
Memasak bukanlah susah kalau mahu belajar. Sesiapa pun boleh memasak masakan yang enak. Nona yang bertandang ke rumah pengasas Masak With Passion Datin Isma Rohaiza sempat belajar bagaimana hendak memasak Keuetiau Tomyam Istimewa. Masak With Passion adalah hasil usaha minat memasak Datin Isma bersama dengan anak perempuannya, Nik Amelia dan adik bongsunya, Isma Syafani.
Menariknya satu bahan istimewa yang digunakan oleh Datin Isma menjadikan resipi ini lebih enak iaitu Salmon Belly.
Bahan-Bahan
Air
Pes Tomyam
Sos Ikan
1 Kiub Pati Ayam
Jus Limau Nipis (5 biji)
Susu Cair
4 Biji Bawang Merah(Belah Empat)
2 Biji Tomato (Belah Empat)
2 Batang Serai (Dititik)
2 Batang Akar ketumbar
2 Helai daun Limau Purut
Halia
Lengkuas
Daun Ketumbar
Cili Padi
Cendawan Tiram
Bebola Ikan
Udang
Salmon ‘Belly’ (isi bahagian perut ikan Salmon)
Kuetiau Halus
Nak tahu bagaimana cara memasak? Jom tonton video yang disediakan eksklusif bersama Datin Isma Rohaiza.
Wow, Sedapnya Hidangan Unik & Menyelerakan di Restoran CRG Ni!

Setiap kali bulan puasa mesti tercari-cari tempat untuk berbuka kan? Apa kata kali ni kita ubah selera dengan memilih menu cita rasa Cina Muslim di Chicken Rice Guys atau CRG terletak di Sekyen 7, Shah Alam. Seperti kita tahu kebanyakan menu cita rasa Cina tidak terlalu berat serta menyihatkan. Maka sesuailah untuk anda yang target nak kurus menjelang raya nanti.
Nona kongsikan 3 menu istimewa daripada Restoran CRG yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Tak susah pun nak buat. Bahan pun mudah nak cari. Selamat mencuba!
STEAMED TRIO EGG
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur ayam
- 1 biji telur itik masin (ambil kuning telur sahaja)
- 1 biji telur padi (century egg)
- Sedikit kicap masin
- Lada sulah secukup rasa
- Air suam secukupnya
CARA MEMBUAT:
Pecahkan telur ayam dan kacau. Tambahkan air suam sama kuantiti dengan telur ayam. Susun telur itik masin dan telur padi di dalam adunan telur ayam tadi. Kukus selama 8-10 minit. Tuang kicap masin dan lada sulah selepas telur masak, hidangkan.
DUMPLING UDANG
BAHAN-BAHAN:
- Isi ayam (ikut cita rasa)
- 12 ekor udang (ambil isinya)
- Cendawan kulat kering (direndam air panas)
- 2 biji lobak merah (dicincang halus)
- 2 helai daun bawang (dicincang halus)
- Sos tiram secukup rasa
- Gula, garam dan lada sulah secukup rasa
- Beberapa kulit wantan (bulat)
CARA MEMBUAT:
Campurkan semua bahan (kecuali kulit wantan) serta gaul sehingga sebati. Kemudian balut dengan kulit wantan satu persatu sehingga siap. Boleh direbus atau digoreng, hidangkan panas.
AYAM GORENG BERSALUT TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- Isi ayam (ikut cita rasa jumlahnya)
- 4-5 sudu mentega
- Sedikit daun kari
- 3-4 biji cili padi (dihiris)
- 3-4 ulas bawang putih (dihiris)
- 3 biji telur masin (direbus & diambil kuning telurnya, dilenyek)
- Minyak untuk menggoreng
- Garam dan lada sulah
- Bahan perap (campuran tepung jagung, tepung gandum, sedikit garam & lada sulah)
CARA MEMBUAT:
Golek-golekkan isi ayam ke dalam bahan perap, goreng sehingga keemasan dan rangup. Di dalam kuali lain panaskan mentega. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari. Kemudian masukkan telur masin dan kacau selalu. Masukkan semula ayam goreng ke dalam telur masin, gaul rata. Tutup api dan hidangkan.

