Sultan Johor Dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang Dari NUS

Rabu lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dianugerahkan ijazah kehormat oleh Universiti Nasional Singapura (NUS).

Foto: Instagram (@officialsultanibrahim)

Perkhabaran membanggakan itu dikongsikan sendiri oleh baginda menerusi hantaran yang ditulis, berserta muatnaik foto-foto penerimaan pengiktirafan tersebut di Instagram @officialsultanibrahim.

Pihak universiti menganugerahkan Sultan Ibrahim dengan Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang bagi mengiktiraf “peranan penting dan sumbangan baginda dalam memastikan keamanan dan kemakmuran Negeri Johor serta sumbangannya tidak ternilai dalam mengkukuhkan hubungan dua hala antara Singapura dan Malaysia.

Majlis penganugerahan yang berprestij itu berlangsung di Istana di mana Presiden Halimah Yacob yang juga Canselor NUS telah menyampaikan anugerah kepada Sultan Ibrahim.

Foto: Instagram (@officialsultanibrahim)

NUS menyatakan Ijazah Kehormat itu adalah pengiktirafan tertinggi kepada individu yang menyumbangkan perkhidmatan cemerlang dan meninggalkan impak besar di peringkat tempatan dan global.

“NUS berbesar hati menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang kepada Sultan Ibrahim. Di bawah kepimpinan Sultan Ibrahim, jalinan hubungan dua hala antara Singapura dan Johor serta Malaysia semakin mendalam dan kukuh” kata presiden NUS, Tan Eng Chye.

Foto: Instagram (@officialsultanibrahim)
Foto: Instagram (@officialsultanibrahim)

Melihat pada hantaran baginda, kelihatan ramai sekali rakyat jelata yang menitipkan ucapan tahniah dan gembira dengan perkhabaran ini. Sekalung tahniah NON ucapkan kepada baginda atas penganugerahan ini.

Sumber: Berita Mediacorp Singapura

*****************************************

Mahukan anak-anak dan keluarga mencintai kitab suci Al-Quran? Eksklusif untuk pembaca Nona, dapatkan Karangkraf Al-Quran Amazing 6 Juzuk dengan harga promo kod NONGSP5. Tak susah pun nak order, klik untuk beli di sini.

*****************************************

Share
Published by
Wan Firdaus