Selain cecair hand sanitizer, satu lagi barangan kebersihan wajib bagi majoriti wanita adalah tisu basah. Selain mengelap kotoran dan mekap, ia juga penting untuk mak ayah yang menguruskan anak kecil.
Meskipun penggunaan tisu basah terbukti sangat praktikal, tapi ia juga kurang selamat jika disalah gunakan. Ayuh semak kesilapan paling biasa dilakukan dengan tisu basah.
(1) Membersihkan Mekap
Tidak semua tisu basah sesuai untuk mengelap wajah dan membersihkan mekap. Biasanya terdapat jenis tisu basah tertentu dengan formula khusus untuk menanggalkan solekan.
Jika menggunakan tisu basah biasa, dikhuatiri kulit muka akan menjadi kering, menyebabkan kedutan dan berbahaya untuk kulit sensitif di bawah mata.
(2) Membiarkan Pelekat Terbuka
Kebanyakan kemasan tisu basah dilengkapi pelekat khas agar mudah dibuka-tutup berulang kali. Tapi ramai yang sambil lewa ketika mengambil isinya. Jika tidak dilekatkan dengan betul, tisu basah akan menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria.
(3) Mengelap Banyak Permukaan
Walaupun mengandungi antiseptik, tapi tisu basah tidak mampu membunuh kuman secara menyeluruh. Malah dikhuatiri kuman dari tisu basah akan ‘berpindah’ pula ke tangan.
Walaupun lembap dan berbau harum, tapi sebaik-baiknya cucilah tangan dengan sabun dan air.
(4) Mengelap Luka
Ramai yang mencapai tisu basah untuk menyeka luka sebelum merawatnya. Awas, tisu basah kita mungkin mengandungi Methylisothiazolinone (MI). Ini adalah bahan kimia yang selamat untuk produk pembersih tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan atau iritasi kulit jika tidak dibilas.
(5) Bahan Kimia
Teliti dahulu kandungan bahan dalam tisu basah kita. Banyak sekali jenama tisu basah yang mengandungi Methylisothiazolinone (MI), Sodium Lauryl Sulfate (SLS/SLES), Propylene Glycol dan alkohol.
Semua bahan kimia ini harus dibilas dengan air selepas digunakan. Jika dibiarkan, mungkin boleh mendorong terjadinya iritasi ringan khasnya pada kulit sensitif.
This website uses cookies.