Segak dan tampan, senang berbicara dengan usahawan muda bernama Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi ini saat bertemunya di majlis The Enchanted Night di Zebra Square Kuala Lumpur. Tiba dengan isteri kesayangan, Farah Surieza, membuka ruang kepada Nona untuk lebih menyelami isu berkaitan hutangnya yang sedang tular.
Kejayaan seseorang dalam bisnes, turut sama menarik perhatian masyarakat termasuk mereka yang kesempitan wang. Maka banyaklah yang berwajah manis, merayu-rayu mahu meminjam. Selepas diberi pinjam, hutang lapuk mula bertimbun, bayang si peminjam pula masih tak nampak-nampak.
Sayang sekali, kebanyakannya melibatkan ahli keluarga dan kenalan rapat. Betullah orang kata, hutang punya pasal, kawan pun jadi musuh! Iddin antara mangsa hutang yang kini berjuang mendapatkan wangnya kembali.
Siapa sangka, graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam asal Butterworth, Pulau Pinang ini bergelar usahawan dan menjadi teraju empayar niaga miliknya sendiri iaitu ESW Beauty pada usia muda.
Berkat rezeki melimpah-ruah dalam perniagaan, jualan ESW pernah mencecah lima angka sehari. Bahkan sepanjang lapan tahun bergelar usahawan, Iddin juga mampu memiliki wisma sendiri, 50 pekerja dengan 18,000 agent ESW di seluruh negara.
Kesenangan tersebut rupanya ‘mengundang’ banyak pihak mengambil kesempatan ke atas Iddin. Antara yang sedang tular di media sosial, kes hutang melibatkan dirinya dengan seorang usahawan kosmetik wanita, juga di utara.
Tonton video penuh temu bual eksklusif Majalah Nona dengan Iddin berkaitan isu tuntutan hutang…
Bapa kepada si comel, Muhammad Syazreeq Salleh ini turut berpesan supaya para usahawan lain agar mengambil iktibar soal memberi hutang kepada kawan-kawan. Iddin mengakui trauma setiap kali mahu mempercayai seseorang lebih-lebih lagi yang melibatkan wang ringgit.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/rezeki-lelaki-suka-jaga-penampilan-wajah-iddin-syah-usahawan-kecantikan-berjaya-pemurah/
This website uses cookies.