Dari suasana riuh dan meriah… ruang Glam Hall bertukar sepi saat paparan skrin Nona Top Beauty Entrepreneur menunjukkan wajah usahawan kosmetik yang juga Pengasas Dnars, allahyarham Faziani Rohban. Suami arwah iaitu Ahmad Shah Rizal Ibrahim dan anakanda, Iqbar Hakim kelihatan sayu menanggung bebanan rindu tak berpenghujung terhadap wanita istimewa ini.

IKLAN

Suasana bertambah sebak ketika rakan baik arwah yang juga penyambung legasi Nouvelles Visages, Rita Sosilawati menceritakan sikap dan peribadi Faziani sebelum
dijemput ilahi pada tanggal 17 Mei 2019. Dengan suara yang tersekat-sekat menahan tangis, dia membuka bicara.

“Suka Kongsi Kekayaan Sebab Tu Rezeki Tak Putus,” RITA Dedah Peribadi Arwah FAZIANI ROHBAN! “Suka Kongsi Kekayaan Sebab Tu Rezeki Tak Putus,” RITA Dedah Peribadi Arwah FAZIANI ROHBAN! “Suka Kongsi Kekayaan Sebab Tu Rezeki Tak Putus,” RITA Dedah Peribadi Arwah FAZIANI ROHBAN!

“Beliau banyak mengajar saya dan pernah berkongsi kisah rumah tangganya yang tidak berjaya, kesusahan membesarkan anak-anaknya, menaiki kereta Proton Saga untuk membawa anak pergi ke sekolah dan tiada duit di dalam purse.

Yang ada waktu itu cuma tinggal RM2. Itu pun dikorbankan untuk anaknya sebagai duit belanja sekolah. Hidupnya susah ketika masih kecil… inilah yang diceritakannya
kepada saya. Sewa rumah RM60 sebulan pun tak mampu nak bayar. Arwah bapa beliau begitu susah tapi dengan kesusahannya itu mengingatkan beliau di mana asalnya. Beliau
bukan anak orang kaya. Walaupun begitu itulah kenangan terindah masa zaman sekolahnya di Kampung Sungai Keladi, Kelantan.”

Biarpun dihimpit dengan kesusahan pada usia kanak-kanak namun Allah SWT maha adil dengan mengurniakan kesenangan buat allahyarham Faziani Rohban setelah beliau memiliki anak dan bertemu suami keduanya yang disifatkan seorang penyayang, baik hati dan memahami. Mendedahkan sisi peribadi sebenar seorang kakak yang mesra disapa Kak Yani itu, Rita berkata pemergian arwah ibarat kehilangan sebutir permata.

“Suka Kongsi Kekayaan Sebab Tu Rezeki Tak Putus,” RITA Dedah Peribadi Arwah FAZIANI ROHBAN! “Suka Kongsi Kekayaan Sebab Tu Rezeki Tak Putus,” RITA Dedah Peribadi Arwah FAZIANI ROHBAN!

“Orangnya seorang yang open minded, pemurah, tabah, tak pernah berputus asa, tak kedekut ilmu, suka menolong orang, tak suka mengumpat dan tak ambil tahu pasal orang.
Walaupun ada orang bercakap buruk pasal dirinya, dia tetap positif dan tak pernah membalas balik. Tak sombong walaupun kaya-raya… tak pernah menunjuk!

Walau perkahwinan pertamanya tidak berjaya tapi perkahwinan keduanya bahagia. Semangatnya sangat tinggi. Seperti yang saya katakan, beliau kawan yang sangat baik. Kami pernah pergi bercuti bersama dengan menggunakan gelaran #tripmakdaragojes ke Kelantan sampai ke Golok. Macam-macam benda yang beliau uruskan waktu tu. Sekarang, kalau kami pergi ke Kelantan, dah rasa kekurangan. Bukan sahaja kami sebagai kawan malah orang-orang yang selalu beliau bantu turut terasa kehilangan.

IKLAN

“Suka Kongsi Kekayaan Sebab Tu Rezeki Tak Putus,” RITA Dedah Peribadi Arwah FAZIANI ROHBAN! “Suka Kongsi Kekayaan Sebab Tu Rezeki Tak Putus,” RITA Dedah Peribadi Arwah FAZIANI ROHBAN!

“Suka Kongsi Kekayaan Sebab Tu Rezeki Tak Putus,” RITA Dedah Peribadi Arwah FAZIANI ROHBAN!

 

IKLAN

Kerana kesabaran, kecekalan, ketabahan, semangat dan keberaniannya… daripada tiada apa-apa selain RM2 dalam purse waktu itu dan dialah ibu tunggal, sampailah penghujung
hayat, dia telah pun ada segala-galanya. Suami yang baik, anak-anak yang soleh dan solehah, harta, duit, kesenangan yang semua orang dapat merasa termasuk keluarga,
adik-beradik, umi iaitu ibu beliau. Segala benda yang diusahakan bukan untuk dirinya seorang. Beliau kongsi dengan semua sebab itu rezekinya tidak pernah putus.”

Lebih mengharukan, arwah sentiasa menyokong sahabat-sahabatnya. Ujar Rita, “Beliau juga seorang yang sangat support bisnes kawan-kawan sekeliling. Bukan minta free! Seperti raya tahun lepas, beliau order handbag dari saya. Waktu itu beliau sedang buat umrah dan mesej saya, ‘Rita, akak nak order 70 beg nak support Rita’. Sampai kita
pula yang segan.

“Suka Kongsi Kekayaan Sebab Tu Rezeki Tak Putus,” RITA Dedah Peribadi Arwah FAZIANI ROHBAN! “Suka Kongsi Kekayaan Sebab Tu Rezeki Tak Putus,” RITA Dedah Peribadi Arwah FAZIANI ROHBAN!

Dan saya ingat lagi nasihat beliau, ‘Rita apa yang Rita nak buat, boh dengar cakap orang. Jangan fikir. Apa yang nak buat, buatlah. Pedulikan apa orang kata. Just go. Akan ada rezeki untuk kita kalau kita berusaha. Orang takkan tahu masalah kita, susah senang kita.’

Saya tengok bisnes arwah Kak Yani, apa yang dibuat, itu yang dikota. Sampai anak beliau pun merasa. Arwah seorang kawan dan kakak yang saya sanjungi,” akhirinya yang mengakui cukup terkesan dengan pemergian Faziani Rohban.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI