Hidup adalah putaran. Siang mengerjakan tugas, memeras minda dan tenaga demi rumah tangga serta kerjaya. Tiba malam untuk istirahat, itulah masanya tubuh kita memulihkan sel-sel, mengembalikan stamina dan detoks untuk kebaikan hari esok. Seperti memilih busana yang paling indah, penting untuk kita mencipta suasana tidur yang nyenyak dan selesa di rumah.
Tilam yang empuk dan suhu penyaman udara dengan penapis bervitamin menjadikan momen rehat anda pada setiap malam lebih bermakna. Nona tertarik dengan produk rumah pilihan selebriti Nabila Razali, Tilam CUCKOO A-Series dan Penyaman Udara CUCKOO Vita-S Inverter menjadikan waktu tidur penyanyi serta pelakon popular ini lebih berkualiti daripada dulu.
Ads
Selepas kejayaan lagu Peluang Kedua dan Putus, Nabila Razali yang muncul dengan single baharu – Aku Terluka – sememangnya menyenangi jenama CUCKOO di kediamannya.
Antara yang paling disukai adalah Tilam CUCKOO A-Series yang banyak membantu beliau tidur lebih lena selepas melalui hari yang sibuk.
Maklumlah sebagai artis dan wanita berkerjaya, Nabila Razali tentunya harus kelihatan sihat dan segar setiap masa. Dengan tilam yang bagus, beliau bukan saja dapat menjaga kesihatan tulang belakang malah menikmati masa tidur yang benar-benar merehatkan.
TILAM PALING SELESA
Salah satu kelebihan Tilam CUCKOO A-Series ini adalah ia diperbuat dengan 100% lateks semula jadi. Ketika anda berbaring, tekanan di bahagian belakang rangka tubuh akan disokong oleh tujuh zon unik bagi menjaga kesihatan tulang belakang.
Dengan ciri 5 Zon Spring Teras juga, membantu mengatasi sakit belakang, pinggang dan lenguh bahu.
Tidak berkeriut atau bergegar seperti tilam biasa, Tilam CUCKOO A-Series memperkenalkan ciri pemindahan pergerakan sifar. Jadi, bolehlah anda atau pasangan bergerak mengiring ke kiri atau kanan dengan selesa.
Menariknya, teknologi ‘Dustic Freeze’ pada tilam ini memberikan anda rasa sejuk dan nyaman, bersifat anti-statik serta anti-debu hama. Sangat sesuai untuk melindungi pengguna yang menghidap asma atau alahan disebabkan tilam yang kotor.
Ia juga bebas dari Aniline yang membahayakan kesihatan.
PENYAMAN UDARA BERVITAMIN
Ads
Satu lagi produk kelengkapan elektrik yang mesti dimiliki adalah Penyaman Udara CUCKOO Vita-S Inverter. Dengan fungsi kawalan pintar, kini anda boleh menghidupkan atau menutup suis dari apps telefon, walau dimana pun berada.
Tapi yang paling mengujakan, teknologi penapis bervitamin C pada penyaman udara ini memang baik untuk kulit. Bukan sahaja meningkatkan kekebalan tubuh, malah melembut dan melembapkan kulit serta mengurangkan tanda-tanda penuaan akibat suhu rendah. Barulah kulit muda remaja!
Teknologi Revolusioner Pengion Perak pula membantu mencegah pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria yang aktif di udara. Ia juga baik untuk menghilangkan partikel debu hama dan debunga yang bertebaran di kediaman anda.
Pensteril LED Ultraviolet-C (UVC) juga bertindak untuk menghapuskan 99.9% kuman dan virus sambil menghalang pembiakan kuman.
Ads
Tak perlu khuatir tentang kebersihan Penyaman Udara CUCKOO Vita-S Inverter kerana ia dilengkapi sistem pembersihan auto yang cukup memudahkan. Unit yang bersih memastikan tiupan udara dingin yang menyihatkan.
Tambah lagi fungsi aliran udara 4D, sejuknya merata ke seluruh bilik.
BERBALOI DIMILIKI
Sesuai untuk kesempurnaan gaya hidup di kediaman anda, produk Cuckoo menjanjikan inovasi kualiti pada harga berpatutan, termasuk servis berkala dan jaminan ketahanan.
