Selebriti Indonesia, Angela Prisa pernah menjadi perhatian ramai suatu ketika dulu sebagai pelakon sinetron remaja. Salah satu lakonan popularnya ialah dalam sinetron ‘Bidadari’ bersama Marshanda.

Tidak lagi muncul di skrin, fokus Angela Prisa kini kepada bisnes beg berjenama Hermes miliknya.

Ads
Suka Kumpul Beg Jenama Hermes Sejak 10 Tahun Lalu, Cetus Idea ANGELA PRISA Buka Butik Mewah
Kredit Foto: Instagram Angela Prisa.

 

Terbaharu, wanita berusia 33 tahun ini baru saja membuka butik yang terletak di Dharmawangsa Square, Jakarta Selatan.

Butik miliknya itu menjual koleksi beg berjenama Hermes. Wow!

Suka Kumpul Beg Jenama Hermes Sejak 10 Tahun Lalu, Cetus Idea ANGELA PRISA Buka Butik Mewah
Kredit Foto: Instagram Angela Prisa.

Memetik perkongsian di Kapanlagi.com, ketika ditemui baru-baru ini, Angela Prisa memulakan bisnesnya disebabkan minatnya terhadap beg berjenama Hermes sejak 10 tahun lalu.

Dari situ, Angela Prisa mula terfikir untuk menjadikannya sebagai satu bisnes.

Suka Kumpul Beg Jenama Hermes Sejak 10 Tahun Lalu, Cetus Idea ANGELA PRISA Buka Butik Mewah
Kredit Foto: Instagram Angela Prisa.

“Saya suka Hermes sejak 10 tahun lalu. Sebelum ini ramai yang  bertanya, ‘Kenapa beg itu bagus? Beg apa?’

 “Selalunya, saya juga diminta untuk menggayakan dan memadankan pakaian dengan beg Hermes yang sesuai.

“Dari situ, saya mendapat idea kenapa saya tidak menjalankan perniagaan beg ini secara offline. Akhirnya saya membuka butik Colleta ini,” katanya.

Ads
Suka Kumpul Beg Jenama Hermes Sejak 10 Tahun Lalu, Cetus Idea ANGELA PRISA Buka Butik Mewah
Kredit Foto: Instagram Angela Prisa.
Suka Kumpul Beg Jenama Hermes Sejak 10 Tahun Lalu, Cetus Idea ANGELA PRISA Buka Butik Mewah
Kredit Foto: Instagram Angela Prisa.

 

Tambahan pula, dengan adanya dua rakan baik yang menjadi rakan niaga, Angela Prisa memberanikan diri membuka butik yang melaksanakan sistem consignment.

“Idea awal datangnya dari saya sebagai pemilik. Kemudian saya sampaikan idea itu kepada Bening Prasetyo dan Gita Permata.

“Mereka berdua adalah rakan lama saya dan mereka bersetuju untuk bekerjasama,” kongsi Angela Prisa.

Ads
Suka Kumpul Beg Jenama Hermes Sejak 10 Tahun Lalu, Cetus Idea ANGELA PRISA Buka Butik Mewah
Kredit Foto: Instagram Angela Prisa.
Suka Kumpul Beg Jenama Hermes Sejak 10 Tahun Lalu, Cetus Idea ANGELA PRISA Buka Butik Mewah
Kredit Foto: Instagram Angela Prisa.
Suka Kumpul Beg Jenama Hermes Sejak 10 Tahun Lalu, Cetus Idea ANGELA PRISA Buka Butik Mewah
Kredit Foto: Instagram Angela Prisa.

Di butiknya itu, Angela Prisa turut menjual beg Hermes terpakai (prelove) dengan pelbagai harga.

Seterusnya, Angela Prisa juga berharap agar usahanya dalam bisnes tidak sekadar melepaskan batuk di tangga. Justeru, dia telah melakukan tinjauan terlebih dahulu ke beberapa negara seperti Jepun, Singapura dan Hong Kong.

Suka Kumpul Beg Jenama Hermes Sejak 10 Tahun Lalu, Cetus Idea ANGELA PRISA Buka Butik Mewah
Kredit Foto: Instagram Angela Prisa.

“Dari situ saya belajar bagaimana mereka melayan pelanggan, bagaimana cara aliran pembelian, dan sebagainya. Saya turut menjadikan Colleta sebagai sebuah butik yang selesa untuk para pelanggan,” kongsi Angela Prisa.

Dengan adanya bisnes ini, Angela Prisa berharap agar para pencinta dan pengumpul beg berjenama khususnya Hermes dapat memanfaatkan hobi mereka dengan baik kerana baginya value beg Hermes meningkat setiap tahun.

Suka Kumpul Beg Jenama Hermes Sejak 10 Tahun Lalu, Cetus Idea ANGELA PRISA Buka Butik Mewah
Kredit Foto: Instagram Angela Prisa.

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI