Fesyen

Suka Beli Sepatu? Tapi Tahukah Anda Jenis Sepatu Yang Anda Beli? Nona Senaraikan 10 Jenis Rekaan Sepatu Untuk Pengetahuan Anda

Dari gaya stilleto yang seksi kepada pilihan but yang ranggi, bentuk dan juga stail sepatu saling berkait untuk melengkapkan gaya keseluruhan anda. Ini adalah antara 10 rekaan sepatu yang popular untuk anda ambil tahu.

POINTY-TOES 

Sepatu ini hadir dengan rekaan muncung hadapan yang tajam sama ada dalam bentuk sepatu tumit tinggi atau sepatu leper.

PUMPS

Jenis sepatu ini pula antara sepatu yang selalu dibeli wanita. Ia menutup keseluruhan jari kaki dan hadir dengan tumit yang runcing tetapi tidak tajam.

SLINGBACKS

Ia merupakan rekaan sepatu bertali belakang yang menjadikan pemakaian lebih selesa tidak kira bertumit tinggi atau rendah.

LOAFERS

Rekaan sepatu ini diinspirasikan dari rekaan sepatu lelaki. Ia merupakan sepatu yang menutup keseluruhan kaki dan hadir dengan rekaan lidah tinggi pada permukaan kasut.

WEDGES

Sepatu kegemaran ramai wanita ini sentiasa menjadi pilihan kerana ia stabil dan selesa. Rekaannya hadir dengan tapak tiga segi penuh.

PLATFORMS

Sepatu tumit tinggi ini degelat platforms kerana memiliki tapak tebal tambahan pada bahagian hadapan bagi memberikan ketinggian kepada si pemakai.

D’ORSAYS

Ini adalah rekaan sepatu yang dipotong pada bahagia temi menjadikan anatominya terbahagi kepada bahagian hadapan yang menutup jari kaki dan bahagian belakang yang menutup tumit.

ESPADRILLES

Rekaan sepatu ini hadir dalam rekaan leper dan juga wedges serta tapaknya dihasilkan menggunakan tali jut.

PEEP-TOES

Rekaan sepatu ini mempunyai bukaan hadapan yang menampakkan jari kaki. Ia hadir dalam rekaan tumit tinggi dan juga leper. Kebiasaannya ia dipakai untuk memberikan keselesaan agar kaki tidak berpeluh.

ANKLE BOOTS

Ini antara rekaan sepatu but yang popular. Ia boleh dihasilkan bertumit tinggi dan juga renda. Sepatu ini menutup kaki sehingga ke paras atas buku lali.

Share
Published by
Fiezreen