Kagum melihat kecantikan yang dimiliki bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsuddin. Meskipun bakal meniti usia 56 tahun pada Jun ini namun pesona beliau masih memikat seperti dulu. Tetap tak puas mata memandang dan raut wajahnya bagai tidak dimamah usia langsung! Serius, memang awet muda.
Ads
Pernah menjadi wajah penghias Majalah Nona edisi Julai 2015 di samping anakanda tersayang, Ruhila… Puan Sri Normala dilihat masih kekal dengan karakter lembutnya yang sarat dengan sifat ketimuran wanita Melayu. Tatkala ditanya ‘rahsia’ awet muda yang diamalkan memandangkan tidak banyak kesan penuaan terlakar di wajahnya, beliau hanya tertawa kecil.
“Saya tiada rahsia apa-apa untuk dikongsi. Syukur dikurniakan kesihatan yang baik. Cuma saya sering dipujuk suami supaya jangan tinggal bersenam dan bersukan. Kehidupan yang aktif menjadikan siapa saya hari ini. Saya suka main badminton, panjat bukit dan sesekali berenang.
Saya juga sudah kurang berkunjung ke spa kerana lebih suka membelai diri sendiri di rumah. Bila di rumah pula saya sibukkan diri dengan berkemas, sambil mengemas kini
gambar-gambar lama dan bermain dengan cucu,” ujarnya.
Bercerita tentang penjagaan tubuh badan agar kekal sihat. Ini sebenarnya amalan isteri Tan Sri Haji Azmi Khalid. “Saya tidak mengambil jamu, tapi ada mengambil supplemen
seperti protein, vitamin B dan C, Omega dan sebagainya. Saya juga amalkan makan buah-buahan atau jus sebelum makanan asasi.
Dari segi fizikal, di usia senja ini saya masih rajin bersenam seperti bermain badminton, mendaki, brisk walking, pilates, line dancing dan aerobik bagi mengekalkan stamina.
Sebulan sekali juga saya akan lakukan urutan atau refleksologi.”
Ads
Selesa untuk tidak terlalu mendedahkan kehidupan peribadi kepada umum, anak kelahiran Johor ini mengakui sudah berikrar kepada diri sendiri untuk menghormati privasi suami dan keluarga. “Apa saja yang boleh membahagiakan suami dan anak-anak, saya akan patuh demi privasi serta kebahagiaan kami. Sebagai isteri, saya perlu bijak membawa diri bahkan mempelajari apa jua cara terbaik untuk karier suami.
Saya juga banyak menggunakan masa yang terluang untuk bermuhasabah diri. Tatkala muda dulu kita leka dengan kerja, bahkan sibuk dengan keluarga serta hal dunia. Kini anak-anak semua dah besar dan masing-masing ada urusan sendiri. Beliau juga mengakui sentiasa memastikan agar dirinya dan anak-anak memnghadiri kuliah agama agar dapat dijadikan benteng buat anak-anak daripada hanyut dengan pelbagai godaan dunia,” telus ibu kepada Mohammad Asyraf, Ruhila dan Rubilla ini.
Ads
Sambil menyifatkan sifat Tan Sri sebagai seorang suami yang gentlemen, Puan Sri Normala tanpa selindung mengagumi karakter seorang bapa yang menebal dalam jiwa lelaki budiman berkenaan. “Beliau amat prihatin dengan masa depan anak-anak saya,pendidikan, jodoh dan karier mereka.
Sikapnya yang amat mengambil berat cukup mengagumkan. Beliau juga sering beri tazkirah pada anak-anak gadis saya tentang teman lelaki, penjagaan diri dan agama. That’s so sweet!
Kalau ditanya apakah rahsia untuk mengikat hati suami, rasanya saya bukanlah orang yang layak untuk memberi motivasi kerana saya sentiasa memperbaiki diri. Namun kini
saya amat bahagia dan segala impian serta harapan telah pun tercapai. Selebihnya saya berserah kepada takdir Allah, moga segala kelemahan diperbaiki, segala kekurangan
diperbetulkan dan segala yang dikurniakan kepada saya amat saya syukuri.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa terasa begitu pantas berlalu. Ketika menatap foto Aidilfitri Dato’ Sri Rossa baru-baru ini, tak sangka anak tunggalnya semakin segak dan tinggi lampai. Berusia 16 tahun, Rizky Langit Ramadhan membesar sebagai sosok remaja yang tampan dan terlihat sangat menyayangi ibunya.
Meninjau usikan di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Rossa yang tidak dimamah usia dan boleh dikatakan sebaya seperti anaknya. Masakan tidak, pada usia 44 tahun, pasangan ibu-anak ini kelihatan persis kakak dan adik.
Sekadar info, Rizky Langit Ramadhan merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup Rossa bersama bekas suami yang juga anggota kumpulan Padi, Yoyo. Mereka berkahwin pada 18 Mac 2004 namun berakhir dengan perpisahan pada tahun 2009.
25 TAHUN BERTAHAN
Merupakan seorang ibu tunggal, populariti Rossa terus meningkat naik walaupun di tengah kebanjiran pendatang seni yang ramai. Bahkan lagu-lagu Rossa sampai sekarang masih menjadi siulan peminatnya di Asia Tenggara.
Mesra dipanggil Teteh Ocha, wanita bersuara menawan dari Jawa Barat ini rupa-rupanya sudah 25 tahun melakar nama dalam industri muzik Indonesia. Lagu-lagu Rossa masih segar berputar di fikiran, antaranya lagu Aku Bukan Untukmu, Pudar dan Atas Nama Cinta.
Hal yang paling disyukuri selama 25 tahun sebagai penyanyi adalah keupayaannya menginspirasikan ramai orang.
Tak sangka mampu bertahan sejauh ini, Rossa atau nama penuhnya Sri Rossa Roslaina Handiyani bakal menganjurkan ‘Rossa: 25 Shining Years Concert’ tak lama lagi.
Konsert di Jakarta ini merupakan apresiasi beliau terhadap peminat yang tak jemu-jemu memberikan sokongan sejak awal penglibatannya sebagai penyanyi.
“Sejujurnya saya tak sangka mampu bertahan selama ini.” Rossa
Bahkan beliau juga tak pernah menghitung sudah berapa tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian.
“Saya rasa angka 25 tahun adalah angka yang baik untuk kerjaya saya. Jadi saya fikir kerana angkanya bagus, jadi kenapa tidak diraikan dengan konsert.
Saya juga sangat bersyukur kerana ramai yang menyayangi saya, malah banyak yang setia dengan lagu-lagu nyanyian saya.” Rossa
GAYA HIDUP
Pada usia 40-an, Rossa kelihatan menjalani kehidupan yang bahagia dan sentiasa positif. Selain mengamalkan pemakanan sihat, beliau juga kerap membuat latihan pilates untuk mengekalkan bentuk badan serta stamina di atas pentas.
Patutlah Rossa maintain cantik dan muda remaja!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon filem Thailand, Mai Davika Hoorne atau lebih popular dengan gelaran Mai Davika ini bukan sahaja terkenal dengan kecantikan serta bakatnya bahkan bijak dalam bidang akademik.
Mai Davika yang kini mencecah usia 31 tahun ini telah pun meraih pelbagai pengiktirafan serta anugerah antaranya anugerah pelakon wanita terbaik bagi Anugerah Persatuan Filem Kebangsaan Thailand.
Mai Davika merupakan anak kacukan Belgium di sebelah bapanya dan Thailand di sebelah ibu. Maka, secara tak langsung ia menjadi satu kelebihan buat Mai Davika.
Tak hairanlah dia sering menjadi model pilihan bagi jenama-jenama fesyen antarabangsa serta dijemput khas ke pertunjukan fesyen luar negara.
Mari kita kenali Mai Davika secara dekat.
Merupakan seorang pelakon dan model dari Thailand berusia 31 tahun.
2. Memulakan karier seninya pada tahun 2010.
3. Berketurunan Belgium-Thailand.
4. Lulusan Sarjana dalam bidang seni komunikasi dari Universiti Rangsit.
5. Sering menjadi model jenama-jenama fesyen antarabangsa.
6. Merangkul banyak anugerah dan pengiktirafan.
7. Teman wanita kepada Chantavit Dhanasevi, seorang aktor terkenal Thailand.
Semoga Mai Davika terus sukses dalam bidang yang diceburinya serta menjadi inpsirasi wanita.
Kredit Foto: Instagram Davika Hoorne
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang bahagia tengok kehidupan penyanyi popular, Wany Hasrita sejak bergelar isteri. Kian bahagia melayari alam perkahwinan, rutin harian pelantun lagu Menahan Rindu ini bertambah bermakna dengan kehadiran cahaya mata sulung pada 8 Julai lepas.
Ternyata peminat ternanti-nanti hendak melihat wajah permata hati selebriti cantik berkenaan.
Bersempena pelancaran single terbaharu Cinta Hatiku pada awal November lepas, pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini akhirnya terbuka mendedahkan wajah anak tersayang kepada umum.
Bayi perempuan yang diberi nama Aishah Al Iman binti Mohd Al-Adib Fahmi tersebut meraih perhatian ramai khususnya peminat setia ibunya, Wany Hasrita!
Kecomelan Aishah menjadi bualan dan dikatakan mewarisi raut wajah kedua-dua ibu bapa. Malah, makin sihat dan ceria pelengkap rumah tangga Wany dan Mohd Al-Adib.
Berkaitan single Cinta Hatiku, ibu jelita berusia 31 tahun ini menerusi media sosial memberitahu lagu tersebut didedikasikan khas buat Aishah.
“Ibu record lagu ni masa Aishah 37 minggu. Lagi dua minggu Aishah nak lahir dah.
Anak, semoga membesar dengan baik, kuat dan tabah. Suka dukamu, jatuh bangunmu, ibu sentiasa ada.”
Wany yang juga pemenang Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH 31) berkahwin dengan jejaka kelahiran Sarawak iaitu Mohd Al-Adib Fahmi pada 22 Julai 2022 selepas kedua-duanya saling mengenali sejak 2010.
Makin cantik berseri-seri suri hati kesayangan Datuk Latif Romly, Datin Nabila. Meniti usia 27 tahun, pendidik ini bukan saja tampil memikat. Malah bertambah bahagia sejak bergelar isteri jaguh paralimpik negara berkenaan ...