Seperti Nabila Razali yang sentiasa memilih produk terbaik, anda juga boleh memiliki Tilam CUCKOO A-Series atau Penyaman Udara CUCKOO Vita-S Inverter di kediaman.
Bagi yang berminat, klik jer link di bawah untuk info lengkap dan cara pembelian mudah:
Virus COVID-19 masih berlegar dalam komuniti. Data Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis pada 1 Mei menunjukkan 80% jumlah kes di Malaysia membabitkan kes sporadik serta menjangkiti paling ramai golongan muda.
Sebagai wanita yang prihatin, kita pasti mahukan keluarga sentiasa dilindungi serta selamat daripada jangkitan virus.
Demi orang tersayang, amalan duduk di rumah, penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta kerap membersihkan tangan, satu lagi cara terbaik adalah mencuci pakaian secara norma baharu.
CUCIAN BEBAS VIRUS
Seperti tangan, pakaian kita juga adalah ‘kenderaan kuman’. Kerana itu penting untuk memastikan proses cucian benar-benar berkesan menyingkirkan virus secara sepenuhnya.
Nona tertarik dengan inovasi pencuci pakaian No. 1 Malaysia iaitu TOP yang memperkenalkan teknologi Advanced Micro-Clean Tech.
Advanced Micro-Clean Tech TOP mampu untuk menanggalkan 99.9% virus, bukan sekadar bakteria.
Ia juga adalah solusi terbaik kepada kebimbangan kita terhadap kemungkinan virus berbahaya yang masih melekat pada baju yang telah dicuci, dan seterusnya membawa risiko kepada mereka yang tersayang.
Teknologi pencuci pakaian generasi baru ini berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria.
Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.
Detergen ini menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan berbau segar.
SESUAI PANDEMIK
“Sejak saya kembali bekerja, saya bimbang sekiranya terbawa balik virus bersama pakaian, sebab nenek saya tinggal bersama kami. Oleh itu, kami harus berhati-hati.
Kami sudah biasa menanggalkan baju kotor dan meninggalkannya dalam bakul baju yang tertutup sebaik sahaja sampai di rumah. Kami akan mencuci baju setiap petang untuk mengurangkan risiko penularan. Saya berasa senang hati menggunakan TOP sebab ia menyingkirkan 99.9% virus.” Wenny Soong, ibu kepada dua anak
“Sebelum wabak ini saya tidak tahu perbezaan antara virus dan bakteria. Saya risau akan menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan-kawan, pelanggan dan rakan sekerja secara tidak sengaja kerana saya pekerja barisan hadapan.
Saya mendapati TOP menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19 dari pakaian saya, dan ia memberi jaminan dan ketenangan minda kepada saya. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua.” Muhammad Syahidee, pemandu e-hailing
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak berlangsungnya majlis Istiadat Perkahwinan di antara YTM Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan YAM Che Puan Sofie Louise Johansson pada bulan April 2019, perhatian rakyat mula tertumpu kepada wanita kelahiran Sweden ini.
Che Puan Sofie Louise bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata malah bijak membawa diri bersama rakyat Kelantan khususnya. Wanita yang gemar memakai baju kurung moden dan berselandang ini tidak kekok bertemu masyarakat, aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, ligat di dapur, pandai menjahit dan gemar berbasikal.
Semalam, Che Puan Sofie Louise telah meraikan ulang tahun keputeraan suaminya seperti yang telah dikongsinya di laman media sosialnya. “Januari 20. Happy Birthday to my lovely husband. May all your dreams come true. Wishing good health and many many happy years together,” coretnya yang memilih tema kuning untuk meraikan tarikh keputeraan suami tersayang.
Tengku Mahkota Kelantan pula diputerakan pada 20 Januari 1974 di Istana Kota Lama, Kota Bharu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail Petra II sebelum meneruskan pengajian di Oakham School, London di peringkat sekolah menengah.
Che Puan Sofie yang berasal dari Sweeden ini khabarnya mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi. Cik Puan Sofie dilahirkan pada 6 Jun 1986 dan membesar di Linköping, bandar yang terletak di utara Sweden dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan figura cantik dan bersuara lunak ini. Sejak dari dulu kecantikan miliknya bagaikan tak pernah pudar. Penyanyi era 1980-an yang popular dengan lagu seperti Cubit-Cubit Sayang, Satu Dua Kau, Rindu Merindu dan Bohong Ah Bohong ini walaupun sudah berusia 55 tahun tapi tetap kelihatan cantik menawan.
Mencungkil rahsia Salwa Abd Rahman kekal awet muda, “Sebenarnya tak ada sebarang rahsia. Saya memang dari kecil hingga sekarang suka kecantikan dan sentiasa menjaga kulit.
Dulu-dulu bila tengok mak menjaga kecantikan kita pun akan terikut sama. Teringat dulu bila mak saya menggunakan hampas kelapa sebagai lulur di tangan dan seluruh badan. Maklumlah dulu-dulu bukan ada jual produk kecantikan. Kaedahnya, guna apa sahaja yang ada di dapur. Tapi ternyata menggunakan hampas kelapa buat kulit kita jadi lembut dan berminyak.
Mak saya juga menggunakan sabut kepala untuk mencuci daki. Mak akan pilih sabut kelapa yang lembut dan mencuci daki kami adik beradik. Tapi itu dulu, sekarang saya selesa menggunakan produk kecantikan yang lagi mudah dan berkesan.
Melihat kesungguhan mak menjaga kecantikannya juga menjadikan saya mula menjaga kecantikan dari awal dengan rutin penjagaan wajah seperti membersihkan wajah, penyegar dan pelembap. Saya juga tak akan tidur bersama mekap. Kena bersihkan dulu walaupun kadang-kadang terlalu mengantuk,” tutur lembut isteri kepada pemain bola sepak, Subadron Abdul Aziz ini.
Tambahnya lagi, “Saya juga menjaga pengambilan makanan. Tapi sejak umur 40 tahun saya mula berdiet. Saya makan nasi sekali dalam seminggu. Selain itu, saya juga jogging untuk menjaga stamina. Alhamdulillah, walaupun dah berusia tapi saya masih mendapat undangan nyanyian.
Cuma sejak akhir-akhir ini terutama selepas ‘kehilangan’ teman baik Datuk Nasseir Wahab saya banyak menolak undangan tersebut. Banyak kenangan bersama arwah yang sama-sama naik ketika menyanyi dulu tak dapat saya lupakan,” ujar Salwa yang pernah menunaikan umrah bersama arwah Datuk Nasseir Wahab pada tahun 1992.
Bercerita tentang sambutan hari raya pula, “Seperti kebiasaan saya dan keluarga akan pulang beraya ke Johor. Walaupun mak dan abah dah tak ada kami tetap pulang beraya. Tapi tahun ini tak dapat pulang beraya sebab tak dibenarkan merentas negeri. Kampung Abang Bad pula di Gombak saja.
Bagi menghidupkan suasana raya, kami sekeluarga tetap mengikut tema yang telah dipilih iaitu merah jambu. Bila buat video call bersama keluarga, semua pakai warna baju yang sama.
Saya juga masak juadah raya seperti ketupat, kari ayam, ayam masak merah dan lodeh. Tahun ini banyak pula juadah raya yang saya sediakan memandangkan berada di rumah dan banyak masa dihabiskan hanya di rumah. Saya hanya mengundang saudara terdekat dan rakan rapat. Saya buatkan jadual lawatan, kan sebab tak boleh lebih daripada 20 orang,” kata wanita cantik ini.
Melihat keluarga kecil Salwa Abd Rahman, ternyata anak-anaknya sudah meningkat dewasa. “Alhamdulillah, anak-anak dah besar sekarang. Anak yang sulung, Puteri Sulaikha dah berusia 22 tahun. Lega saya bila anak-anak dah mula bekerja. Yang sulung baru tamat belajar di Taylor’s College dan dah dapat kerja.
Yang bongsu pula, Putera Sufrie Nizam juga dah kerja dengan syarikat sendiri. Walaupun baru berumur 19 tahun tapi saya bangga bila dia sudah mahu bekerja,” kata Salwa tentang kedua-dua anaknya.
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...