Regim kecantikan ada kalanya menjadi sangat sukar apabila terlalu banyak langkah yang perlu diikuti. Akhirnya anda akan hanya tidur dengan solekan yang masih cantik pada wajah. Kesalahan dalam penjagaan wajah adalah titik permulaan masalah kulit wajah. Jangan tuding jari pada orang lain tetapi diri sendiri. Sebagaimana anda mengenali tubuh, begitu juga anda perlu kenal jenis kulit wajah. Kenali 10 kesalahan yang kerap anda lakukan setiap hari.

Ads
  1. Produk

Pencuci wajah yang betul menanggalkan kotoran dan solekan, bukannya minyak semula jadi yang ada pada kulit atau sel-sel sihat. Kenalpasti produk yang memberi kebaikan ini pada kulit dan lakukan sedikit kajian mengenai produk terbaik untuk kulit anda, sama ada penggunaan secara tidak terlalu lembut dan tidak terlalu kasar sehingga menyebabkan kulit iritasi atau tegang.

  1. Over do

Mencuci wajah sekali hingga dua kali sehari adalah protokol terbaik untuk menjaga kulit wajah. Selebihnya, ia pasti menimbulkan iritasi  dan seterusnya memaksa kulit mengeluarkan lebih banyak minyak. jika anda tidak mengenakan solekan atau berpeluh sepanjang hari, tidak perlu pencuci wajah pada waktu malam dan cuba bersihkan wajah dengan air suam. Berikan masa rehat buat kulit seketika.

  1. Salah suhu

Mitos: Air panas membuka pori dan air sejuk menutupnya kembali. Realitinya, pori tidak mempunyai otot untuk terbuka dan tertutup.  Sementara air panas terasa baik untuk kulit tetapi ia sebenarnya mengganggu kulit semula jadi anda, minyak perlindungan dan membawa kepada over-drying atau over production sebum. Air suam adalah pilihan terbaik untuk mencuci wajah.

  1. Penggelupasan terlalu banyak

Penggelupasan baik untuk membuang sel kulit mati tetapi kesederhanaan adalah kata kuncinya. Skrub muka hanya sesuai digunakan dua kali seminggu agar kulit anda tidak kasar dan terasa pedih. Gunakan tangan dan elakkan tuala kerana ia lebih kasar dan menyakitkan kulit wajah.

  1. Cuci bersih

Apabila anda tidak membersihkan wajah dengan betul, sabun yang tertinggal itu akan menjadi sisa dan menutup pori serta mengeringkan kulit. Cuci sempurna walaupun anda garisan rahang, garisan rambut dan hidung kerana ia biasanya menjadi spot terlepas pandang.

  1. Kandungan iritasi

Berjanjilah pada kulit anda untuk tidak menggunakan produk mengandungi bahan-bahan penyebab iritasi seperti pewangi, pewarna dan bahan preservatif seperti paraben. Sentiasa baca label kandungan sebelum membeli produk penjagaan kulit.

  1. Tuala muka

Tekap, jangan gosok. Benar, menggosok tuala pada muka terasa sedap tetapi ia umpama menarik kulit dan meletakkan kulit wajah anda pada tahap elastik. Pilih tuala muka yang lembut dan sesuai untuk wajah. Paling penting, jangan berkongsi tuala muka walaupun kulit muka orang itu tidak bermasalah.

  1. Lembapan berpanjangan

Untuk melembutkan kulit dan membiarkan kulit wajah terus lembap dan berseri, sapu pelembap wajah sebaik sahaja anda menbersih wajah. Begitu juga dengan sapuan serum dan produk rawatan kulit lain. Biarkan kulit anda benar-benar kering agar serum dan losyen pelembap tadi boleh menyerap sempurna.

Ads
  1. Pelaburan jangka panjang

Semakin meningkat usia, kulit wajah semakin sukar dibelai. Penjagaan lebih rapi perlu agar ia sentiasa terpelihara. Cari produk dengan kandungan ringkas, semula jadi dan kekal merawat wajah berbanding produk berjenama, mahal tetapi meninggalkan kesan sampingan.

  1. Takut minyak

Ramai mengelak dari menyapu minyak pada wajah kerana telah lama disogokkan dengan pendapat;wajah berminyak akan menambahkan lagi minyak pada wajah. Kajian kini menunjukkan minyak yang betul boleh membersihkan pori wajah dan menjadikan ia lebih lembap dan terpelihara serta mengelakkan kulit wajah dari kering dan kusam.

 

Ads

 

.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI