Supermodel KARLIE KLOSS Kahwin, Cantiknya Gaun Perkahwinan Rekaan Jenama Terkenal DIOR!

Supermodel terkenal, Karlie Kloss telah meangsungkan perkahwinan dengan businessman terkenal, Joshua Kushner dan memilih tarikh 18.10.2018 sebagai hari bersejarah untuk mereka disatukan. Berkongsi dengan pengikutnya di laman instagram, Kloss memuat naik foto dengan kepsyen simple

yang memaparkan tarikh majlis perkahwinan dua merpati sejoli ini.

Kloss kelihatan cukup anggun dengan mengenakan gaun Dior berlengan panjang berona putih. Jenama terkenal Dior mempertaruhkan lapisan renda eksklusif buat Kloss dan leretan layah yang cukup eksentrik.

Kloss dan Kushner mengumumkan pertunangan mereka pada akhir bulan Julai. Dalam laman Instagram, Kloss menyatakan keterujaannya untuk fasa seterusnya bersama Kushner. Kepsyen “I love you more than I have words to express. Josh, you’re my best friend and my soulmate. I can’t wait for forever together. Yes a million times over

,” tulisnya.

Menurut sumber, majlis perkahwinan 2 figura terkenal itu dihadiri sekitar 80 tetamu yang teridiri daripada kenalan terdekat. Majlis tersebut berlangsung dan di New York pada petang Khamis lalu.

 

Share
Published by
Fadhli Ismail