
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Petronella Douny sebagai Ketua Jurulatih baharu skuad bola sepak wanita bawah (B) -17 tahun kebangsaan.

Pelantikan Petronella diumum oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Ia sejajar dengan visi FAM bagi memperkasa bola sepak wanita dengan membina skuad bola sepak wanita kebangsaan.
Petronella merupakan satu-satunya jurulatih wanita di Malaysia yang memiliki Lesen A Kejurulatihan dari Persatuan Bola Sepak Asia (AFC) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Memetik kenyataan Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell, pelantikan itu dibuat berdasarkan komitmen dan pencapaian bekas pemain kebangsaan itu sebagai bekas Penolong Jurulatih skuad Malayan Tigress B-18 pada kempen Kejuaraan AFF Wanita B-18 di Palembang, Indonesia tahun lalu.
Ia sekaligus menjadi faktor kepada pemilihannya sebagai Ketua Jurulatih Skuad Malayan Tigress B-17.
Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) turut menyambut baik dan berbangga dengan pelantikan Penolong Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah, Petronella Douny sebagai Ketua Jurulatih Malayan Tigress B-17.

Menurut Setiausaha Agung SAFA, Datuk Dr Jelani Hamdan, Petronella yang berasal dari Tamparuli antara jurulatih bertauliah yang berjaya dilahirkan badan induk bola sepak Sabah menerusi program pembangunan bola sepak Sabah.
“Tahniah kepada Petronella Douny atas pelantikan sebagai Ketua Jurulatih Malayan Tigress B-17. Beliau adalah satu-satunya jurulatih wanita yang memiliki Lesen Kejurulatihan AFC/FAM A.
“Beliau juga bertindak sebagai Penolong Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah pada masa ini.”
Sumber: Sabah Media
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
‘Kulit Jadi Hitam, Mengelupas Macam Terbakar’, Ini Pengalaman Dahsyat Pesakit Leukimia Tempuh Kemoterapi

Saat diuji dengan penyakit, bersabarlah. Mungkin Tuhan sedang meletakkanmu di busur-Nya. Menarikmu jauh ke belakang, agar di saat kau dilepaskan… kau memiliki kekuatan luar biasa yang membawa ke sasaran.
Zaman sekarang, ramai yang tak hairan bila dengar tentang kanser. Terlalu banyak, malah mungkin hampir setiap orang daripada kita mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang menghidapnya.
Kanser dan kemoterapi, dua nama yang sukar dipisahkan. Ramai yang menolak opsyen rawatan ini kerana tak sanggup menahan azab yang digembar-gemburkan.
Ya, sangat azab separuh mati tapi kemoterapi inilah yang menyelamatkan nyawa Adam Syakir, 26, seorang bekas pesakit leukimia atau Chronic Myloid Leukimia (CML).

Sel-sel kanser mula dikesan seawal tahun 2010. Menurut Adam, pada awalnya dia hanya mengambil ubat glivec tapi lama-kelamaan, ubat tersebut sudah mula tak berkesan apabila sel leukimia semakin merebak. Akhirnya tubuh Adam disorong ke wad untuk menjalani transplan dan kemoterapi.
Bagaimana ikhtiar kemoterapi ini akhirnya berjaya membebaskan Adam Syakir daripada leukimia yang dihidapi? Nona berkongsi kronologi pahitnya melalui detik getir ini.
Chemotherapy, Transplant and Remission
(a) Dewasa ini kita digemparkan dengan pelbagai berita penyakit kanser yang makin berleluasa.. ye betul tu.. sekarang kanser tu dah macam demam biasa2.. dah macam batuk2.. contoh macam lepak2 minum air.. tetiba keluar topik.. weh ko ada dengar cerita tak anak pak leman senget kena kanser.. baik budak tu dulu..
Kanser ni dah macam sesuatu yang normal.. normal tapi membunuh.. tapi macam mana nak bunuh pembunuh ni? semua tahu nak lawan kanser ni dengan chemotheraphy.. dan ini pengalaman aku chemo dan transplant dari view seorang pengidap CML.
(b) Sebelum nk buat transplant.. kena ambik sum2 tulang dulu.. OMG.. ambil air sum sum tulang.. no no nanti anak aku lumpuh.. aku tak bagi doktor amik sum sum tulang nanti lumpuh.. pernah dengar ayat camtu?? biasanya pakcik makcik selalu fikir camtu.. ambil sum2 terus lumpuh.. dengar la sangat jiran tu cerita.. memang jiran tu ad PHD pun.. kalau korang nak tau.. BMA atau bone marrow aspire ni, lansung takde side effect pape..
Macam aku ni.. dah berpuluh2 kali ambik air sum2 tulang.. syukur masih elok lagi berjalan berjimba berzumba.. jangan risau.. doktor2 nurse semua pro.. just bius zup zap siap terus 5 jam boleh balik rumah mais fifa17.. lepas ambil sum2 tulang.. tnggu result.. then ambil darah adik beradik.. untuk apa ambil darah adik beradik?
(c) Ambil darah adik-beradik tu untuk cari sum sum tulang siapa paling sesuai.. penderma ni susah nak cari.. yang betul match pun susah nak dapat.. tapi syukur.. ALLAH bagi aku peluang.. aku dengan adik aku match 100%..
Bila dah ada penderma.. sesi kaunseling pulak.. haaaaaa masa ni la doktor cerita semua.. ape side effect.. peratus2 semua tu.. time ni doktor bilang.. 50 50 je peratusan survive.. survive oi.. hidup mati.. memang la orang cakap ajal maut di tangan tuhan.. tapi hamba mana yang tak tergugat semangat bila dengar 50 50 je peluang..
Fikir2 taknak buat.. tapi bila fikir2 lama2 lagi.. ambil keputusan nk carry on je.. sebab ni last chance.. lepas ni takde dah.. bak kata pepatah amin..alang2 menyeluk pekasam biar ke pangkal buku lali.. there is no turning back!
(d) Maka bermula la episod aku kena chemo.. 4 kali pil chemo.. beratus2 kena telan.. dan dua kali chemo ayaq warna itam kuning.. sebab apa chemo? sebab nak hancur buang terus sum2 tulang yg ada leukimia tu.. basicly tulang aku takde sum sum tulang lah.. yilekk.. pernah makan sup gearbox?? yang duk sedut2 tu lah sum2 tulang.. sedap???
Masa chemo ni.. tak payah cakap la.. seksa yang macam mana tak dapat den nk explain lebih detail.. tubuh panas.. kulit jadi hitam terus.. kulit mengelupas mcm terbakar.. tekak perut mcm terbakar.. ulser dalam mulut mcm cendawan banyak2.. rambut gugur.. muntah2 keluar acid perut.. muntah hijau.. nak makan tak lalu.. nak minum perit.. tubuh kurus sekurus2nya..
(e) Wowwww ada air sirap.. baca elok2 tu.. drainage bag.. tu merah semua tu darah.. datang mana darah tu?? dari pundi kencing.. yaaa tu sebab kencing berdarah.. orang cakap sengugut tu seksa.. ni aku rasa macam sakit sengugut kot.. sakit yang amat..
Tak tahan sakit sangat sampai doktor bg morphine.. morphine pun kena up dosage smpai aku tak rasa pape dengan tubuh aku.. sbb terlalu sakit.. kepada lelaki.. nak pasang urine catheter ni sangat seksa.. korang google sendiri la.. maleh aku nak cerita ngeri sangat.. dah la size tiub bapak besa.. 2 3 minggu jugak nak kasi clear darah dalam pundi tu.. ni sebab chemo tu effect semua.. cell baik cell tak baik semua kasi hentam..