Kalau Anda Anak Jati Malaysia, Kena Cuba 7 Perisa KitKat Ilham Anis Nabilah Ini

Nona salute bakat kulinari dan cara Anis Nabilah yang tidak putus-putus mempromosikan sajian Malaysia kepada dunia. Pelantikannya sebagai Pakar Perisa KitKat sejak tahun lalu dimanfaatkan sebaik-baiknya cef selebriti ini yang ternyata bijak mengetengahkan juadah tradisi dan makanan kegemaran rakyat Malaysia sebagai elemen utama dalam penghasilan coklat premium jenama tempatan ini.
Berbekalkan pengalaman luas yang ditimba selama ini, Anis menzahirkan kreativiti pembuatan coklat KitKat berteraskan cita rasa rakyat Malaysia sehingga terhasilnya wafer coklat berperisa Nasi Lemak, Deconstructed Ice Kacang, Ice Cream Potong, Traditional Onde Onde, Teh Tarik, Durian Delight dan Milo. Sempena ulang tahun pertama pembukaan kedai konsep KitKat Chocolatory di Mid Valley Megamall semalam, Anis turut berbesar hati membuat demonstrasi penyediaan coklat tersebut sebelum diberikan kepada orang ramai.
“Dengan bantuan KitKat, saya dapat menghasilkan pelbagai perisa yang menyeronokkan dan benar-benar menjiwai selera Malaysia. Dari Deconstructed Ice Kacang, Ice Cream Potong hingga ke Traditional Onde Onde, saya tidak akan melupakan asal-usul saya sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa berusaha mencari keseimbangan antara ramuan tempatan dari Malaysia dan antarabangsa untuk mengeluarkan ciptaan KitKat saya sendiri.
KitKat Chocolatory memberi peluang kepada setiap pelanggan dan juga penggemar coklat untuk mencipta perisa coklat yang diinginkan dengan hasil yang sungguh luar biasa,” tuturnya.
Selain mengandungi ramuan berkualiti seperti kacang badam panggang, karamel kenyal dan kepingan cili pedas, KitKat Chocolatory turut menawarkan sebanyak 10,000 kombinasi perisa berbeza kepada pelanggan. Malah, ia juga sesuai dijadikan sebagai hadiah atau cenderahati kerana mempunyai pilihan kotak hadiah pelbagai warna dan corak berserta mesej tersendiri.
Elak Pesan Makanan Segera, Cuba Hidangan Spageti Sejuk Beku Ini Yang Lebih Mudah & Menyihatkan

Lumrah duduk di rumah, selera makan tiba-tiba bertambah dan mulut asyik nak mengunyah. Tambah lagi sekarang musim cuti sekolah dan ramai yang work from home, pasti ada yang suka fast food sebagai alas perut.
Baru-baru ini, Nona didatangi tiga hidangan spageti sejuk beku yang mudah disediakan. Rasanya sedap macam hidangan di kafe dan paling menarik, sangat cepat dan mudah dimakan. Ketiga-tiga spageti Ayam Brand ini juga lazat serta diperakui halal oleh JAKIM.



5 KELEBIHAN
- Hidangan untuk seorang yang seimbang dan menggabungkan karbohidrat, protein dan lemak untuk hidangan yang enak, mengenyangkan dan rendah kalori bagi membekalkan tenaga dan nutrisi yang anda perlukan untuk menghadapi cabaran bekerja atau belajar dari rumah.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 4g serat pemakanan setiap hidangan supaya anda kenyang.
- Tidak mengandungi lemak trans untuk hidangan yang lebih sihat.
- Makanan cepat, sihat dan mudah untuk memastikan kita mendapat makanan sempurna walau sesibuk mana sekalipun – kurang 330 kalori setiap hidangan!
- Dibuat daripada makanan sebenar yang tidak diproses termasuk ikan kembung, ikan tuna, udang dan sayur-sayuran serta pasta yang disahkan organik. Tanpa MSG, perisa tiruan atau bahan pengawet, hanya rasa yang kaya dan semula jadi. Dimasak sehingga cukup sempurna kemudian dibeku segera di atas pasta organik bagi mengekalkan rasa, tekstur dan kualiti tanpa bahan pengawet.
Hanya lima minit diperlukan dengan empat langkah mudah. Buang sarung, buka penutup dan tutup semula secara tidak rapat, letakkan di dalam ketuhar gelombang mikro pada kepanasan tinggi untuk 4 minit 30 saat, dan makan. Lebih cepat dari pesan makanan segera, malah menyihatkan!
Selamat mencuba.