Setiap acara atau majlis anugerah, apa yang dinanti-nantikan pastinya penampilan para tetamu tidak kira selebriti mahupun golongan VIP melaram dengan busana masing-masing mengikut tema yang diberikan.
Baru-baru ini berlangsungnya malam berprestij Nona Superwoman Award 2018 yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre dan tema Super Glamorous Black & White menjadi pilihan penganjur. Ini antara penampilan yang berjaya menarik perhatian orang ramai di red carpet Nona Superwoman Award
!1. DATO’ SRI SITI NURHALIZA
Penerima Nona Influencer Award dan Nona Legend Award, Dato’ Sri Siti Nurhaliza melangkah ke red carpet Nona Superwoman Award 2018 penuh bergaya dengan gaun serba hitam dihiasi puluhan ribu butiran batu permata rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan idea daripada Dato’ Sri Siti sendiri! Perfect combination.
2. FYZA KADIR
Socialite Fyza Kadir pula tampil santai tapi elegan dengan gaun berwarna hitam bermotifkan floral.
3. DR KATALINA
Selari dengan tema super glamorous black & white, gaun rekaan Jamier Ramos Monteron menjadi pilihan Dr Katalina pada malam tersebut. You look beautiful Dr Kat!
4. ANIS NABILAH
Full white dress menjadi pilihan Cef selebriti Anis Nabilah pada malam Nona Superwoman Award 2018! Tampak ringkas, tapi menawan dan in trend!
5. ROZITA CHE WAN
Dah nama pun penerima Nona Fashionista Award, pastinya Rozita Che Wan tampil extraordinary dengan potongan skirt bertingkat di red carpet Nona Superwoman Award 2018. Love it!
6. ZIANA ZAIN
This website uses cookies.