Kagum melihat gaya hidup puteri diraja Thailand, Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya. Biarpun berstatus puteri diraja namun personaliti beliau yang cantik, merendah diri dan berbakat membuatkan dirinya disenangi ramai. Apatah lagi Puteri Sirivannavari sering mencerminkan teladan dan inspirasi terbaik dalam kalangan wanita Thailand apabila meraih pelbagai kejayaan membanggakan.
Meniti usia 33 tahun pada 8 Januari lalu, tidak keterlaluan jika penulis menyatakan bahawa Puteri Sirivannavari seorang yang bergaya sederhana dalam penampilan. Ini dibuktikan apabila kebanyakan foto-foto beliau memperlihatkan sisi santai apabila gambarnya dirakam ketika mengenakan persalinan ringkas seperti T-shirt dan berwajah polos tanpa solekan.
Malah, rata-rata rakyat Thailand yang melihat gambar Puteri Sirivannavari mengagumi wajah anggun semula jadi anakanda Raja Maha Vajiralongkorn tersebut.
Berkongsi aktiviti pada April lalu ketika Thailand turut dilanda pandemik Covid-19, Puteri Sirivannavari tanpa berselindung mempamer kehidupan peribadi kepada khalayak. Selain menunjukkan bakat memasak dan berkongsi resipi hidangan Thailand di media sosial, beliau turut berkongsi persekitaran kebun sayur di kediamannya. Memang besar, luas dan subur kebun sayur puteri ini. Macam-macam tanaman sayur dan herba ada pula tu!
Seronok tengok beliau petik hasil tanaman antaranya tomato ceri, daun pandan, kacang bendi, cili, terung, rosemary, daun selasih dan sebagainya.
Di samping persekitaran kebun sayur yang tersusun cantik dan menarik perhatian, penampilan Puteri Sirivannavari tanpa mekap, memakai T-Shirt, berseluar jeans dan hanya berselipar pastinya menjadi tumpuan utama rakyat. Ramai dalam kalangan mereka mengagumi cara Puteri Sirivannavari dan menyifatkan ia sisi berbeza puteri diraja Thailand
tersebut kerana sebelum ini beliau sering dilihat bergaya mewah dan anggun di majlis-majlis rasmi.
Ads
Enggan hanya menikmati gaya hidup selesa dan mewah di istana, puteri kesayangan Negara Gajah Putih berkenaan lebih selesa mendekati rakyat dan menjalani kehidupan seperti insan normal lain yang bebas bersukan, berkarya dan berbakti kepada negara. Menelusuri latar belakang puteri bertubuh tinggi lampai ini, beliau merupakan puteri hasil perkahwinan Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dengan isteri keduanya iaitu Sujarinee Vivacharawongse yang juga bekas aktres Thailand.
Raja Maha Vajiralongkorn berkahwin dengan Sujarinee pada Februari 1994 dan mendapat restu Raja Thailand ketika itu, Raja Rama IX. Namun, terdapat desas-desus yang mengatakan perkahwinan tersebut tidak direstui bonda Raja Maha Vajiralongkorn iaitu Permaisuri Sirikit.
Bagaimana pun jodoh di antara Raja Maha Vajiralongkorn dan bekas anak seni berkenaan tidak berpanjangan yang akhirnya membawa kepada penceraian kerana Sujarinee dituduh curang. Ia sekaligus menyebabkan Sujarinee dilucutkan status diraja.
Ads
Pun begitu, Puteri Sirivannavari kekal berstatus puteri dan ternyata beliau disayangi ayahandanya yang kini menaiki takhta pemerintahan Thailand. Anak perempuan Sujarinee ini tidak hanya menjadi buruan media tempatan dan antarabangsa bahkan beliau turut disayangi rakyat jelata yang ‘dahagakan’ perkembangan semasa beliau. Percaya atau tidak, Puteri Sirivannavari aktif menceburi bidang sukan dan pernah memenangi pingat emas kategori badminton pada Sukan SEA 2005!
Bukan hanya sukan badminton, beliau juga mewakili Thailand dalam sukan berkuda dan meraih pingat dalam Sukan SEA ke-29 pada tahun 2017 yang lalu. Selain kemampuan bersukan, beliau turut memiliki bakat melukis dan merupakan aktivis hidupan laut serta pemilik label fesyen Sirivannavari.
Pada pertengahan April lalu, Puteri Sirivannavari melancarkan produk hand sanitizer dan mask jenamanya sendiri untuk diagihkan kepada hospital kerajaan terlibat dalam usaha memerangi wabak Covid-19. Melihat kredibiliti, bakat dan pesona Puteri Sirivannavari… terbukti beliau sememangnya seorang puteri berjiwa rakyat, penyayang dan sumber inspirasi wanita Thailand!
Penyanyi popular, Khai Bahar dilantik sebagai Ikon Kemanusiaan Bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Al Azhar Care.
Pelantikan penyanyi lagu Luluh itu adalah kerana penglibatannya yang aktif dalam menyumbangkan tenaga terhadap aktiviti kesukarelawanan.
Kredit Foto: Instagram Khai Bahar.
Memetik perkongsian Awani, Presiden Al Azhar Care, Alif Mahari menyatakan bahawa lantikan itu cukup signifikan dalam misi kesukarelawanan NGO tersebut untuk menyalurkan bantuan menerusi program korban, akikah, wakaf Quran dan wakaf telaga di benua Afrika pada tahun ini.
“Kami sangat berbesar hati dengan kehadiran Khai Bahar dalam misi ibadah korban kali ini dan sudi menjadi ikon kemanusiaan Al Azhar Care.
“Semoga dengan asbab Khai Bahar menjadi ikon ini dapat menarik lebih ramai lagi orang di luar sana untuk sama-sama menyertai program serta aktiviti yang dianjurkan,” katanya.
Kredit Foto: Instagram Al Azhar Care.
Selain itu, menurut Khai Bahar pula ini bukan kali pertama beliau turut serta dalam aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan bersama mana-mana organisasi dan tidak menetapkan tempoh kerjasama antara kedua-dua pihak.
Sebaliknya, beliau rela hati untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan yang dapat memberi manfaat kepada individu lain.
Kredit Foto: Instagram Khai Bahar.
“Ini bukan pertama kali saya bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan, malah tidak megikat sebarang kontrak, tapi dengan rela hati saya menjadi sukarelawan dan tidak menetapkan tempoh tahun supaya kebaikan yang saya lakukan ini saya dapat kongsikan pada semua orang,” ujarnya sewaktu majlis meraikan delegasi sukarelawan Al Azhar Care yang akan berlepas ke Afrika pada 26 Jun 2023.
Untuk info, Al Azhar Care, sebuah pertubuhan NGO yang menjalankan aktiviti kebajikan, kemanusiaan, dan pendidikan di dalam dan luar negara, telah menjalankan usaha kebajikan sejak ditubuhkan pada 2019.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak mengenali penghibur dan usahawan ternama dunia, Rihanna bukan? Bukan sekadar seorang penyanyi dan pelakon, malah bakat Rihanna dalam bidang perniagaan juga turut diperakui malah dirinya pernah dinobatkan wanita termuda dan terkaya di Amerika Syarikat.
Mengasaskan bisnes pakaian dalam seksi Savage x Fenty pada tahun 2018, Rihanna telah membuktikan tiada apa yang mustahil. Pada bulan Ogos 2021, Forbes menganggarkan jenama ini bernilai sebanyak AS$2 bilion.
Namun Rihanna baru-baru ini mengumumkan yang dia akan mengundur diri dari memegang jawatan CEO dan akan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada individu lain.
Walau tidak dinyatakan sebab utama Rihanna mengundurkan diri, namun warga maya mengesyaki yang Rihanna ingin memfokuskan kepada keluarga apatah lagi dirinya kini hamil anak kedua dan beliau baru saja bergelar ibu.
Menurut sumber E! News, Rihanna melantik Hillary Super, yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Anthropologie Group.
Menerusi satu kenyataan bertulis yang ddikongsikan oleh Rihanna kepada Vogue Business. “Kami teruja menyaksikan visi kami di Savage X Fenty telah memberi kesan yang besar kepada industri sejak lima tahun yang lalu. Namun ini hanyalah permulaan bagi kami, dan kami akan terus berevolusi dan sentiasa berhubung dengan pengguna,” katanya.
Berkongsi keterujaannya untuk masa depan jenama hasil ideanya, pemenang Anugerah Grammy itu menambah bahawa beliau sangat berterima kasih dan teruja untuk mengalu-alukan Hillary Super sebagai CEO baharu syarikatnya.
“Beliau adalah pemimpin yang kuat dan boleh memberi tumpuan untuk membawa jenama ini ke tahap yang baru,” ujar Rihanna.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jutawan terkenal yang juga pengasas Facebook dan CEO Meta Platforms, Mark Zuckerberg tak sekadar humble bahkan seorang yang suka bersederhana.
Bukan itu sahaja, di laman Instagramnya Mark Zuckerberg sering memuat naik gambar aktiviti-aktiviti hariannya.
Antara yang sering menjadi sorotan ialah gambar bersama isteri dan anak-anak tersayang. Ternyata, bapa kepada tiga cahaya mata perempuan ini seorang penyayang dan family man.
Berikut 5 info menarik berserta gambar Mark Zuckerberg bersama isteri tercinta, Priscilla Chan.
Pertemuan Pertama Di Universiti Harvard
Memetik laporan People, pertemuan pertama mereka ialah pada 2003 dan ada kisah unik di sebalik kisah cinta mereka.
Mark dan Priscilla dikatakan bertemu di sebuah parti di Harvard. Ketika itu, Mark merupakan pelajar tahun kedua manakala Priscilla adalah pelajar baru. Mereka berkahwin secara rasmi pada 2012.
Bercuti Bersama
Di laman Instagram, masing-masing sering berkongsi gambar momen-momen percutian bersama.
Salah satunya, gambar Mark dan Priscilla menikmati musim sejuk berdua. Gambar dengan senyuman mereka berdua ini menunjukkan betapa bahagianya mereka.
Mark Rajin Memuji Isteri
Lelaki berusia 37 tahun ini tak pernah berselindung untuk melontarkan kata-kata pujian terhadap isterinya di media sosial.
Mark jua sering meluahkan betapa gembiranya dia memiliki Priscilla dalam hidupnya.
Membawa Priscilla ke Acara Penting
Mark sentiasa membawa isteri tercintanya ke mesyuarat penting. Seperti dalam gambar ini, terserlah kegembiraan Mark dan Priscilla ketika menghadiri sebuah acara.
Mark kacak dalam sut hitamnya, manakala Priscilla anggun dalam gaun hitamnya.
Penuhkan Instagram Dengan Gambar Isteri & Anak
Hasil perkongsian hidup, Mark dan Priscilla dikurniakan tiga anak iaitu Maxima Zuckerberg, August Chan Zuckerberg dan Aurelia Chan Zuckerberg.
Untuk info, Priscilla yang berketurunan Amerika-China merupakan bekas doktor pediatrik. Graduan perubatan dari University of California ini kini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif Chan Zuckerberg Initiative.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.