Di sebalik kemeriahan majlis akad nikah Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan FD Idzham, salah seorang jelitawan yang turut menjadi perhatian ialah Yang Hormat Mulia (YHM) Cik Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Penampilan Puteri Suraiya Afzan kelihatan cukup anggun di samping suami tercinta, Tengku Amir Nasser. Beliau mengenakan persalinan kurung indah rona pastel lengkap berhijab polos warna sedondon.
Duduk bersebelahan suami kesayangan ketika upacara ijab kabul berlangsung, wajah klasik dan jelita Puteri Suraiya Afzan meraih tumpuan. Terserlah gaya classy dan elegan ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.
Difahamkan untuk majlis pernikahan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Puteri Suraiya Afzan mendapatkan khidmat solekan daripada jurusolek popular, Najeeb Azami. Begitu juga ibundanya, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Seri Lela Manja.
Tengku Amir berkahwin dengan jelitawan ini yang merupakan anakanda kepada YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Dato’ Hajah Nong Fatimah Sultan Haji Ahmad Shah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Tengku Adam Ibrahim Shah, Tengku Sulaiman Abdullah Shah dan Tengku Nuh Mohamed Shah.
Cantiknya Menantu Usahawan Automotif Ni, Erin Malek Jelita & Berseri-Seri Bergelar Ibu 2 Anak!
Pesona Erin Malek memang memikat pandangan. Makin menginjak usia, makin terserlah kejelitaan wanita berusia 28 tahun ini. Namanya mula mendapat perhatian selepas membintangi filem Tentang Bulan sewaktu masih remaja. Malah Erin juga pernah bergelar juara program realiti Fear Factor.
Berkongsi foto terkini menyambut Syawal di samping keluarga di media sosial, Erin tampil mempersona dalam persalinan sedondon hijau emerald. Meskipun hanya bergaya minimalis dan solekan nipis namun keanggunan jadi tumpuan peminat.
Apa tidaknya, sejak berkahwin dan menjadi ibu kepada dua cahaya mata makin cantik berseri-seri! Bukan hanya langsing bahkan kulit wajah mulus Erin juga dikagumi ramai.
Ingat lagi temu bual Nona bersama jelitawan ini hujung tahun lalu apabila dia mendedahkan tentang amalan kecantikan selama ini.
“As you grow older dan saya pun dah dekat umur 30 tahun memang dah rasa badan dah lain sedikit. Terutamanya bila melibatkan soal nak turun berat badan yang agak susah.
Jadi apa yang saya buat ialah memang dalam kalangan orang rapat tahu yang saya suka workout.
Selain workout, kena jaga makan dengan pengambilan diet sihat. Kadang-kadang ada juga cheat day. Tapi untuk jaga kesihatan dan penampilan kita, perlu makanan sihat, bersenam dan mengeluarkan peluh.”
Orangnya masih sama, mesra seperti dulu. Berehat dari dunia seni sejak mendirikan rumah tangga dengan bekas pelumba kereta dan anak kepada usahawan empayar MOFAZ, Farriz Fauzy, Erin Malek dalam pada itu mengaku rindu untuk kembali berlakon.
Bagaimana pun hasrat untuk mewarnai dunia seni terpaksa ditangguhkan sementara kerana mahu memberi tumpuan untuk membesarkan dua cahaya mata comel.
Jelas Erin, sehingga kini dia masih menerima ‘lamaran’ berlakon dan menolak dua tawaran sebelum ini memandangkan belum ada masa yang sesuai.
Buat sementara waktu dia aktif membuat content dan kempen produk di media sosial di samping masih mencari masa tepat untuk berlakon.
“Acting in TV belum lagi, inshaAllah soon. Alhamdulillah, rezeki tu masih lagi ada cuma nak cari masa yang sesuai agak susah untuk saya sekarang ni. Bagaimana pun jika ada masa yang betul-betul tepat untuk saya kembali berlakon, I’ll be back!”
Berkongsi pandangan mengenai pemakaian hijab pula, Erin mendedahkan dia gembira melihat lebih ramai wanita mengenakan tudung dan dalam masa sama mendoakan agar mereka kekal istiqamah dalam penghijrahan tersebut.
“Kita sebagai individu hanya mampu merancang dan selebihnya mendoakan mereka agar berkekalan. Dari segi gaya, bagi saya tak perlu keterlaluan. Cukup dengan sedap mata memandang tak perlu overdressed.
Especially bila kita dah berhijab ni, untuk kita nak nampak cantik dan selesa memang sangat susah. Apa yang saya boleh nasihatkan, pakailah pakaian yang selesa yang melambangkan imej hijab.”
Erin sah bergelar isteri Farriz Fauzy pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang anak iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.
Tumit Kasar Seperti ‘Pemarut Kelapa’, 10 Tip Ini Buat KAKI Sihat & Cantik! Confirm Lebih Halus
Perawatan kaki merupakan sesuatu yang penting yang harus dilakukan oleh semua individu untuk mencapai kesihatan yang optimum. Kaki memiliki ‘sumbangan’ penting dalam aktiviti seharian kepada setiap individu selain berperanan menampung berat seluruh tubuh dan menjadi bahagian yang sering kali digunakan.
Perawatan tubuh yang sempurna pastinya menyerlahkan imej sihat dan menawan. Salah satu bahagian tubuh yang memerlukan perawatan ekstra sudah pastinya kaki. Justeru, impian untuk memiliki kulit kaki yang bersih, halus dan lembut menjadi idaman setiap wanita. Praktikkan amalan penjagaan kaki yang sempurna dengan tip penting berikut. Di samping mudah dan praktikal, ia juga boleh dilakukan hanya dari rumah.
