Piala Thomas.
“Bersyukur masih diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab di pentas Piala Thomas tahun ini.
Terima kasih kepada rakan sepasukan dan jurulatih yang telah berikan sehabis baik di kejohanan ini. Semoga semangat berpasukan yang kita bina di sini dapat kita kekalkan sehingga ke edisi seterusnya.
Terima kasih juga kepada pihak pengurusan BAM, staff sokongan yang turut terlibat dari awal persiapan sehingga ke penghujung kejohanan ini berlangsung.
Terima kasih kepada ahli keluarga terutama mama dan ayah yang sentiasa mendoakan kejayaan kami sepasukan. Tidak lupa juga kepada isteri tercinta yang sentiasa menyokong dan memberi kata kata semangat yang meningkatkan motivasi.
Akhir sekali, terima kasih kepada seluruh peminat badminton tanah air yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi buat pasukan Malaysia sepanjang kejohanan ini berlangsung. Anda sememangnya luar biasa!
Terdahulu, Izzuddin-Sze Fei menjulang tiga gelaran iaitu di Terbuka Yonex Amerika Syarikat, Victor Kaohsiung Masters (Taiwan) dan Abu Dhabi Master, Emiriah Arab Bersatu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan disahkan menghidap kanser limfoma dan bakal memulakan rawatan dalam masa terdekat.
Menerusi perkongsian beliau di laman Instagram, kanser limfoma yang dihidapi mungkin masih berada pada peringkat awal memandangkan beliau masih sihat dan tidak mengalami sebarang simptom.
“Pada pukul 3 petang tadi, saya menerima diagnosis daripada doktor yang mengesahkan saya menghidap kanser limfoma.
“Saya bakal melakukan imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain,” katanya.
Chef Wan, 65 tahun menambah kanser tersebut mempunyai peluang sembuh sebanyak 70 hingga 80 peratus sekiranya dikesan awal.
“Doktor juga akan memulakan kemoterapi yang mungkin mengambil masa selama 13 minggu.
“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M. Daud Kilau dan sebagainya pada masa akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan berkata, beliau telah menerima takdirnya dengan hati yang terbuka dan akan terus kuat demi keluarga tercinta.
“Anak dan menantu saya terus menangis selepas mendapat tahu saya menghidap kanser. Tetapi, beginilah hidup. Kita perlu jalani setiap cabaran satu demi satu dengan hati yang terbuka.
“Kepada semua, jangan risau. Terima kasih atas doa kata-kata semangat,” katanya dalam hantaran sama.
Pada 11 Januari lalu, bonda tersayang Chef Wan, Noraini Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun di Hospital Gleneagles selepas 10 hari dirawat akibat penyakit kanser dan Alzheimer.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sememangnya wabak coronavirus tidak mengenal warna kulit, bangsa, pangkat mahupun kedudukan. Selepas para selebriti antarabangsa, pemain bola sepak, pemimpin dan isteri pemimpin dijangkiti Covid-19, terbaru Princess Maria Teresa of Bourbon-Parma yang merupakan puteri Sepanyol pula menjadi korban pertama dalam kalangan keluarga diraja akibat wabak berkenaan. Perkhabaran itu dibuat oleh adik beliau sendiri, Prince Sixto Enrique.
Menurut laporan CNN, Princess Maria Teresa yang berusia 86 tahun merupakan sepupu kepada King Felipe VI. Kematian beliau disahkan pada Khamis lalu di Paris. Manakala upacara pengebumian pula diadakan di Madrid pada Jumaat.
Sehingga Ahad lalu, seramai 2,606 kes kematian dicatatkan di Perancis susulan Covid-19. Angka itu sekaligus turut mencatatkan peningkatan kes kematian 292 hanya dalam masa 24 jam.
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pula berkata Sepanyol kini menghadapi minggu ketiga lockdown yang menyaksikan keadaan hospital yang padat disebabkan pertambahan kes positif Covid-19 daripada 64,059 kepada 72,248. Sepanyol berada di kedudukan ketiga dunia yang terjejas Covid-19 selepas Itali.
Princess Maria Teresa ketika masih muda
Selain keluarga diraja Sepanyol, coronavirus turut menyerang keluarga diraja Britain. Putera Charles misalnya menjadi keluarga diraja Britain yang pertama disahkan positif Covid-19 pada 25 Mac lalu. Beliau yang berusia 71 tahun kini sedang menjalani kuarantin diri. Beberapa hari selepas berita tersebut, rakyat Britain sekali lagi dikejutkan dengan perkhabaran Queen Elizabeth pula positif Covid-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!