Baru-baru ini berlangsungnya malam anugerah Bintang Popular ABPBH, malam gemilang industri seni dan hiburan Malaysia meraikan populariti dan mengiktiraf karyawan yang telah berusaha memberikan pencapaian terbaik mereka.
Turut menjadi perhatian sudah semestinya persalinan yang disarung para seleriti ketika berjalan di karpet merah. Jika dilihat ramai selebriti masing-masing berlumba dengan gaya tersendiri, bagi menonjol sisi fesyen masing-masing.
Ads
Namun lain pula buat dua pasangan aktor dengan isteri masing-masing yang tampil bersederhana asal selesa. Pasangan yang dinyatakan sudah semestinya Beto Kusyairy dan isteri, Tisha Shahar; serta Dato’ Adi Putra bersama orang rumahnya, Aida Yusof.
Kedua-dua pasangan ini dilihat cukup simple, malah tampil sopan walaupun kedua-dua aktor memilih tema pakaian yang sedikit berbeza.
Beto dan isteri hadir sedondon mengenakan pakaian rasmi negara iaitu baju melayu jenis teluk belanga berona putih siap bersampin dan bersongkok, manakala Tisha pula anggun mengenakan sepasang baju kurung moden.
Dato’ Adi Putra pula memilih 3-piece sut berona hitam untuk digayakan pada malam tersebut, manakala isterinya pula kelihatan sungguh ayu menyarung persalinan berona hijau dan bertudung labuh.
Di ruangan komen Instagram kedua-dua aktor ini, rata-rata ramai peminat dan warga maya teruja dan memuji penampilan kedua-dua pasangan ini yang tampil tidak berlebihan walaupun menghadiri sebuah acara besar.
Ads
Malah ramai yang terharu melihat kemanisan berumahtangga yang ditonjolkan Beto dan Dato Adi malah teruja melihat bagaimana isteri masing-masing kekal berada di sisi memberikan sokongan kepada suami tersayang.
Turut mencuri perhatian di mana kedua-dua isteri mereka tampil polos dan natural tanpa mengenakan sebarang solekan yang tebal.
Ads
Untuk rekod, pada malam tersebut Beto berjaya mengondol anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular, manakala Dato’ Adi Putra turut tercalon dalam kategori sama. NONA mendoakan semoga kedua-dua pasangan sama cantik sama padan ini sentiasa diberkati dan didalam lindunganNya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adik kepada Syatilla Melvin iaitu Syida Melvin telah selamat melangsungkan pertunangan dengan anak lelaki kepada usahawan wanita berjaya yang mendapat jolokan Iron Lady, Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid.
Mohamad Syafiq Azim Bin Datuk Seri Shaheen yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Securiforce Sdn Bhd dan Syida Amirol Melvin selamat melangsungkan majlis pertunangan mereka semalam dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Pasangan sama cantik sama padan ni dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang-bujang masing-masing pada Januari 2019. Elok sangat dah tu, jangan tunggu lama-lama. Benda baik harus dipercepatkan. Semoga semuanya dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin dan jangan lupa jemput team Nona ya?
Bertambah kaya-raya Putera William selepas kemangkatan nendanya baru-baru ini. Putera William diramal menjadi lebih kaya apabila bakal mewarisi estet diraja seluas 56,655 hektar dengan nilai mencecah £1 bilion (RM5.2 bilion), lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Menurut laporan Forbes menganggarkan bahawa kekayaan peribadi mendiang Ratu Elizabeth II yang bernilai £433.7 juta (RM2.26 bilion) pada tahun lalu adalah terdiri daripada permata, koleksi seni, pelaburan serta dua kediamannya iaitu Istana Balmoral di Scotland dan Rumah Sandringham di Norfolk.
Ratu Elizabeth mewarisi kedua-dua harta itu daripada bapanya, Raja George VI.Sebahagian besar kekayaan keluarga diraja Britain berjumlah sekurang-kurangnya £18 bilion (RM93.9 bilion) berupa tanah, harta dan pelaburan kini diwariskan kepada monarki baharu, Raja Charles III dan pewaris-pewarisnya.
Kedudukan sebagai pewaris takhta Britain yang pertama bakal menjadikan Putera Willian sebagai seorang yang lebih kaya apabila mewarisi takhta ayahandanya.
Raja masa depan itu bakal mewarisi harta pusaka Duchy of Cornwall daripada Raja Charles III. Baginda memiliki portfolio hartanah yang meluas meliputi 56,655 hektar yang kebanyakannya terletak di barat daya England.
Hartanah yang dicipta oleh Raja Edward III pada tahun 1337 itu bernilai £1 bilion (RM5.2 bilion), demikian menurut pengiraan untuk tahun kewangan yang lalu. Hasil daripada hartanah itu digunakan untuk membiayai aktiviti awam, swasta dan amal oleh Duke of Cornwall, kata laman webnya. Gelaran itu kini dipegang oleh Putera William. – AGENSI
Sumber: KOSMO
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani prosedur dan pemeriksaan kesihatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selama beberapa hari, bermula Isnin.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Isnin berkata, baginda akan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara setelah menjalani pemeriksaan kesihatan itu yang dijangka selesai hujung minggu ini.
“Adalah dimaklumkan juga bahawa kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” katanya.
Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah dijadualkan menjalani prosedur itu pada pertengahan September lepas tetapi ditangguhkan.
Beliau berkata, penangguhan itu berikutan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke London, United Kingdom selama lima hari bermula 16 September lepas bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Negara Ratu Elizabeth II.
“Seluruh rakyat diseru bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda menjalani prosedur tersebut serta pemeriksaan kesihatan susulan dengan lancar dan Baginda dikurniakan keafiatan yang berpanjangan,” kata Ahmad Fadil.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...