Memasuki angka 13 tahun usia perkahwinan, pasangan pelakon Titi Kamal dan Christian Sugiono dilihat terus bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang.

IKLAN

Sukses & Terkenal, Jom Intip Dekorasi Banglo  Mewah Titi Kamal & Christian Sugiono
Titi Kamal yang popular menerusi watak Maura dalam filem Ada Apa Dengan Cinta ini ternyata mempunyai cara tersendiri untuk memastikan perkahwinan yang dibina pada 2009 sentiasa harmoni.
“Jika sedang marah jangan terbawa-bawa perasaan. Tenang dahulu dan jangan terlalu ikut ego sendiri.
“Suami boleh berkompromi tentang apa yang isteri tidak suka dan begitulah sebaliknya,” jelas Titi.

Sukses & Terkenal, Jom Intip Dekorasi Banglo  Mewah Titi Kamal & Christian Sugiono
Tambahnya lagi jika berlaku sebarang salah faham, dia dan suami sama-sama akan mengalah dan mengelak daripada keluar rumah.

“Kalau ada berlaku salah faham, ambil ruang sendiri untuk tenangkan diri.
“Apa yang penting jangan keluar rumah ketika bergaduh, tetap berada di rumah dan cuba selesaikan masalah,” ujarnya.

Sukses & Terkenal, Jom Intip Dekorasi Banglo  Mewah Titi Kamal & Christian Sugiono
Hasil perkahwinan dengan Christian, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arjuna Zayan Sugiono dan Kai Attar Sugiono.
Tahun ini, pasangan ini juga meraikan kejayaan terbesar dalam kehidupan mereka sebagai suami isteri apabila berpindah ke kediaman mewah milik mereka yang dianggarkan mencecah hingga Rp20 miliar.

Sukses & Terkenal, Jom Intip Dekorasi Banglo  Mewah Titi Kamal & Christian Sugiono
Banglo mewah ini mengetengahkan seni reka moden terletak di wilayah Ragunan, Jakarta Selatan, merupakan rumah impian Titi dan Tian sejak sekian lamanya.
Pasangan ini mendapatkan khidmat arkitek dan pereka dalaman terbaik untuk memastikan kediaman impian mereka dapat direalisasikan demi keselesaan keluarga kecilnya.

Ternyata pemilihan perabot, warna dan keseluruhan banglo dengan rekaan moden ini bagaikan berada di hotel apatah lagi gaya dekorasi nan moden menambahkan lagi ciri-ciri selesa dan elegan.

Sukses & Terkenal, Jom Intip Dekorasi Banglo  Mewah Titi Kamal & Christian Sugiono
Malah, reka bentuk dalaman kediaman ini menjadi viral di kebanyakan mediao sosial di Indonesia kerana pasangan ini berkongsi kegembiraan mereka dapat merealisasikan impian memiliki kediaman yang bukan sahaja moden, tetapi memenuhi keperluan dan impian Tian dan Titi secara keseluruhannya.
Kediaman moden dan mewah dengan keluasan 1000 meter persegi itu mempunyai ciri smart home yang moden serta pencahayaan yang baik serta nyaman.
Tambah Titi Kamal lagi, apabila pandemik melanda, kedua-duanya banyak menghabiskan masa di rumah dan memastikan kediaman ini menjadi lokasi terbaik untuk berehat dan bersantai bersama keluarga.

 

IKLAN

Sepanjang proses pengubahsuaian kediaman ini, baik Titi mahupun Tian memberi perhatian khusus terhadap kerja-kerja pengubahsuaian kerana yakin sentuhan dari tuan rumah juga memainkan peranan penting untuk memastikan kediaman yang diidamkan mampu dilaksanakan.

Sukses & Terkenal, Jom Intip Dekorasi Banglo  Mewah Titi Kamal & Christian Sugiono
Kehadiran sebuah kolam renang juga memberikan impak terhadap kediaman ini yang dipenuhi rimbunan pepohon yang menghijau memandangkan Tian amat menggemari unsur tumbuh-tumbuhan menghijau di kediaman tersebut.

Sukses & Terkenal, Jom Intip Dekorasi Banglo  Mewah Titi Kamal & Christian Sugiono
Satu sudut ruang solat juga turut disediakan oleh pasangan selebriti ini untuk memudahkan para tetamu mengerjakan solat dengan selesa. Apa yang menarik, ruang solat ini menampilkan seni outdoor dengan atap transparent agar suasana semulajadi dan nyaman lebih terasa terutamanya di waktu malam.

IKLAN

Meskipun terlihat lutsinar, namun ia menampilkan tapisan sehingga 60% UV dan tidak terasa bahangnya.

Sukses & Terkenal, Jom Intip Dekorasi Banglo  Mewah Titi Kamal & Christian Sugiono
Manakala ruang makan di kediaman mewah pasangan ini menggunakan nuansa biru sebagai rona utama. Ia memberikan mode bagaikan berada di apartmen mewah dengan pemandangan menghadap ke kolam renang.

Sukses & Terkenal, Jom Intip Dekorasi Banglo  Mewah Titi Kamal & Christian Sugiono

Sukses & Terkenal, Jom Intip Dekorasi Banglo  Mewah Titi Kamal & Christian Sugiono

Sukses & Terkenal, Jom Intip Dekorasi Banglo  Mewah Titi Kamal & Christian Sugiono
Ternyata, kediaman mewah pasangan selebriti popular Indonesia ini bakal mencetus inspirasi untuk anda menghias kediaman bagaikan berada di hotel bertaraf lima bintang. Gabungan warna dan pemilihan perabot moden menjadikan banglo mewah Titi Kamal dan Christian Sugiono ini nampak elegan dalam kelasnya tersendiri!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI