Alhamdulillah, tumpang gembira untuk rakyat negeri Kelantan apabila Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan mengumumkan perkhabaran mengenai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan mengembalikan Emolumen Diraja kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan. Baginda mengambil langkah sama seperti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan mengembalikan Emolumen Diraja selama 6 bulan bermula dari bulan April 2020 sehingga bulan September 2020.

Ads

Baginda berharap Emolumen Diraja yang dikembalikan ini akan dapat diuruskan sewajarnya oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan supaya dapat membantu meringankan beban rakyat Kelantan yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan.

SULTAN KELANTAN Pulangkan Emolumen Diraja Untuk Bantu Rakyat Terjejas PKP SULTAN KELANTAN Pulangkan Emolumen Diraja Untuk Bantu Rakyat Terjejas PKP

Dalam pada itu, Baginda turut mengingatkan seluruh rakyat supaya bekerjasama membantu barisan hadapan dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan kerana ia adalah penting untuk melandaikan puncak jangkitan (flattening the curve) dengan melindungi golongan yang mudah terdedah dan mengelakkan lebih ramai keluarga kehilangan orang yang disayangi.

KDYMM Sultan Muhammad V turut bertitah walaupun Perintah Kawalan Pergerakan ini mungkin sukar bagi ramai orang, tetapi ia adalah langkah yang perlu diambil. Baginda berharap supaya rakyat dapat terus bersabar dan memandang Perintah Kawalan Pergerakan dari sudut positif di mana mereka boleh meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga, bermuhasabah dan beribadat. Baginda berpesan supaya rakyat sentiasa bertimbang rasa dan saling membantu di antara satu sama lain.

Ads
SULTAN KELANTAN Pulangkan Emolumen Diraja Untuk Bantu Rakyat Terjejas PKP
Kredit foto: Instagram Koleksi Foto Sultan Muhammad V
SULTAN KELANTAN Pulangkan Emolumen Diraja Untuk Bantu Rakyat Terjejas PKP
Kredit foto: Instagram Koleksi Foto Sultan Muhammad V
SULTAN KELANTAN Pulangkan Emolumen Diraja Untuk Bantu Rakyat Terjejas PKP
Kredit foto: Instagram Koleksi Foto Sultan Muhammad V

Baginda sekali lagi merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan dan semua yang terlibat dalam sektor perkhidmatan kritikal yang tidak mengenal penat lelah dan berkorban untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Ads

Akhir sekali, Baginda mengajak semua rakyat untuk turut sama berdoa ke hadrat Allah SWT supaya penularan Covid-19 ini dapat dikekang dan barisan hadapan yang sedang berjuang menyelamatkan pesakit sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam melaksanakan tugas.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI