SUSHMITA SEN Dedah Kenapa Dia Layak Menang Gelaran Miss India 1994 Berbanding Aishwarya Rai “Saya Percaya 2 Sebab..”

Pasti tidak ramai yang tahu, pelakon, model dan juga bekas ratu cantik Sushmita Sen dan Aishwarya Rai kedua-duanya pernah bersaing sesama sendiri di atas satu pentas yang sama, sewaktu pertandingan Miss India pada tahun 1994, di mana Sushmita berjaya memenangi gelaran tersebut dan Aishwarya berada di tempat kedua, sekaligus membuka jalan buat Sushmita Sen mengondol gelaran Miss Universe pada tahun yang sama.

Dalam satu temubual eksklusif menerusi rancangan bual bicara Koffee With Karan pada tahun 2005, Sushmita ditanya oleh Karan Johar sama ada dia merasakan dirinya layak untuk memenangi gelaran ini berbandang rakan seperjuagannya, Aishwarya Rai.

Jelas pelakon yang berusia 47 tahun itu, dia memenangi gelaran tersebut bukan kerana dia “lebih baik” daripada Aishwarya, tetapi kerana Sushmita menampilkan versi “terbaik” dirinya. Sushmita turut memberikan dua sebab kenapa dia boleh menang dan Aishwarya sekadar berpuas hati di nombor kedua.

Sushmita menerangkan, “Saya tidak pernah membandingkan diri saya dengan persembahan Aishwarya. Saya rasa dia sangat hebat di atas pentas. Saya percaya pada dua perkara: Satu, malam itu, saya adalah yang terbaik dan saya memang layak untuk menang, bukan kerana saya lebih baik daripada orang lain. Ia hanya kerana saya berada pada tahap terbaik saya.”

“Selain itu, saya merasakan saya lebih bertuah pada malam itu.Ia bukan sekadar usaha anda menundukkan 20-30 gadis lain kerana mereka juga telah sama bekerja keras untuk emnang, tetapi tuah juga turut memainkan peranan penting dan tuah betul-betul menyebelahi saya pada malam tersebut.”

Sumber: Hindustan Times

*

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

*

Share
Published by
Wan Firdaus