“Suplemen Kami Lulus KKM” Dr Izzar Ajar Macam Mana Nak Kenal Produk SELAMAT

Sebagai seorang wanita lebih-lebih lagi yang melalui proses peningkatan usia sedikit sebanyak pasti mahu kecantikan miliknya mampu diperlambatkan.

Oleh itu pengambilan suplemen adalah langkah paling mudah untuk mencegah penuaan ataupun meningkatkan tenaga. Tetapi, ramai wanita yang ‘tertipu’ dengan produk yang berada di pasaran.

Dr. Izzar Anwari telah berkongsi tentang pemilihan yang wajar dilakukan oleh wanita sebelum membeli produk atau suplemen.

Kongsinya, “Produk ubat-ubat, suplemen dan ubat tradisional yang dijual di pasaran Malaysia mesti diuji oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk ini, melalui skim pendaftaran dan perlesenan. Barulah pengguna dapat menggunakan produk-produk yang berkualiti dan yang penting, SELAMAT.

Ia akan menjadi isu apabila company ni daftar produk dia sebagai suplemen vitamin/herba SAHAJA. TETAPI selepas sahaja mendapat kelulusan NPRA untuk vitamin/herba, BOOM dia repackage kotak suplemen tu dan tukar terus CLAIM jadi ubat penyembuh rabun, kencing manis, dan strok. 3in1 macam instant coffee, Amazing!

Sebab tu ada kes seller tu jual ‘ubat’ super yang kononnya boleh menyembuh banyak penyakit dan pada masa yang sama, dia dah didaftar/lulus KKM.

Satu lagi, kalau dengar/baca iklan ubat kata boleh menyembuh penyakit dan lain-lain, sah-sah tu TIPU. Ada 20 JENIS PENYAKIT yang tak boleh diiklankan. Kalau dia ada iklan salah satu daripada 20 penyakit tu, itu tak benar.

Setiap produk berdaftar ada nombor pendaftaran MAL. Inilah ‘IC’ kepada produk tersebut. Kita boleh check produk tu di website NPRA dengan menggunakan nombor MAL ini. Maklumat kandungan aktif produk, pengeluar dan lain-lain boleh kita stalk di situ.

Produk berdaftar juga ada Pelekat Hologram Meditag sendiri. Cara membaca nombor MAL n tengok rupa Meditag tu.

So, kalau penjual promote ubat was-was tu, tanyalah dia ada no MAL tak. Tengok ada Meditag tak. Check

dulu kat website NPRA. Kalau takde no. MAL, bye-bye la. Dan kalau dia claim melampau, tak payah beli. Check senarai 20 penyakit yang saya terangkan tadi.

Untuk yang ada mak ayah tu, selalu ke rumah diorang. Pergi ke dapur dan check sikit ubat/suplemen apa dia orang ambil. Saya dan adik-adik selalu buat. Memang ada kadang-kadang produk was-was ni,” kongsi suami kepada Ummi Nazeera ini.

Share
Published by
Hamizatul Maizan