Che Nom ialah YouTuber popular negara yang cukup sinonim dengan bermacam-macam video masakan mudah dan menyelerakan. Pemilik nama Norma Bakar ini mempunyai pengaruh tersendiri kerana bijak menggunakan teknologi digital masa kini untuk menerbitkan video kreatif yang memenuhi ‘selera’ warga maya.

Lebih sedekad menjadi content creator di platform YouTube, wanita berusia 41 tahun dan berasal dari Kedah ini diminati ramai apabila kebanyakan video masakan yang dikongsikan meraih jutaan tontonan.

Ads

Sehingga ke hari ini, Che Nom mempunyai hampir 2 juta subscribers di YouTube dan menerima Gold Play Button pada tahun 2021.

Di sebalik kegemilangan sebagai YouTube, Che Nom baru-baru ini mendedahkan realiti hidup seorang YouTuber yang mengalami burn out. Misalnya, YouTuber dari Jepun iaitu Jimmy dan iChang yang banyak mempromosikan hidangan dan destinasi menarik di Malaysia.

Susah Jana Income, Che Nom Pesan YouTuber Jaga Kewangan “Kalau Income Tinggi Tu Simpan Sedikit.”
Kredit Facebook @resepichenom
Susah Jana Income, Che Nom Pesan YouTuber Jaga Kewangan “Kalau Income Tinggi Tu Simpan Sedikit.”
Kredit Facebook @Che Nom

Berkongsi simptom dan gejala burn out di media sosial miliknya baru-baru ini, dedah Che Nom. “Yang paling obvious sekarang ni, usaha tak setimpal hasil, susah ya amat nak dapat views kat Youtube sekarang ni, dah la views rendah, income pun rendah.

Bila ringgit jatuh advertiser dari Malaysia terpaksa bayar mahal sebab iklan di’bid’ dalam US dollar, bila tak ramai bid, income akan drop. Kalau tengok top-top channel kat Malaysia ni nak dapat views lebih dari 100k pon susah ya amat.

Tak terkecuali di Youtube, Che Nom tengok sahabat-sahabat memasak kat Instragram dan TikTok pon susah nak dapat views, padahal followers beratus-ratus ribu, juta-juta pon ada.”

Tambahnya lagi, “Jadi nak compensate low views ni Youtubers akan main game volume, lagi tertekan sebab kena buat video yang kerap dengan melipat gandakan usaha dan kos, tidur dan rehat ke laut, poket pun kering.

Dan juga nak buat video kena kreatif dan banyak berfikir, kalau buat content yang sama nanti takda orang tengok, jadi memang takda fikir lainlah, fikir content ja 24×7.

Ads

Lagi nak kena selalu connected to audiance, semua social media nak kena jaga, nak bayar orang tak mampu, nak layan Youtube comment lagi, nak layan DM lagi. Untuk yang dah bekeluarga, terabai anak-anak dan kesihatan sendiri.

Susah Jana Income, Che Nom Pesan YouTuber Jaga Kewangan “Kalau Income Tinggi Tu Simpan Sedikit.”
Kredit Facebook @Che Nom
Susah Jana Income, Che Nom Pesan YouTuber Jaga Kewangan “Kalau Income Tinggi Tu Simpan Sedikit.”
Kredit Facebook @Che Nom

Nasihat Che Nom untuk Youtubers, sentiasa beringat dengan kewangan anda, kalau income tinggi tu simpan sikit kat tepi, kalau time-time income low tu adalah backup, jadi taklah tertekan nak buat content.

Jaga kesihatan mental dan fizikal, selalu workout, makan makanan yang berkhasiat, tidur dengan cukup dan rehat sementara dari Youtube jika perlu.

Dan yang paling penting, kalau rasa buat YouTube ni dah tak ada masa depan, tutup aja channel, lagi cepat kita move on lagi bagus kalau semua usaha dah dibuat namun masih gagal. Kalau tiba-tiba Che Nom menghilang dari Youtube jangan tanya yer.”

Ads
Susah Jana Income, Che Nom Pesan YouTuber Jaga Kewangan “Kalau Income Tinggi Tu Simpan Sedikit.”
Kredit Facebook @Che Nom
Susah Jana Income, Che Nom Pesan YouTuber Jaga Kewangan “Kalau Income Tinggi Tu Simpan Sedikit.”
Kredit Facebook @Che Nom

Pada tahun 2022, Che Nom menerusi Instagram mendedahkan pencapaian pihaknya menerima 10 juta tontonan dengan 38 juta minit tontonan keseluruhan.

Che Nom dikhabarkan mula menceburi YouTube pada tahun 2012 selepas berhenti kerjaya jurutera di sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi selepas 13 tahun bertugas di sana. Keputusan itu diambil kerana dia mahu menjadi YouTuber sepenuh masa.

Berkongsi aneka resipi hidangan dengan langkah yang mudah dan berkesan, Che Nom dikatakan meminati bidang masakan sejak zaman universiti dan serius berkecimpung dalam dunia tersebut selepas kelahiran anak kedua.

Dia memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengkomputeran Matematik dan berkahwin dengan Syed Ridzuan serta dikurniakan tiga cahaya mata.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/dulu-jurutera-kini-youtuber-berjaya-che-nom-nafi-pendapatan-rm360-ribu-sebulan-seperti-ditular/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI