Sanjungan penulis terhadap Tun Dr. Siti Hasmah tumbuh sejak zaman persekolahan lagi. Beliau mendukung karakter seorang isteri pemimpin yang sebenar, yang sentiasa menyokong jatuh bangun kerjaya suami tanpa jemu. She is beside him, she is with him, not behind him.
Sejak perkahwinan mereka 66 tahun lepas, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengakui bukan mudah bergelar isteri kepada negarawan itu.
“Dari awal lagi saya sentiasa memberi sokongan penuh tapi saya tak mahu bersaing dengannya. Apabila kami walkabout ke mana-mana, selalunya orang akan nampak Tun Dr Mahathir saja. Tak nampak saya.
Saya pasti akan ke belakang bagi memberi peluang rakyat berjumpa dengannya.” Tun Dr Siti Hasmah
Wanita berusia 96 tahun ini ketika ditemu bual menerusi program ‘Mak Untuk Malaysia’ anjuran Sinar Harian Online mengakui, di usia sekarang, beliau bersifat lebih melindungi (protective) suami tercinta.
“Sebagai isteri menjadi tanggungjawab saya untuk memantau kesihatan suami sebaik mungkin.
Ads
Kami berdua sudah berusia 96 tahun sudah tentu perlu menjaga kesihatan di tahap terbaik. Jadi bila beliau ke mana-mana, saya akan iringinya.
Ada kala saya bimbang bila beliau dikerumun orang ramai. Saya minta maaf sekiranya pernah menegur sesiapa yang pernah datang dekat.
Apa yang saya buat untuk memastikan beliau tidak jatuh sakit memandangkan di usia sekarang, saya harap masyarakat di luar sana faham.” Tun Dr Siti Hasmah
CEMAS
Ads
Berkongsi pengalaman, Dr Siti Hasmah mendedahkan pernah berdepan detik cemas apabila Dr Mahathir hilang dari pandangan ketika sambutan Hari Merdeka pada Ogos lalu.
“Beliau mungkin nampak okey dan bertenaga, kuat berjalan, ketika berada di luar tetapi bila di rumah, saya sahaja yang nampak keadaan beliau sebenar.
Baru-baru ini ketika sambutan Hari Merdeka saya cemas bila beliau hilang dari pandangan saya. Bukan setiap masa tetapi ada kala saya halang untuk orang ramai datang dekat, jangan peluk dan sebagainya. Semuanya demi menjaga kesihatan beliau.
Bantu saya untuk jaga suami saya.” Tun Dr Siti Hasmah
Ads
Foto: Instagram @tunsitihasmahofficial
Menjawab soalan sama ada beliau bersetuju sekiranya suaminya sekali lagi bergelar Perdana Menteri dengan tenang Dr Siti Hasmah menjawab…
“Sudahlah… untuk menjadi isteri Perdana Menteri, saya sudah puas.”
Beliau juga mengakui bukan mudah mendampingi seorang suami yang bergelar Perdana Menteri Malaysia.
“Waktu muda dulu okey sebab waktu itu penglihatan saya masih baik dan badan juga cergas. Tugas saya sebagai isteri Perdana Menteri juga memerlukan saya turun padang untuk bermesra dengan masyarakat. Tempoh 22 tahun bukan sekejap.
Lebih penting sekarang, saya mahu menemani dan akan terus menjaga kesihatan beliau agar terus sihat.” Tun Dr Siti Hasmah
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aksi seorang usahawan kosmetik dari Indonesia, Mira Hayati, membeli beg tangan emas dengan harga mencecah RM150,000 atau 515 juta rupiah mencuit perhatian. Diukir mirip seperti rekaan Lady Dior, ia diperbuat daripada emas seberat 531.25 gram dengan ketulenan 87 peratus.
Kekayaannya luar biasa. Nama Mira Hayati mula meniti dari bibir ke bibir apabila berkongsi video pembelian beg tangan emas ini sekaligus menarik perhatian masyarakat tentang perniagaan yang dijalankan.
Menurut portal berita Wolipop, Mira Hayati yang berasal dari Makassar berkongsi resit pembayaran beg tangan emas tersebut yang dibeli pada 24 Mac di TikTok.
“Alhamdulillah, Masya Allah, Tabarakallah. Beli beg tangan emas dan beberapa barang kemas lain yang kesemuanya berharga 553.9 juta (RM161,502).
Rasa bangga kerana memiliki koleksi beg tangan emas Dior. Kalau beg tangan biasa, sudah banyak tetapi kalau emas sebenar, inilah dia.” Mira Hayati
Dalam resit pembayaran yang dikongsikan kepada netizen, Mira turut membeli sebentuk cincin emas seberat 40.2 gram pada harga 38.99 juta rupiah (RM11,368).
Menurut Mira, dia sengaja memilih beg tangan emas yang rekaannya menyerupai beg tangan jenama mewah, Dior. Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
Nama pengasas jenama MH Whitening Skin itu pantas meniti bibir ke bibir apabila stesen TV Indonesia TransTV turut menemu bual beliau dalam siaran program ‘Pagi Pagi Ambyar’ pada 4 April 2023.
PEMINAT EMAS
Minatnya terhadap emas bukan lagi rahsia. Selain suka memakai perhiasan berupa kalung, gelang dan cincin emas bersaiz besar, Mira Hayati juga menggemari pakaian berwarna emas.
Pengasas produk MH Miracle Whitening Skin ini memiliki lebih 20,000 reseller di seluruh Indonesia khususnya di Sumatera, Lampung dan Medan. Produk tersebut juga dikatakan turut dijual ke Arab Saudi, Dubai, Malaysia, Hong Kong dan Taiwan.
Keuntungan bisnes Mira Hayati dianggarkan mencecah berbillion rupiah dalam sebulan. Meskipun hanya berkelulusan SMP (Sekolah Menengah Pertama), namun wanita berusia 20-an ini sering diundang sebagai pakar motivasi berkaitan sukses pada usia muda.
****************** Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
******************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai seorang wanita apabila disahkan doktor berbadan dua pasti hati berbunga riang. Lebih-lebih lagi pengalaman kali pertama. Namun, kegirangan itu tercalar apabila bayi yang membesar di dalam rahim tidak dapat diselamatkan dan terpaksa digugurkan. Galau hati bukan kepalang dan hanya orang yang pernah mengalami keguguran sahaja yang tahu perasaannya.
Wanita yang bernama Datin Azrene Ahmad ini pula begitu tabah dan tidak pernah putus asa melahirkan zuriat demi kebahagiaan bersama suami tercinta, Dato’ Fazley Yaacob apabila terpaksa melalui pengalaman 14 kali keguguran. “Alayna Selma merupakan puteri sulung dan anak bongsu daripada empat beradik.
Kredit gambar: Instagram @azrene_ahmad
Sebelum mendapatkan Alayna saya mengalami keguguran sebanyak 10 kali. Kelahiran Alayna juga melalui kaedah pembedahan seperti abang-abangnya dahulu. Namun, saya tidak kisah demi usaha mendapatkan cahaya mata perempuan.
Ini bermakna keempat-empat anak saya dilahirkan melalui pembedahan dan atas nasihat Doktor Pakar saya tidak digalakkan untuk hamil lagi. Bagi saya kehadiran empat orang cahaya mata ini sudah cukup untuk melengkapkan kebahagiaan kami suami isteri. Bukan serik untuk mengandung lagi tetapi boleh dikatakan setiap kali saya mengandung saya mengalami pengalaman pahit yang berbeza-beza.
Sebelum mengandungkan anak pertama, saya mengalami keguguran sebanyak empat kali. Fariedz, anak sulung kami sepatutnya mempunyai adik kembar tetapi kembarnya tidak dapat diselamatkan. Fieradz pula terpaksa dilahirkan pada usia 34 minggu dan akibatnya mengalami laryngomalacia kronik dan alahan.
