Kerajaan Negeri Kelantan melalui agensi media rasmi Kerajaan Negeri Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah atas  penerimaan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK) membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan.

IKLAN

Menerusi gambar yang dikongsikan Unit Media Pejabat Kelantan, kelihatan Sultanah Kelantan itu anggun bertudung litup. Semenjak dimahsyurkan pada 2 Ogos lalu, Sultanah Kelantan itu sering mencuri pandangan menerusi perkongsian foto di laman sosial.

Anggun Berhijab Sultanah NUR DIANA PETRA Rai Hari Keputeraan Suami Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran

Sultanah Nur Diana Petra mendahului 769 penerima kurniaan darjah kehormatan tersebut di Istana Balai Besar, semalam.

Anggun Berhijab Sultanah NUR DIANA PETRA Rai Hari Keputeraan Suami Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran

Dalam istiadat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-53 itu juga, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra yang dikurniakan gelaran Tengku Bendahara Kelantan.

@jimimcxtra #idupguecarague ♬ Allahuakbar – Hafiz Hamidun

Dalam istiadat yang sama, Che Puan Sofie Louise bersama Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dari Brunei Darussalam menerima darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK) yang membawa kepada gelaran Dato’.

IKLAN

Anggun Berhijab Sultanah NUR DIANA PETRA Rai Hari Keputeraan Suami Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran

Manakala Exco Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, YB Dato’ Dr Izani Husin diperkenankan baginda menerima kurniaan Darjah Kebesaran Jiwa Mulia Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK), membawa gelaran Dato’.

IKLAN

Gambar: FB Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI