Sudah Berusia Tujuh Hari, AYRA ARYSSA Nama Anak Kedua AMYRA & AMAR!

Selamat melahirkan anak kedua pada 1 Februari lalu, selebriti romantis Amyra Rosli dan Amar Baharin sepakat menamakan cahaya mata perempuan mereka, Ayra Aryssa. Pendedahan itu dibuat selepas genap seminggu aktres cantik berkenaan melahirkan puteri sulungnya. Alahai, sedap nama anak. Pandai Amyra dan Amar pilih!

Pada hari tersebut juga pasangan suami isteri ini telah mengadakan majlis akikah puteri kesayangan mereka. Selain mendedahkan nama anak mereka dan berkongsi wajah terkini Ayra, difahamkan pasangan ini turut membuka akaun khas Ayra Aryssa di Instagram. Meskipun baru memuat naik lima posting namun jumlah pengikut Ayra sudah mencecah lebih 40 ribu followers.

Mengintai Instagram Amyra, ibu muda berusia 28 tahun ini sempat berkongsi wajah bayi perempuan comelnya yang dipangku adik-beradik dan ibu Amyra sendiri.

Mengimbas kembali berita kehamilan kedua Amyra, selebriti ini membuat kejutan mengenai pengesahan kehamilannya pada sambutan ulang tahun suami tercinta yang
ke-34 pada Ogos tahun lalu. Malah, Amyra turut berharap dapat bersalin pada tanggal 2 Februari 2020.

Namun terpaksa akur dengan kelahiran Ayra sehari sebelum tarikh cantik tersebut.

Apa-apa pun Nona berharap agar ibu dan bayi perempuan comel ini sentiasa diberi kesihatan yang baik dan membesar menjadi anak solehah.

Kredit: Instagram Amyra Rosli

Share
Published by
Suzi