Fierudz pula saya mengalami alahan teruk di trimester pertama dan pada usia kandungan 28 minggu terpaksa ulang alik ke hospital kerana hampir bersalin awal. Di bilik pembedahan pula saya mengalami penumpahan darah yang teruk dan hampir meninggalkan suami dan anak-anak buat selama-lamanya. Di antara Fierudz dan Alayna saya gugur sebanyak 10 kali dan paling teruk adalah keguguran anak kembar pada usia kandungan 20 minggu dan terpaksa bersalin secara normal,” jelas Datin Azrene yang mampu menyembunyikan kisah dukanya di sebalik senyuman manisnya.
Kredit gambar: Instagram @azrene_ahmad
Bercerita tentang anak-anak, terdetik di hati penulis bagaimana wanita yang berkelulusan perundangan ini membahagikan masa di antara keluarga dan perniagaan. “I am extremely strict with my time and focus. Walaupun saya giat menceburi pelbagai bidang perniagaan sepenuh masa, saya tidak mengabaikan anak- anak. Setiap pagi saya akan pastikan anak-anak bersiap dan akan hantar ke sekolah serta menjemput mereka setelah selesai sekolah.
Saya juga akan pastikan mereka makan dan menghabiskan segala kerja rumah dan menyertai pelbagai aktiviti ko-kurikulum di sekolah dan juga luar sekolah. Pada masa yang saya terlalu sibuk memastikan tanggungjawab perniagaan dijalani dengan sempurna, saya akan pastikan anak- anak bersama saya di dalam bilik mainan yang telah disediakan khas untuk mereka di pejabat.
Saya juga akan pastikan sewaktu saya bercuti ataupun bersiar bersama anak-anak, saya tidak akan memegang komputer ataupun telefon bimbit untuk tujuan kerja. My attention is 100 percent trained on them. Falsafah saya adalah klien dan duit boleh dicari di mana sahaja tetapi kasih sayang dan masa bersama anak-anak tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit,” bicaranya sambil mengelus lembut rambut puterinya yang baru tertidur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sheahnee dan Naz Rahman sememangnya suami isteri berbakat besar dan versatil. Bukan sekadar mengacarakan program santai dan korporat, kemahiran kedua-duanya dalam bidang pengacaraan tidak perlu dipertikai.
Tahap profesionalisme dan gaya penyampaian jelas serta bertenaga Sheahnee Iman Lee dan Nazrudin Habibur Rahman membuatkan mereka sering menjadi pilihan penganjur acara.
Terbaharu, pasangan suami isteri ini diberi kepercayaan mengendalikan satu majlis gah dan penuh bersejarah iaitu Sidang Kemuncak ASEAN 2025!
Berpadu tenaga dan berkongsi pentas menjayakan sidang kemuncak tersebut, Sheahnee pada majlis itu anggun dalam persalinan songket maroon rekaan Lumiere. Sementara suami tercinta segak mengenakan sut eksklusif rona sedondon dari Bon Zainal.
Menerusi perkongsian di IG Story Sheahnee, dia berbesar hati diberi peluang mengacarakan acara istimewa berkenaan. Apatah lagi bersama suami, Naz Rahman.
Kongsinya, “It’s been the honour of my life to serve my nation. Never been prouder to be a Malaysian. Thank you for having us, Tanah Airku.”
Sheahnee dan Naz Rahman cukup terkenal dalam industri pengacaraan tanah air. Bahkan sebelum mendirikan rumah tangga lagi, kedua-duanya sudah pun menceburi dunia penyiaran dan bakat mereka sering menjadi buruan syarikat swasta mahupun kerajaan untuk menjadi pengacara majlis.
Figura wanita ini merupakan bekas penyampai berita NTV7 dan berpengalaman luas sebagai pengacara.
Meskipun wajahnya kini tidak lagi menghiasi kaca televisyen namun bakat dan kemahiran ibu tiga anak ini masih mendapat kepercayaan banyak syarikat berkelas dunia termasuklah Petronas.
Selain aktif sebagai emcee dan pencipta kandungan di media sosial, figura berusia 46 tahun ini juga memiliki HRDC-certified trainer!
Pasangan ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-17 pada 26 Jun lalu.
Sheahnee dan Naz Rahman berkahwin pada tahun 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Zara Aaliyah, Zakry Aiman dan Zayd Aaqil.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.