Suite Terbaik, Pemandangan Di Kingdom Tower Jadi Tempat Tinggal RONALDO Di Riyadh

Nampaknya, perpindahan Bintang Portugal Cristiano Ronaldo ke Arab Saudi baru-baru ini telah meletakkan dirinya sebagai seorang pemain bola sepak berstatus jutawan apatah lagi dengan dilengkapi tempat tinggal bertaraf seperti seorang raja!

 

Bayangkan, kediaman pertama Cristiano Ronaldo di Arab Saudi mempunyai 17 bilik dan berharga £250,000 (RM1.33 juta) sebulan!  Kediaman itu memberikannya pemandangan terbaik ibu kota dalam persekitaran paling mewah di Riyadh. Cristiano Ronaldo meluangkan sedikit masa dalam memastikan dia dan keluarganya diterima secara meriah di ‘tanah air’ baharu mereka, lapor portal berita MailOnline semalam.

Bekas bintang Manchester United itu telah menandatangani kontrak dengan kelab bola sepak Al-Nassr dengan pakej bernilai lebih £400 juta (RM2.12 bilion) kini menginap di Kingdom Tower, salah sebuah bangunan tertinggi di negara itu.

Bangunan Kingdom Tower itu menempatkan sebuah Hotel Four Seasons. Ia merupakan bangunan tertinggi di Riyadh iaitu pada ketinggian 302 meter, 41 tingkat dibuka tahun 2004. Ia merupakan rekaan khas sebagai “iconic symbol of Saudi Arabia”.

Dia ditempatkan di salah sebuah suite terbaik yang boleh ditawarkan oleh Riyadh di salah satu daripada 17 bilik yang diduduki oleh rombongannya termasuk keluarga, rakan dan pasukan keselamatannya.

Ronaldo ditempatkan di dalam suite bersaiz gergasi selama sebulan dan Suite Kingdom salah satu yang terbaik di bangunan 99 tingkat itu terbentang hingga dua tingkat.

Harga suite itu tidak disenaraikan dan ia perlu ditempah secara peribadi, begitu juga Royal Suite yang terletak bersebelahan dengannya. Namun, Suite Presiden yang lebih kecil boleh ditempah secara dalam talian dan kos untuk satu malam ialah £3,300 (RM17,530).

Dianggarkan bil hotel untuk Ronaldo dan rombongannya akan melebihi £250,000 (RM1,328,101) apabila dia mendaftar keluar dan menemui sebuah rumah tetap untuk pasangannya, Georgina Rodríguez dan lima anak mereka. – Agensi

Share
Published by
Rosmah Idayu