Susahnya Nak Dapat Anak, Cuba Ikhtiar Cara Pak Bidan Ini Pakai Ubi Rebus!

Pasangan yang berkahwin tentunya mengimpikan kehadiran cahaya mata. Tetapi apa yang kita rancang, hanya Tuhan yang menentukan. Ada yang bunting pelamin, ada yang hamil selepas beberapa bulan, beberapa tahun malah ada yang menunggu lebih 10 tahun untuk mendapat cahaya mata.

Bila dah lama menunggu, ada yang membuat keputusan untuk tanya Mr. Google rawatan-rawatan yang boleh membantu untuk merealisasikan hajat untuk memiliki anak. Mulalah keluar rawatan-rawatan tradisional seperti mengurut, berbekam malah ada yang sibuk menjual produk yang tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia!

Melalui perkongsian Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat di laman FBnya, Dr Hamid dengan paparan infografik ‘Pak Bidan’ berkongsi pelbagai tips untuk menjaga kesihatan terutamanya melibatkan tumor dan cyst.

Punca terjadi adenomyosis dan fibroid?

  • Genetik dan keturunan – Jika ada di antara ahli keluarga yang ditimpa penyakit tersebut, 10% kemungkinan akan berlaku kepada ahli keluarga lain.
  • Lemah imuniti – Stress, obesiti, makan makanan tidak berkhasiat, kurang zat dan vitamin khususnya vitamin C dan logam menyebabkan badan mudah ditimpa penyakit.
  • Tidak cukup rehat dan tidur – Pernah dengar orang kata tidur lapan jam sehari? Inilah sebabnya!
  • Tidak bersenam – Amalan bersenam 30 minit sehari boleh membantu kita mendapat tubuh yang lebih sihat.
  • Terdedah kepada radiasi, elektrik, pencemaran, kimia dan bunyi bising – Sebaiknya, kurangkan aktiviti melibatkan perkara-perkara di atas. Cuma sikit-sikit, lama-lama nanti akan terbiasa!
  • Tidak cukup minum air – Lapan gelas sehari sudah mencukupi. Air kosong ya, bukan air manis!
  • Kurang makan sayur dan buah-buahan – Vitamin yang terkandung di dalam sayur-sayuran hijau khususnya serta buah-buahan boleh menjadi hidangan yang bagus untuk anda dan seisi keluarga
  • Suka makan junk food dan makanan segera – A big NO! Terlalu banyak makanan yang boleh dipilih, cuma perlu memilih dengan bijak.

APA NASIHAT PAK BIDAN?

  1. Pengambilan multivitamin, Obimin, Prenavit dan Proviton
  2. Vitamin C satu gram
  3. Vitamin E pada kadar 400 IU
  4. Extra virgin olive oil
  5. Cuka epal satu sudu besar bercampur madu
  6. Makan ubi rebus dan sayur pucuk daun ubi
  7. Minum teh durian belanda
  8. Amalkan minum daun serai

PALING PENTING, DIET!

Sumber: FB Dr Hamid Arshat

Share
Published by
KR