(f) Betapa barai nye kulit lepas chemo.. terbakar koyak sini sana.. hancur terus.. macam pakai produk ada merkuri.. tp ni teruk lagi.. tu rantai aku pakai sebab nk support hickman catheter.. direct masuk dalam dada terus.. apa barang cucuk kat tgn.. (acah2 kuat padahal pedih giler masa nak pasang).
(g) Ni kalau tv3 tengok konpem masuk bersamamu.. dah macam OKU plak.. tapi tu la aku.. lepas chemo.. kurus.. rmbut gugur bertompok2.. kulit hancur.. time ni la aku ada depression.. stress semua muncul ada.. dan masa ni la matatabi muncul teman.. mana tak sedih tak stress.. bila tengok diri sendiri keadaan macam ni kan.. jauh beza dari dulu2..
Nak chemo transplant ni kena semangat.. tapi aku macam dah penat.. letih.. give up.. time tu depression pun mai ahh.. fikir mati la.. fikir kenapa aku kena cancer ni la.. luar nampak normal tapi dalam otak aku dah makin gila. mula cakap sorang2.. gelak sorang2.. nangis sorang.. otak jem sampai tahap aku ada halusinasi.. bercakap dengan someone yang tak wujud..
Sembang2 sorang2 dengan benda tu.. ohh lupa.. nama benda tu matatabi.. pernah dengar ke?? yes tu nama bijuu dalam cerita naruto.. haha.. macam bodoh kan.. plus aku suka meow dan naruto tengah hot time tu nak tamat dah.. jadi otak aku amik keputusan wujudkan watak tu depan mata aku.. so dalam wad aku jadi gila cakap dengan matatabi tu..
(h) Cylosporin.. imatinib.. prednisolone.. penincilin.. semua ubat ni aku makan.. aku tak tau berapa ribu ubat dah ada dalam tubuh aku ni.. dah macam gula2.. ni kalau masuk pertandingan kumpul dan menang for sure aku menang motosikal.. muntah2 tu perkara normal..
Cyclosporin tu ubat petai.. bau macam petai.. fungsi nak kawal hormon.. side efek dia jambang tumbuh lebat.. semua bulu2 lebat.. misai janggut kening.. imatinib ni nk kawal cell2 leukimia dalam badan.. side effect dia muntah dan kulit jadi gebu gebas putih melepak.. haha.. prednisolone untuk jaga hati dan kidney.. yela dah hentam ubat riban2.. kesian kidney kena overwork..
(i) haaaa tengok tu.. beberapa bulan lepas tranplant.. rambut tu aku taktau kenapa jadi putih.. doktor pun pelik.. tak pernah2 jadi camtu.. sampai ada cakap aku kaler rambut.. fitnah tu ta owlooo baimm.. pipi tak payah cerita la.. bila telan steroid memang wajib jadi camtu.. kembang semangkuk tingkat.
(j) Dan ini gambar raya tahun ni.. hahaha please jangan kecam.. aku bukan hipster pakai mask acah2 misteri.. tapi nk mgelak jangkitan je.. yela udara lani.. habuk debu kuman batuk semua ada.. rambut aku masih grey putih2.. kulit yg itam dan hancur barai dah jadi elok.. makin elok kulit sekarang.. tubuh makin okay makin gemok.. mana tak nye semua hentam.. budu belacan durian langgar habis pantang.. asal sihat kan..
Memang seksa masa chemo masa transplant.. ramai yang cakap chemo ni penyebab pesakit mati bukan kanser tu sendiri.. salah semua tu.. membongak je ekau.. yang penting semangat.. nak survive tu penting.. dan sekarang aku bebas kanser.. no more leukimia.. 3 tahun lagi aku boleh declare fully bebas cancer..
Di sini aku nak mengambil kesempatan nk ucap syukur kepada ALLAH bg aku kesempatan untuk hidup.. then terima kasih pada fmly aku.. abah mama yg jaga ak masa dalam wad smpai skrg.. angah selaku penderma.. banyak jgk sedut sum2 tulang mu.. kpd adik2 aku yg lain.. sahabat handai yg ad dtg melawat.. tak lupa jugak adik panda yg selalu melayan gila aku time depression hingga sekarang.. saudara saudari cikicikibombom semua yg mmberi semngat..
So aku menyeru kepada semua pesakit2 yang tengah chemo or bakal chemo.. never give up guys.. jangan dengar orang sekeliling cakap.. dorg tak rasa apa kita rasa.. dorg tak faham..so please jadi kuat.. demi diri sendiri dan orang yang tersayang.. macam lirik lagu coldplay ‘I was trusting statistics more than I trust me’.. persetankan statistik.. percaya diri sendiri.. berdoa pada tuhan.. DONT YOU EVER GIVE UP!


Berita terbaru yang Nona terima tentang graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu, kini dia sedang sibuk mengusahakan perniagaan mencetak t-shirt iaitu Terranzine Printing & Clothing di Kemaman, Terengganu.
Jadi buat pembaca Nona yang berniat mahu mencetak baju dan dalam masa yang sama membantu Adam, klik sini… Facebook Adam Syakir atau Page Facebook Cetak Baju Murah Terranzine Clothing. Norzalina Mohd Alias
Kurang Suka Barang Kemas & Aksesori Mahal FASHA SANDHA Bahagia Bila Di Sisi Suami

Erti kebahagiaan bagi setiap wanita adalah berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas atau beg tangan mahal dari suami. Ada juga yang bahagia bila dapat keluar me-time dan shopping dengan tema-teman.
Namun, lain pula bagi aktres cantik Fasha Sandha. Baginya masa bersama suami tersayang, Aidil Aziz adalah kebahagiaannya yang sebenar.
“Erti kebahagiaan untuk setiap wanita memang berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas, ada yang bahagia bila dapat bag mahal.
“Tapi untuk saya, ini adalah kebahagiaan saya.
“Saya kurang suka barang kemas, saya tak suka aksesori dan saya orang yang sederhana. Ini adalah erti kebahagiaan buat saya,” kongsi Fasha menerusi satu hantaran di Instastory.
Menurut Fasha sebagai seorang yang bersederhana, hal-hal yang berkaitan material bukanlah keutamaan dalam hidupnya.
Posting itu turut memaparkan gelagat mesra Aidil yang sedang mengurut kaki Fasha.
Semoga Fasha kekal bahagia bersama Aidil serta anak-anak tersayang.
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Mac 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira yang lahir pada 7 Ogos 2021.
Hasil perkahwinan Fasha terdahulu, dia memiliki dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
Sumbang Mesin Pernafasan & Sejumlah Wang, MAS HAZIRAH Kongsi ‘Kenangan” LUTH Dengan Pesakit Lain

Pemergian Kanak-kanak lelaki yang juga pesakit ketumbuhan otak agresif tahap empat, Glioblastoma Multiforme (GBM) Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff yang meninggal dunia 28 Jun lalu meninggalkan kesan terhadap masyarakat secara keseluruhannya.
Allahyarham Mas Muhammad Luth yang mesra di sapa Luth memerlukan bantuan dana perubatan segera di luar negara untuk merawat penyakitnya.
Anak sulung daripada tiga beradik berkenaan melepasi saat krtikalnya, selepas ditidurkan selama 96 jam, namun ketika itu kanak-kanak berkenaan masih dalam keadaan separuh sedar. Bagaimanapun, Luth kemudiannya dilaporkan kembali kritikal pada Ahad lalu, sebelum disahkan meninggal dunia sehari sebelum umat Islam meraikan Aidiladha baru-baru ini.
Memetik Harian Metro, ibu kepada Luth, Mas Hazirah Saifuddin menerima ketentuanNya dan sudah melakukan yang terbaik untuk anak sulungnya itu.
“Sebagai ibu saya sudah cuba melakukan yang terbaik untuk Luth tetapi sudah takdir bukan rezeki dia mendapatkan rawatan tersebut. Justeru, saya mahu memanjangkan sumbangan yang diberikan kepada Luth untuk anak lain yang sangat memerlukan,” katanya lagi.
Sebagai ibu, Mas Hazirah reda kehilangan anak kesayangannya itu dan sumbangan orang ramai untuk anak sulung daripada tiga beradik itu akan diberikan kepada mereka yang sangat memerlukan dana perubatan.

“Saya mewakili Luth yang kini sudah berada di “tempat dan penjagaan terbaik” untuk membantu anak lain yang sangat memerlukan bantuan dari segi dana dan perubatan. Saya pernah berada di tempat sama dengan ibu bapa yang terdesak untuk mendapat bantuan perubatan anak dan sebab itu saya memahaminya.
Tambah Mas Hazirah lagi, pihaknya akan membantu anak lain yang memerlukan bantuan menggunakan sumbangan yang masih berbaki, selain mahu menyampaikan semangat Luth kepada mereka untuk meneruskan perjuangan melawan penyakit.
“Saya sangat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu dan menyumbang dana kepada Luth sebelum ini termasuk sokongan sehingga akhir hayatnya.
“Saya juga terharu ramai yang sayangkan anak syurga saya dan sehingga kini saya masih mendapat sokongan ramai di Instagram biarpun ada sebahagiannya tidak dikenali,” kata ibu tunggal kepada tiga orang cahayamata ini.