1) Sapuan pelembap
Memberikan pelembap cukup penting untuk kaki sama ada menyapu minyak atau losen, pilihlah yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kelembapan pada kulit wajib dipelihara agar tidak kering. Oleh itu, dengan menyapu pelembap akan membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Gunakanlah pelembap selepas mandi. Vitamin yang terkandung dalam pelembap akan diserap oleh kaki.
2) Rutin melakukan lulur dan skrub
Dengan cara menyental atau lulur akan menyingkirkan sel-sel kulit mati sehingga kulit akan kembali cerah bersinar, halus dan lembut. Pilih dan pakai lulur mahu pun skrub yang sesuai dengan jenis kulit. Lakukan secara teratur. Seterusnya proses regenerasi kulit akan berlangsung, kolagen yang dihasilkan akan meningkat dan menjadikan kulit kusam berganti menjadi lebih lembut.
3) Gunakan sikat halus dan batu apung
Untuk mengangkat sel-sel kulit yang mati, sediakan alat seperti sikat kecil dan juga batu apung di dalam kamar mandi. Kedua-duanya paling berkesan digunakan untuk mengikis bahagian kulit yang pecah-pecah di bahagian tumit kaki atau telapak kaki. Lakukan secara lembut tidak terlalu kuat ketika menggosok untuk mengelakkan alahan pada kulit.
4) Selalu memakai alas kaki atau selipar
Dengan menggunakan alas kaki adalah untuk mengelakkan kulit pada kaki menebal, kulit kaki pecah-pecah dan kaki terlindung dari benda atau barang yang boleh melukakan kaki.
5) Periksa dan belai kaki secara teratur
Memeriksa kaki akan membantu dalam mengesan jika terjadi perubahan pada kaki seperti perbezaan warna kaki, tebal, suhu dan kaki pecah-pecah. Jika terjadi perubahan yang ekstrem, segera dapatkan pandangan dari doktor.
6) Cuci kaki setiap hari untuk memastikan kaki tetap bersih.
Jangan lupa mencuci di celah-celah jari kaki. Segera keringkan kaki setelah dicuci. Kulit kaki yang basah akan membuatnya tidak elastin sehingga mudah mengalami pecah-pecah.
7) Potong kuku kaki secara teratur.
Berhati-hatilah, jangan memotong terlalu pendek yang berpotensi melukakan kulit. Khusus untuk wanita, cat kuku sebaik-baiknya hanya dipakai tidak lebih daripada seminggu. Gunakan cecair pembersih cat kuku untuk membersihkannya. Pemakaian cat kuku dalam jangka lama dapat menyebabkan kuku rapuh dan menimbulkan masalah lain.
8) Pilih sepatu yang sesuai dengan ukuran kaki
Ketika membeli sepatu baru, beri keutamaan pada faktor selesa atau tidak. Rekaan jatuh sebagai pilihan seterusnya. Seboleh-bolehnya, hindari berjalan atau berlari tanpa selipar meski pun berada di dalam rumah untuk menjaga kesihatan kaki.
9) Setelah berdiri lama, berjalan, atau berlari, angkat kaki ke dinding seketika
Cara ini juga akan melancarkan peredaran darah di vena. Melancarkan vena dapat membantu mencegah pembekuan darah setelah berdiri lama.
10) Jangan pernah mengabaikan rasa sakit pada kaki atau pergelangan kaki.
Rasa sakit umumnya berhubungan dengan keradangan atau sebab lain yang tersembunyi. Segera berjumpa dengan doktor jika mengalami rasa sakit kaki yang berlebihan.
“Thank You Allah” Cecah Usia 53 Tahun DS NONISWARA Syukur Hidup Dipenuhi Cinta & Kasih Sayang Keluarga
1 April 2023 yang lalu genaplah usia dramatis jelita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini yang ke-53 tahun.
Bertuah sungguh Datin Sri Noniswara kerana masih kekal jelita dan berseri walau usianya kini dah mencecah angka 50an.
Di akaun Instagramnya, Datin Sri Noniswara berkongsi beberapa video pendek sambutan hari lahirnya bersama keluarga.
Tulisnya ringkas di ruangan kapsyen:
“Happy Birthday Arien”
Menerusi video yang berasingan, Datin Noniswara turut berterima kasih kepada keluarga dan anak-anak atas ‘kejutan’ yang dibuat sempena hari lahirnya itu.
“Thank you, children.
“Allah, thank you for this day that you granted me full of life and love.
” Thank you to all my lovely family, uncle, aunt, cousins & children. Love you, guys.”
Menurut Datin Sri Noniswara, beliau tidak mengamalkan sebarang petua sebaliknya konsisten dengan rutin asas sahaja untuk kekal cantik dan sihat.
Baginya apa yang penting elakkan stres yang menjadi punca penuaan awal.
“Bagi saya penjagaan kulit amat penting maka setiap hari saya akan pastikan menyapu pelembap pada kulit wajah bagi mengekalkan kelembapannya.
“Kulit yang kering akan mencepatkan proses penuaan. Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuklah sentiasa merasa gembira dan bahagia.”
NONA juga percaya selain konsisten dengan amalan rutin kecantikannya, kebahagiaan yang dikecapi bersama suami tersayang juga menjadi faktor kekal awet muda.
“Saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan.
“Berkat doa setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah,” ungkap ibu kepada 3 cahayamata ini.
Datin Sri Noniswara juga berharap agar Allah SWT sentiasa memberkati apa jua yang dilakukannya dan mengurniakan kesihatan serta rezeki yang berpanjangan.
Semoga Datin Sri Noniswara kekal bahagia bersama keluarga tersayang dan awet muda!
Kredit Foto: Instagram Datin Noniswara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona